DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 14 Mei 2012

KEMANA PERGINYA BADAN DAN NGO ISLAM, KEJADIAN 9 MAC 2012 MACAM TIADA PEMBELAAN !


Memetik laporan dari akhbar Sinar Harian Edisi sehingga kini sebuah keluarga lapan beranak terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat di Kampung Malau berikutan rumah mereka dihanyutkan arus deras air banjir pada 9 Mac lalu... keluarga ini merupakan antara 82 keluarga yang menjadi mangsa banjir sekitar kawasan Parlimen Lenggong.

Menurut mangsa Abdul Malik Mustafa "saya sekeluarga kurang bernasib baik kerana arus deras air banjir telah menyebabkan rumah kami yang telah berusia 10 tahun hanyut... pada malam kejadian, saya sekeluarga bernasib baik kerana telah meninggalkan rumah pada jam 9 malam dan menumpang di rumah emak yang berada di kawasan tinggi di Kampung Malau".

"akibat kejadian itu... Saya bersama isteri dan anaknya terpaksa menumpang di rumah ibunya sehingga kini kerana tidak mempunyai tempat berteduh... meskipun menerima beberapa siri bantuan seperti lain-lain keluarga mangsa banjir Saya masih belum berkemampuan membina semula rumah mereka berikutan pendapatan yang kecil sebagai penoreh getah".

Tambahnya "beban masih dirasai sehingga kini... tambahan kami perlu menanggung keperluan persekolahan anak-anak dan kehidupan kami bertambah sukar selepas kehilangan tempat tinggal... ada antara anak saya yang berhasrat untuk berhenti sekolah ekoran masalah ini kerana mereka turut menyedari pendapatan kira-kira RM550 sebulan tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan, apatah lagi membina rumah baru".

Kemana pergi badan-badan Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berjenama Islam dalam menjuarai isu ini... dimana beberapa keluarga Islam yang tidak punya tempat tinggal selepas rumah dihanyutkan air pada banjir 09 Mac 2012... bermakna masuk kehari ini sudah 2 bulan 5 hari kejadian berlalu... apa yang badan-badan ini lakukan demi menjaga kebajikkan orang Islam.

Untuk pengetahuan pengendali badan-badan Islam seperti Zakat, Baitulmal, badan Kebajikan dan sebagainya... duit yang terkumpul dari hasil kutipan zakat, sumbangan orang Islam adalah kepunyaan mereka yang memerlukan... jangan dibuat seperti harta pusaka lu orang... mungkin lu orang akan jawap kami jaga amanah... betul jaga amanah tapi jaga untuk digunakan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan jaga amanah untuk tengok angka simpanan meningkat tapi tiada beri manafaat kepada yang memerlukan... nanti bila ada badan-badan kristian datang menghulurkan bantuan... baru lah lu orang sebok seperti Hasan Ali Akidah... dan mengatakan kristianisasi lah... gerakan memurtadkan orang islam lah... dah dia kristian memang kerja dia menambah penganut kristian... tak kan dia nak tambah penganut Islam... bingai... kah kah kah !.

Mungkin juga lu akan cakap kekurangan kakitangan... kalau kurang kakitangan... tambah kakitangan... duit ada dan duit tu bukan lu orang punya... jangan buat macam lu orang punya dan sayang nak belanja kejalan yang betul... kalau lu orang nak tahu... segala masaalah Umat Islam di Negara ini yang mungkin menerima simpati badan kristian... dan memungkinkan mereka menjurus kepada Murtad... jangan ingat lu orang  boleh terlepas dari tanggungjawap di akhirat beb... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... atau kalau lu orang boleh kamikaze macam umno... yang mengatakan politk dan agama tak boleh bercampur... mungkin umno ingat malaikat kiri kanan manusia yang menulis kebaikan dan kejahatan tidak akan menulis apabila ianya melibatkan politik... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

1 ulasan:

  1. Apa Baitulmal2?mana boleh bagi bantuan..Pejabat Baitulmal yang berkonsep koprat yg cantik2 banyak yg belum siap,belum lagi nak kira bonus nak bagi kat kakitangan mcm pegawai bank..

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....