DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 5 Mac 2014

Bukan Setakat Ali Tinju Kena Belajar Lagi Tapi Lu Pun Sama Juga Beb.


Kalau BERPANDUKAN kepada Kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Mohd Ali TINJU memang lah betul apa yang dikatakan oleh Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail ni beb, kerana Terang Lagi Bersuluh yang keluar dari MULUT LONGKANG Ali Tinju itu 99 peratus nya adalah LUAHAN dari KEPALA LUTUT beliau semata-mata, demi MEMBODEK Bini Najib (BN) iaitu Datin Hajah Rosmah Mansor... kah kah kah !.

Kerana APA HAL nya pulak Maruah BN orang lain yang kena jaga, habis tu LAKI dia nak jadi apa, tak kan asik nak PENDIK KATA aje beb. Sekali Sekala kena lah dengar PANJANG KATA biar dia jadi PANJANG AKAL sikit, tapi kalau LAKI sendiri pun tak tahu nak jaga Maruah Bini sendiri macam mana lah orang lain pulak hendak diharap untuk menjaga Maruah Bini sendiri. Mungkin itu Maksud yang TERSIRAT dari kata-kata Syed Rosli tu... kah kah kah !.

Yang Menarik nya lagi ialah Orang yang diharapkan oleh Ali Tinju untuk menjaga Maruah BN termasuk apa yang dikatakan SALAH ORANG, dimana orang tersebut Maruah beliau sendiri sebagai Menteri Maharaja Lawak Mega pun beliau sanggup Campakkan ke LONGKANG di tempat yang selalunya KANGKONG MEMBIAK. Jadi kalau sudah Maruah diri sendiri pun beliau tak boleh nak jaga, APA BARANG nak suruh Zahid Hamidi tu jaga Maruah BN beb... kah kah kah !.

Bab diatas memang gua SETUJU 101 peratus dengan si Syed tu, jangan marah Zul Kulum gua pinjam kata-kata KERAMAT lu sekejap, tapi dalam Bab LETAK JAWATAN ada Cerita buat si Syed ni. Dalam bab ini gua pulak BERSETUJU dengan Ali Tinju bila mengatakan yang Zahid Hamidi tu BUAT KERJA TAK PERNAH SELESAI, pada gua perkara seperti ini bukan sekali atau dua kali tapi BERKALI-KALI telah dihasilkan oleh Menteri Maharaja Lawak Mega tu, kepada Ali Tinju lu jangan pulak PERASAN beb... kah kah kah !.

Tak usah ambil masa yang panjang, ambil kisah beliau semasa di akhir-akhir menjadi Menteri Pertahanan. Berapa banyak kerja yang TAK SELESAI telah beliau lakukan, bermula dengan kata beliau yang mahu MENYIASAT berkenaan DAKWAAN baginda Sultan Johor yang mengatakan Baginda boleh membeli Kenderaan RIV dengan hanya RM150 Ribu berbanding dengan harga RM690 Ribu yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dibawah Zahid Hamidi... kah kah kah !.

Apa kata beliau pada ketika itu beb, konon nya beliau akan MENYIASAT perkara tersebut seperti yang Didakwa oleh Baginda Sultan Johor. Apa kesudahan nya beb, sampai lah Penganas Sulu Menceroboh Lahad Datu' Sabah dan Parlimen Dibubarkan BAYANG HASIL SIASATAN pun tak nampak. Macam mana nak nampak Siasat pun tidak, sepatutnya yang menyiasat adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan nya beliau... kah kah kah !.

Kalau Kementerian beliau telah DIRAGUI INTERGRITI nya dan beliau pulak yang akan Menyiasat serupa lah seperti PENYAMUN Menyiasat PENYAMUN, kalau sudah Penyamun Menyiasat Penyamun tak kan lu orang tak tahu apa kesudahan cerita nya beb. Tak habis dengan Cerita tersebut Timbul pulak KISAH Pemimpin Pembangkang ada KAITAN dengan Pengganas Sulu yang Menceroboh Lahad Datu Sabah seperti dakwaan oleh beliau di masa KEMPEN PRU13 sedang berjalan... kah kah kah !.

Konon nya beliau akan DEDAH nama-nama Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT dalam ISU Pencerohan Pengganas Sulu selepas PRU13 selesai. Sudah hampir Setahun PRU13 MELABUHKAN TIRAI kalau ada Pasangan yang Melangsungkan Perkahwinan pada ketika itu dan diberi REZEKI oleh Allah SWT dalam kata lain BUNTING PELAMIN jawap nya sudah mendapat ZURIAT Pasangan tersebut, tapi nama-nama Pemimpin Pembangkang tak jugak keluar dari MULUT LONGKANG Zahid tu... kah kah kah !.

Itu pun sama jugak Tak Selesai-Selesai sampai LA NI, kemudian timbul pulak Cerita SYIAH yang dikatakan beliau bahawa Timbalan Presiden Pas adalah Pengikut Syiah dan beliau PUNYA BUKTI YANG KUKUH. Cerita itu pun sama seperti Cerita SVR dan Cerita Pemimpin Pembangkang Terlibat dengan Pengganas Sulu, jadi bila Ali Tinju tu kata yang Zahid Hamidi Buat Kerja Tak Selesai-Selesai memang gua SETUJU 101 peratus... kah kah kah!.

Kalau Dakwaan bukan dibuat oleh Pihak Polis mahu pun Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ya memang betul, tapi setidak-tidak nya KERTAS SIASATAN telah Selesai dan Diserahkan kepada Pendakwa Raya. Baru boleh dikatakan yang Zahid Hamidi adalah seorang Menteri yang amat TEGAS dan bukan nya AMARAN-AMARAN. Serta beliau AKAN dan TELAH Melaksanakan Tanggung Jawab beliau dengan BAIK di KDN dan semua Kementerian yang beliau menjadi MENTERI... kah kah kah !.  sumber FMT

1 ulasan:

  1. lagi bagus kau org berdua gaduh lagi cepat umno bn hancur kah kah kah

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....