NAMPAK MCM PENYOKONG UMNGOK, TAPI TAK APA GUA SANGKA BAIK AJE LAH... KAH KAH KAH !.
Seperti yang gua katakan... walaupun gua seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) namun masalah rakyat mesti diselesaikan walau apa pun fahaman politik mereka... itu perinsip gua... gua tak kira sama ada masalah itu kecil ke besar ke... masalah tetap masalah... kalau masalah kecil dibiarkan tanpa perhatian pemimpin... lama kelamaan masalah tersebut pasti akan menjadi besar... dan gua tak mahu menjadi seperti penyokong Umngok yang kesudahan 54 tahun rakyat menjadi mangsa kerana asik mengangguk sahaja.
Kenapa penduduk di Taman Ampang Pecah di sini boleh terkejut
apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa nya tinggi... yang menurutnya notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam
dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun
sebelumnya hanya RM108... apa alasan yang cukai tersbut boleh dinaikkan dimasa rakyat menghadapi masalah kewngan yang tak menentu... ini mesti diselidiki oleh Pemimpi PR dengan segera... kerana gua tak hendak masalah kecil begini menjadi barah secara senyap.
Menurut penduduk tersebut Baharum Wariya "rumah yang saya diami adalah kos rendah... nilainya RM25,000 ketika saya beli
pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54
untuk setengah tahun... tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama
dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah
maka jelas akan membebankan mereka".
Tambahnya lagi "berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang
diterima... kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku
pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya... bagaimanapun katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan... kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan
dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan
cukai 20 peratus".
"Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu... sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan... walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan".
"Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu... sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan... walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan".
"Seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa
Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi... ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut,
tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor,
maka bantahan itu tidak dilayan... juga kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu
tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang
tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut".
Disni gua ingatkan Pemimpin PR kena turun ke bawah dan bertanyakan masalah rakyat dan bukan menunggu rakyat menyuarakan masalah dia orang... juga bukan nya lu orang duduk dan goyang telur kat pejabat atau kat rumah... kalau rasa tak mampu buat kerja tersebut lebih baik lu orang jangan jadi Pemimpin... dan gua tak mahu lu orang mengikut jejak langkah Pemimpin Umngok yang selama 54 tahun merasa selesa dan mengabaikan tanggungjawap... dan sekarang baru sedar atau buat-buat sedar selepas terasa bahang kekalahan.
Kerana gua tak mahu masalah kecil boleh merencatkan perjalanan menumbangkan Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum Ke13 nanti... harap lu orang tak terasa hati dengan teguran ini... tapi lu orang kena siasat kenapa boleh terjadi sebegini... adakah ia betul atau sekadar fitnah... kalau betul selesaikan segera dengan menurunkan cukai tersebut... dan kalau fitnah hebahkan kembali bahawa itu adalah fitnah... tapi jangan pula lu orang ikut macam Umngok.. yang betul jadi salah dan yang salah dibetulkan.... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... pada penchacai umngok lu orang jangan perasan yang gua akan betulkan umngok... kerana umngok sudah tiada jalan untuk dibetulkan kecuali dikuburkan...kerana kebaikan umngok bukan atas dasar kebaikan tapi atas dasar terpaksa demi untuk menipu... kah kah kah... umngok perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
mcm ade lmbang dacing je pada kopiah tu..
BalasPadam