DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 12 Mei 2012

PERGGHH... TRIBUNAL JENAYAH PERANG KUALA LUMPUR DAPATI BUSH BERSALAH, BAK LAWAK NI MEMANG REGIM UMNO PANDAI, KAH KAH KAH !

Sejak bila pulak Malaysia mengujudkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT)... mungkin nampak niat murni dengan nama Tribunal yang diberi... namun sejauh mana kesan terhadap keputusan yang dibuat  oleh Tribunal tersebut belum dapat dipastikan lagi... dan langkah apa seterusnya yang diambil oleh Tribunal yang diujudkan oleh kerajaan juga tak berapa jelas... yang pasti ia mungkin menjadi bahan ketawa satu Dunia terhadap Malaysia angkara lawak bodoh gara-gara perbuatan Pemipin Umno/Bn.. yang konon nya cintakan keadilan namun dalam masa sama pernah menyokong Amerika memerangi Iraq di masa Perdana Menteri Tun Mahatir Muhammad (Tun Madey)... dengan membenarkan Menteri luar Datuk Seri Abu Hasan Omar mengundi menyokong  usul dari Negera Amerka Syarikat untuk menceroboh Iraq.

Di beritakan Hakim-Hakim KLWCT mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan 'melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang... ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, bekas naib presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales, yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya ketua penasihat kepada naib presiden; William Haynes, bekas ketua penasihat kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, bekas timbalan penolong Peguam Negara.

Dengan sebulat suara, bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tribunal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah..."Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Hakim Lamin... empat hakim lain dalam panel terdiri Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf... panel membuat keputusan setelah mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan... perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei, dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah.

Prof Gurdial Singh Nijar mengetuai pasukan pendakwaan manakala Jason Kay Kit Leon yang dilantik selaku 'amicus curae' (rakan mahkamah) bagi mewakili pihak tertuduh... kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan jenayah penderaan dan bahawa mereka  dengan sengaja mengambil bahagian dalam merangka dan mengeluarkan perintah dan arahan eksekutif dengan membelakangkan konvensyen \ dan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Terhadap Penderaan 1984, Konvensyen Geneva 1949, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, berhubung perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan yang lainnya ke atas Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada Mac 2003.

Yang bertambah lawaknya lagi apabila Perdana Menteri Tun Madey yang pernah menyokong Amerika Syarikat menceroboh Iraq pada awal tahun 90an adalah antara yang datang mendengar keputusan KLWCT semalam... kenapa Perang Iraq awal tahun 90an semasa beliau menjadi Perdana Menteri tidak sama di bicarakan... sedangkan Perang pada tahun tersebut adalah Ibu atau pun Permulaan segala Perang yang membawa kepada terhasil nya Perang Afghanistan pada tahun 2001 dan Iraq 2003... disini lah nampak Tun Madey cuba membersihkan nama beliau dari kekotoran Perang Iraq yang mana beliau antara Pemimpin Negara Islam yang menyokong Pencerobohan Amerika keatas Negara Islam Iraq. sumber klik sini


hemmmmm..... sebenarnya pemimpin umno/bn tergolong jenis manusia pengamal pramagtik iaitu yang suka bermuka-muka dalam bahasa melayu umno... hipokrik dalam bahasa bapa umno iaitu inggeris penjajah... ataupun munafik dalam bahasa Nabi Muhammad SAW... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....