Kalau betul lah Umno adalah PENGAMAL DEMOKRASI TERBAIK dalam DUNIA maka BERUNTUNGLAH siapa-siapa yang menjadi Ahli Umno beb... kalau betul ELOK lah... jangan hanya kata-kata aje untuk MENYEDAPKAN TELINGA... ialah sebelum ini pun Umno didakwa sebagai Parti yang paling BERTANGGUNGJAWAB dalam menjaga BANGSA MELAYU di Bumi Malaysia ni... sehinggakan sampai 56 Tahun Malaysia MERDEKA masih lagi ORANG MELAYU JAUH KETINGGALAN dari segi EKONOMI... dan atas sebab itu Perdana Menteri TERPAKSA mengumumkan PLAN bagi MENAMBAH PERUNTUKKAN kepada ORANG MELAYU.
Tapi beb SEJARAH juga telah MEMBUKTIKAN yang Parti Umno pernah MAMPOS akibat dari menjadi PENGAMAL DEMOKRASI TERBAIK DALAM DUNIA... kah kah kah... bukan kerana DIHASUT oleh Parti yang dikatakan Parti Ajaran Sesat iaitu PAS dan bukan juga dihasut oleh Parti yang dikatakan sebagai PERKAUMAN CINA iaitu DAP... tetapi MAMPOS nya Umno adalah disebabkan oleh PERANGAI HASAD DENGKI (PHD) oleh Ahli-Ahli Umno itu sendiri... ini bukan FITNAH dari gua beb... ini SEJARAH yang telah MENCERITAKAN... kalau lu orang TAK PERCAYA pergilah lu orang tanya kat dua orang PELAKUN UTAMA bagi cerita tersebut...
...iatu Tun Mahathir Muhamad (Tun Madey) serta Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li)... bukan nya apa beb... mana lah tahu kalau ada yang kata cerita tersebut hanya FITNAH dari Penyokong Pakatan (PR) seperti gua... kah kah kah... kerana itu gua katakan YA KE yang Umno adalah PENGAMAL DEMOKRASI TERBAIK dalam Dunia... tidak seperti Parti PAS yang tidak MEMPERTANDINGKAN MUSYIDUL AM nya... mana kala PKR tidak mempertandingkan KETUA UMUM nya dan DAP tidak mempertandingkan SETIAUSHA AGONG nya... oppppsssss lupa pulak gua apakah Setiausha Agong Umno DIPERTANDINGKAN erkkkkkkk... kah kah kah !.
Adoi hai beb !!!... kadang-kadang gua KESIAN dengan ISI PERUT UMNO yang cuba MENGGAMBARKAN betapa Umno adalah SEBAIK-BAIK PARTI di atas Bumi Malaysia ini... namun HAKIKAT yang sebenarnya Umno adalah sebuah Parti yang penuh dengan PEMERKOSAAN DEMOKRASI... Usah cerita lah pasal Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai BARUA UMNO sehingga DIGELAR Suruhanjaya Penipu Rakyat... habiskan Pemilihan Peringkat Cawangan yang baru selesai hari ini pun penuh dengan PENIPUAN... dimana dikatakan AHLI-AHLI HANTU telah BERSEBARAN disetengah-setengah Masyuarat Cawangan...
...dikhabarkan ada banyak Cawangan yang telah diterima Ahli Baru tanpa diketahui oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan... sehinggakan ada Cawangan yang MENDAKWA borang penerimaan Ahli di Cawangan tersebut menggunakan Tanda Tangan Palsu Ketua Cawangan... semata-mata untuk menghadapi Pemilihan Peringkat Cawangan... kalau dah Peringkat Cawangan sudah MENIPU bagaimana nanti Pemilihan Peringkat Bahagian dan Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) beb... dikatakan juga semasa Pemilihan Peringkat MKT ianya tidak akan DIKIRA SERTA MERTA diwaktu itu... yang bermaksud ianya akan DISIMPAN dahulu dan DIKIRA semasa Persidangan Agong Umno 2013 (PAU2013) berlangsung.
MAMPOS lah lu orang Ahli Umno DITIPU HIDUP-HIDUP oleh Pemimpin lu orang beb... kah kah kah... sedangkan Pemilihan Peringkat Cawanang pun hendak MENIPU ini kan pulak Peringkat MKT... yang gua KESIANKAN ialah Ahli Umno yang boleh dikatakan LURUS BENGDUL yang konon nya mahukan PERUBAHAN dalam Umno... entah apa PERUBAHAN yang dia orang hendakan pun gua TAK PASTI sebab kalau gua kata Umno penuh dengan PENYAMUN DAN PEROMPAK HARTA RAKYAT nanti dia orang kata MANA ADA beb... tapi setiap kali Ucapan Persiden Umno yang konon nya mahukan TRANFORMASI dia orang ANGGUK mengalahkan BURUNG TERKUKUR... kah kah kah !.
hemmmmm..... kalau sesama umno pun tak boleh bersatu macam mana lah nak ajak orang melayu yang ada kat dalam pas dan pkr serta dap untuk bersatu... satukan dulu isi perut umno tu... jangan nanti umno mampos sekali lagi selepas selesai saja pemilihan agong umno... kah kah kah !.
parti pandi kutty sekutu apco arus jahiliah , ABU jangan lupa !
BalasPadamsalah tu. umno pengamal demokrasi. PAS juga pengamal demokrasi. bersistemkan demokrasi. mendirikan daulah islam dgn sistem demokrasi. tau tak sistem demokrasi tu sape yg bikin? pas jugak bertuhankan undi. berebutkan pemilihan dlm parti. apabila ditanya kenapa gagal mendirikan negara islam. pastu jawapannya tunggu menang pilihanraya. hmm..sistem demokrasi..
BalasPadamakhirnya gua labelkan jugak umno pun tak betul si bengap nik ajis dn hadi awang lagi kacau.jubah dan serban je lebih.