DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 6 Mei 2012

PEMIMPIN UMNO SELANGOR NI MULA MEROYAN BEB... SEKEJAP KATA YAKIN MENANG SEKEJAP KATA UNDER DOG, KAH KAH KAH !.

Sekarang ni mungkin masa Pemimpin Umno Meroyan dan tak terkecuali Pemimpin Umno Negeri Selangor... ini dapat dibaca dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka melalui media arus perdana atau pun blog-blog penchacai Umno... Salah seorang nya ialah Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang megatakan pengundi di Selangor kini sudah bersedia untuk perubahan kerajaan selepas empat tahun mereka tidak mengalami sebarang perubahan dalam pembangunan dan infrastruktut... mungkin sebab keyakinan ini yang membuat beliau mengadakan Program Pemasangan Bendera BN di stesen Komuter dan Program Kibar dan Santai dibangunan Umno Selangor... kah kah kah!.

Menurutnya "BN Selangor percaya sokongan pengundi perlahan-lahan telah kembali kepada kerajaan kerana kegagalan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri paling kaya di negara ini... dan salah satu faktor perubahan persepsi pengundi menurut beliau adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengetuai kempen BN di Selangor... ini memberikan keyakinan kepada rakyat di Selangor supaya kembali memberikan mandat memerintah kepada BN... perkara pokok adalah selepas empat tahun atau 1,440 hari PR Selangor dipimpin PKR, DAP, dan PAS, rakyat masih lagi tidak merasakan perubahan ketara dalam kualiti kehidupan".

"PR masih lagi terperangkap dalam minda pembangkang dan mereka hanya fokus kepada kelemahan BN Selangor terdahulu... sehingga hari ini janji utama yang dibuat tak tertunai pun dan mereka tanpa rasa segan silu ‘outsource’ masalah ini kononnya ini adalah soal yang berhubung kait dengan kerajaan Pusat... apa yang mereka telah laksanakan di Selangor ?... Kita ambil contoh ... walaupun tanggungjawab membina jalan raya yang menghubungkan antara negeri ke negeri di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan tapi tanggungjawab kerajaan negeri pula ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang boleh menghubungkan setiap daerah di Selangor".

"Selangor ada sembilan daerah dan saya tidak lihat ada satu pun pembangunan infrastruktur di Selangor dalam tempoh empat tahun ini... pengurusan yang tidak cekap dalam aspek pembuangan sampah dan kegagalan pihak berkuasa tempatan adalah kelemahan kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim... Saya rasa mereka gagal menguruskan pihak PBT untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Selangor. Soal asas, pengurusan sampah tidak diuruskan dengan baik... janji manifesto yang disebut kalau berkuasa dan mereka memerintah, cukai pintu bagi semua premis perumahan mahu dikurangkan sebanyak 20 peratus dan premis perniagaan mahu dikurangkan hingga 10 peratus... sehingga hari ini janji utama yang dibuat tak tertunai pun".

"Sebenarnya yang mengurus tadbir PBT adalah Kerajaan Negeri... mereka janji kononnya mahu meletakkan ahli majlis dalam kalangan cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)... baru-baru ini mereka pun berebut, bergaduh mengenai soal ahli majlis yang (sebenarnya) tetap mewakili PAS, DAP dan PKR... dari segi penjenamaannya ada calon NGO... bila kita semak dan kaji calon ini juga ahli PAS, DAP dan PKR... dan amat berbeza diantara Menteri Besar Selangor dengan Najib telah pun menunjukkan keupayaan BN mengemukakan pelan pembangunan untuk rakyat Selangor melalui transformasi kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)".

"Di Selangor, kalau ikut situasi pasaran, kita ‘underdog’... dulu kita mendominasi tetapi masalah pilihan raya ini bukan macam kita ambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ada A+... ia hanya ada lulus atau gagal... mereka PR menuduh kami dan memberikan pelbagai persepsi buruk terhadap kami... tapi sekarang kami semakin dekat dengan rakyat dan kami mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kami,” katanya... Kami di Selangor Umno dan BN kami adalah satu ‘team’ Datuk Seri Najib... Kami bekerjasama. Tiada pihak yang mendominasi... dan perkara kekurangan kepimpinan Umno Selangor tidak timbul kerana BN Selangor sudah mempunyai pemimpin - Najib". tambah beliau ketika ditanya berkenaan kekurangan Pemimpin dikalangan Umno Selangor.

Kalau hanya berkaitan Isu infrastruktur dan Pengurusan PBT rasanya Umno/Bn tak kan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke12 (PRU12) dan begitu juga PR tak kan kalah hanya kerana masaalah Infrastruktur dan masaalah Pengurusan PBT... sebab ada Perkara yang lebih Penting yang dikehendaki oleh Pengundi-Pengundi di Negegri Selangor iaitu Ketelusan, Intergriti dalam Kerajaan Negeri... inilah yang tiada pada Pemimpin Umno/Bn Selangor dan ini jugalah yang menjadi penyebab utama kekalahan Umno/Bn Negeri Selangor... juga ini pun tiada dalam kepimpinan Umno Selangor hari ini dan contoh terbaik nya ialah beliau sendiri yang langsung tidak menyentuh soal Ketelusan dan Intergriti yang ada pada Umno/Bn Selangor bagi menerajui Negeri Selangor. sumber klik sini


hemmmmm..... mungkin beliau sudah memasang angan-angan untuk menjadi menteri besar selangor yang baru...dan tak secara langsung akan menyaingi angan yang telah lama diangankan oleh datuk seri noh omar... yang pasti angan-angan mereka akan jadi angan-angan mat jenin insya'allah... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

1 ulasan:

  1. aPA pun dia kata jng terpedaya. Jangan lalai. kena teruskan usaha kempen kecil-kecilan pd org terdekat. Kempen besar-besaran biar pemimpin buat. politik ni ada macam2 taktik. huhu

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....