DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 8 September 2014

Zulhazmi At-Takanan Umpama Hang Nadim Versi Baru Yang Hangpa Penyokong Presiden PAS Tak Nampak !


Adalah sesuatu yang AMAT PERIT dan SUKAR untuk diterima oleh Penyokong-Penyokong seseorang Pemimpin yang DISAYANG dan DISUKAI, bila sahaja Pemimpin tersebut DIKRITIK serta dikatakan TIDAK BIJAK dalam Tindakan. Akan lebih membuat Penyokong seseorang Pemimpin menjadi HILANG PERTIMBANGAN apabila dikatakan Pemimpin tersebut perlu diambil Tindakan Tatatertib akibat dari Tindakan yang boleh MERUGIKAN Parti.

Tak kira dimana seseorang Penyokong tersebut berada sama ada dipihak Parti PAS mahu pun disebelah Parti PKR lebih-lebih lagi dipihak Parti Umno yang Pra-Syarat menjadi Penyokong nya adalah Bebal Melantun-lantun Macam Getah Scrub. Jika sahaja Pemimpin Kesayangan dikatakan SALAH atau Tindakan Pemimpin tersebut dikatakan Merugikan Parti maka akan menjadi Hilang Pertimbangan lah setiap Penyokong kepada seseorang Pemimpin tersebut.

Maka akan keluar lah bermacam-macam kenyataan seperti PENGKHIANAT, MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN, TIDAK WALA' KEPADA PEMIMPIN dan bermacam-macam lah ayat yang sewaktu dengan nya. Selalu nya itu lah Kenyataan dari Penyokong seseorang Pemimpin demi Mempertahankan Pemimpin Kesayangan setiap kali Pemimpin Kesayangan seseorang tersebut Dikritik oleh seseorang.

Berbalik kepada Tajuk diatas benarkah Saudara Zulhazmi Shariff At-Takanan sesorang Pengkhainat didalam PAS seperti yang digelar oleh Penyokong-Penyokong Presiden Pas Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang, hanya kerana Mempersoalkan Tindakan Presiden PAS Mengingkari apa yang telah diputuskan oleh SYURA bersama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP). Sedangkan apa yang Dipersoalkan oleh Saudara Zulhazmi berserta dengan HUJAH.

Kenapa tidak dipanggil Saudara Zulhazmi Shariff jika benar beliau sudah TERSALAH Tafsir Perlembagaan PAS yang sebenarnya ada Penafsiran lain selain dari apa yang ditafsirkan oleh Zulhazmi Shariff, kenapa perlu menggelarkan beliau sebagai Pengkhianat sedang Dakwaan beliau adalah disertakan dengan Hujah Perlembagaan PAS. Apakah Penyokong-Prenyokong Presiden juga tak jauh lari nya dari Penyokong Umno yang apa saja kata Pemimpin Umno akan dijawap "YA BETULLLLL".

Tak kan begitu sekali Standard Pemikiran Penyokong PAS lebih-lebih lagi ianya adalah Penyokong kepada Presiden PAS, tak kan tiada bezanya diantara Penyokong Presiden PAS dengan Penyokong Pemimpin Umno. Mustahil Tiada bezanya diantara Pemikiran Penyokong Presiden PAS dengan Pemikiran Penyokong Pemimpin yang Pra-Syaratnya Bebal Melantun-lantun Macam Getah Scrub, jadi jika ada perbezaan serlahkan lah Perbezaan tersebut beb... kah kah kah !.

Jangan kerana TAKSUB TERLAMPAU maka Anak Muda yang umpama nya HANG NADIM Versi Baru dikatakan sebagai Pengkhianat, harus di ingat bahawa Pemimpin akan datang dan Pergi kerana ianya adalah Lumrah dalam sesuatu Pertubuhan dan Parti. Ianya juga telah dikatakan oleh Presiden PAS dalam ucapan beliau yang PAS telah melalui sejarah Pertukaran Pemimpin termasuk Pemecatan Presiden PAS itu sendiri, namun PAS tetap UTUH kerana didokong oleh Ahli-Ahli nya. wallallahualam... Takbir !!!.


hemmmmm..... jangan pulak hangpa-hangpa kata yang gua ni pengkhainat sudah lah beb... sedih hati gua kalau lu orang kata yang gua ni pengkhianat... hu hu hu hu hu... kah kah kah !.

4 ulasan:

  1. Releks aa bro...

    Hang Nadim dulu tu bagi cadangan bagaimana nak atasi masalah rakyat...

    Walaupun mungkin rajanya sendiri tak cerdik mengatasi masalah tersebut malah mungkin jadi punca masalah tersebut tak buleh diselesaikan, tak ada la pulak Hang Nadim suruh ambil tindakan ke atas rajanya pulak!

    BalasPadam
  2. hahaha kes naya ! kepala tu maksom ka atau mat som mat top ? ABU !

    BalasPadam
  3. Presiden PAS dah bagi penerangan. Rakyat Selangor dah faham isu sebenar.

    BalasPadam
  4. Hadi wajib ditolak kerana jelas beliau adalah pemimpin yg masih menganut fahaman feudal yg beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja.

    Sila rujuk dua kenyataan yg dibuat oleh Hadi, pertama ketika sidang akhbar dirumahnya menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB & kedua pidatonya terbarunya dalam majlis penjelasan isu2 semasa di Marang beberapa hari yg lalu.

    Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab telah memberikan tafsiran yg salah & mengelirukan tentang konsep Raja Berperlembagaan.

    Di sidang akhbar dirumahnya ketika beliau cuba mempertahankan TSKI beliau mengatakan "kita tidak boleh membelakangkan Sultan" sedangkan Sultan memang perlu dikebelakangkan dalam urusan politik.

    Raja Berperlembagaan bermakna peranan & kuasa Raja telah dibataskan oleh undang2.

    Raja Berperlembagaan bermakna Raja tidak boleh campur tangan dlm urusan politik & pentadbiran negara selain bidang kuasa Baginda dlm urusan pentadbiran agama Islam & adat istiadat Melayu. Ini cukup jelas.

    Kalau tidak mahu membelakangkan Sultan, bermakna Sultan wajib diundang untuk hadir dlm setiap mensyuarat EXCO, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,Syura Ulama, hatta hadir di muktamar PAS!

    Kenyataan ini bukan hanya tidak tepat malah pandir!

    Tindak tanduk Hadi Awang ini adalah pengkhianatan yg cukup besar bukan hanya kepada PAS & PR tetapi terhadap tokoh2 pejuang Melayu progresif yg terdahulu yg telah berjuang dgn sengit menentang Fahaman feudal yg mahu memutlakkan kekuasaan Raja dalam semua hal ini sehingga kuasa politik dapat dimiliki oleh rakyat jelata.

    Sekarang Hadi Awang mahu menyerahkan kembali kuasa politik yg telah diperoleh ditangan rakyat secara jerih payah, kembali kepada golongan elit Monarki!

    Malah faham feudal yg sesat ini mahu dijelmakan pula ke kebatang tubuhnya dalam bentuk pemusatan kuasa mutlak Presiden!

    Agenda persekongkolan sesat Feudalisme Elit Monarki dengan Feudalisme Ulama jelas mengkhianati sejarah panjang perjuangan kuasa politik kerakyatan ini wajib ditentang hingga ke akar2nya!

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....