DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 6 April 2014

MH370 : Hishamuddin Kata Boeing Tak Beri Kerjasama, Tapi Mas Kata Boeing Beri Kerjasama


Punyalah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Hussein KECEWA dengan Syarikat Pembuat Kapalterbang BOEING yang beliau katakan TIDAK MEMBERI KERJASAMA baca sini, tetapi hari ini Pihak Malaysia Airlines System (MAS) tidak secara langsung telah MENYANGGAH dengan mengatakan yang Syarikat Boeing TELAH MEMBERI KERJASAMA dalam mencari Pesawat Mas MH370 yang HILANG pada  8 Mac 2014 yang lalu. sumber

Satu lagi PERCANGGAHAN MAKLUMAT dari Pihak-Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pemberian Maklumat yang ditanyakan oleh Wartawan, jadi macam mana lah tidak dikatakan yang Maklumat tidak disampaikan dengan TELUS. Jikalau diulang kembali semua Sidang Media yang dibuat oleh Pihak berkenaan gua rasa 51 peratus BERCANGGAH, 47 Peratus Boleh Sikit-Sikit Percaya dan 2 Peratus lagi PENIPUAN... kah kah kah !.

51 Peratus Percanggahan antaranya bila Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Pemenang Anugerah PERSEPSI telah mengatakan bahawa "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah LOKASI TERPENCIL, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN". Tetapi Pihak Mas pula telah mengatakan yang PESAWAT itu telah JATUH di Selatan Lautan Hindi.

47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit ialah pada Awalnya mengatakan yang kata-kata terakhir Komunikasi antara Pusat Kawalan Udara adalah "All Right, Good Night" tetapi kemudian nya mengesahkan yang Komunikasi terakhir antara Pusat Kawalan Udara adalah "Good Night Malaysia 370". Sebab itu gua katakan ini antara 47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit setakat ini, kerana gua risau gak takut-takut nanti Komunikasi tersebut bertukar menjadi "Good Night Hishamuddin" pulak... kah kah kah !.

Manakala 2 Peratus PENIPUAN antara nya ialah berkenaan BUAH MANGGIS yang dikatakan didalam Kargo seberat 4 Tan, sedangkan diketahui USAHKAN untuk mendapatkan Buah Manggis sebanyak 4 Tan tetapi seberat 4 Kilo pun belum tentu beb. Lu orang carilah Buah Manggis kalau boleh dapat pada masa sekarang, mungkin Bunga atau Putik Buah Manggis boleh lah dapat. Tak tahu lah gua kalau Kementerian Pertanian ada hasilkan Buah Manggis TABUNG UJI beb... kah kah kah !.


hemmmmm..... rakyat bukan mempertikaikan kenapa pesawat tidak lagi dijumpai, tetapi yang dipertikaikan ialah cakap berbelit macam mahathir kutty penyokong kassim ahmad anti hadis... kah kah kah... A B U.

1 ulasan:

  1. malaysia lemah dari segi pertahanan negara dimana ada pasport paslu boleh lepas.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....