DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 12 September 2014

Akhirnya Khalid Ibrahim Berjaya Muktamatkan Perjanjian Air dengan Tergesa-gesa


Alamak !!!!... Tan Sri Khalid Ibrahim... apa sudah jadi ni Tan Sri, kalau ya pun TERGESA-GESA takut terlambat untuk Memuktamatkan Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat tak kan sampai TANDA NAMA pun Tan Sri TERLUPA untuk dipakai Tan Sri. Atau pun gua tersilap yang sebetul nya Tan Sri sendiri Tak Nak pakai Tanda Nama tersebut atas sebab Tan Sri MB sementara sahaja... kah kah kah !.

JIka semasa Perjanjian Persefahaman (Mou) terdahulu dibuat sewaktu Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berjalan, dan diwaktu itu juga CATUAN mula dijalankan akibat dari Kurang nya Hujan serta Cuaca Panas. Yang mana keadaan tersebut telah mengakibatkan Kolam-Kolam Takung Air di Negeri Selangor berada dalam keadaan KRITIKAL.

Apa yang DIPERTIKAIKAN dengan Mou tersebut ialah cara dan waktu Mou ditandatangani, dikatakan adalah sesuatu yang BODOH jika ianya TIADA BERMAKSUD LAIN, bila mana Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani Mou diwaktu Kempen PRK Kajang sedang berjalan serta keadaan Cuaca yang tiada hujan dan Panas Melampau.

Ia nya seolah-olah Mengambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor TERDESAK dan telah SALAH bila Menghentikan Projek Langat 2 yang dirancang dibawah Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Umno/Bn, sedangkan Kempen PRK DUN Kajang sedang berlangsung. Ditambah lagi Mou dibuat tanpa Memaklumkan ianya kepada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Benar bila ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim adalah seorang MB Negeri Selangor, oleh itu beliau mempunyai Kuasa Pemutus membuat apa juga Keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi harus di ingat bahawa Khalid Ibrahim Menang dalam Pilihan Raya dan menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) bukan atas tiket Parti Khalid Ibrahim (PKI).

Tetapi beliau menjadi ADUN atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKR) dibawah Pakatan Rakyat (PR), ditambah lagi beliau bukan pun Pengerusi PKR di Negeri Selangor yang mana ianya di pegang oleh YB Azmin Ali. Disini lah timbul nya PRASANGKA BURUK terhadap beliau bila mana Memutuskan sesuatu tanpa Pengetahuan Ketua Parti beliau.

Yang lebih Menarik lagi selepas Mou Air beliau Tandatangani keadaan Catuan Air bukan Bertambah Baik bahkan Bertambah Buruk, dimana dikatakan dalam jadual Catuan Air seperti 1 Hari Ada Air dan 2 Hari Tiada Air tetapi yang terjadi adalah 1 Hari Ada Air 5 Tiada Air di sesetengah tempat. Oleh itu untuk apa Mou beliau Tandatangani dikala Hujan Tiada dan Cuaca Panas.

Hari ini beliau telah Berjaya MEMUKTAMATKAN Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan beliau yang bukan lagi seorang MB Pilihan Majoriti ADUN, serta beliau juga telah menghantar Surat Perletakan Jawatan sebagai MB kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor namun Perletakan Jawatan ditangguhkan sehingga seorang MB Baru dipilih.

DITANGGUHKAN membawa erti Perletakan Jawatan beliau diterima namun diminta Tangguh Sekejap sementera menunggu MB Baru dipilih, untuk itu seharusnya beliau TAHU DIRI yang beliau adalah seorang MB yang SEMENTARA sahaja. Jadi kenapa beliau Perjanjian Memuktamatkan Perjanjian Air yang melibatkan KOS sehingga Berbillion Ringgit yang seperti TERGESA-GESA.

Persoalan ini yang sedang Bermain-main di Pemikiran gua, kenapa mesti beliau Muktamatkan Perjanjian Air yang berharga Berbillion Ringgit dikala beliau hanya seorang MB sementara. Mungkin ada yang kata beliau adalah seorang yang bijak dalam Pengurusan Kewangan, mungkin betul dakwaan tersebut namun jangan dilupa yang beliau juga adalah antara Peminjam Bank yang GAGAL Melunaskan Hutang... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... jangan marah ya penyokong-penyokong khalid ibrahim... yang gua pasti krisis mb negeri selangor akan berakhir sedikit masa lagi dan wan azizah akan dilantik menjadi mb negeri selangor yang baru atas sebab mou air adalah halangan utamanya... kah kah kah !.

3 ulasan:

  1. Tuan

    Inilah antara tujuan langkah kajang, menghalang TSKI melakukan perkara yang akan membebankan rakyat selangor nanti bersendirian dibelakang pengetahuan PR.Entah apa lagi yang akan dibuat oleh TSKI dengan kerajaan Najib sementara menunggu MB baru dilantik.KIDEX pula selepas ini?

    Semakin jelas kepada kita bahawa segala kemelut seperti kena hantar lebih 2 nama dsb adalah tektik untuk melengah2kan masa supaya perkara besar seperti ini dapat diselesaikn oleh TSKI/Kerajaan Najib sebelum MB baru dilantik. Jangan terkejut jika MB baru nanti ialah DSWAWI.

    TGHH dan gengnya mana faham semua ini kerana dendam kesumat kepada Anwar begitu tebal dan keasyikan umpan UMNO begitu mempersonakan mereka.

    Bila semuanya selesai baru mereka tahu bahawa mereka telah dimainkan oleh TSKI dan Najib. Tetapi semuanya dah jadi nasi basi - kena buang kerana dah xboleh makan lagi. Siapa yang rugi? Siapa yang bodoh?

    BalasPadam
  2. Harap kes di Selangor dapat diselesaikan dengan segera
    Jom lawat blog kerjaya http://www.rujukanonline.com/

    BalasPadam
  3. kih kih kih...

    pokcik bat8 nih tak habis-habis "dengkinya" kepada TGHA and the geng.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....