DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 11 April 2012

TAWAN KELANTAN, UMNO SALAH SASARAN, MUNGKIN SEDANG MENGIGAU DALAM MIMPI, KAH KAH KAH !

Kalau betul itu yang disasarkan bermakna memang pemimpin Umno Kelantan sedang mengigau dalam mimpi kerana sepatutnya pemimpin Umno Kelantan mensasarkan matlamat untuk mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke12 lalu... dan bukan nya mensasarkan menawan Kerajaan Negeri Kelantan yang dilihat hanya membuat rakyat Kelantan tergelak terbahak-bahak dengan sasaran pemimpin Umno Kelantan tersebut... kah kah kah !.

Memang kita sepatutnya mempunyai cita-cita yang tinggi, namun cita-cita tersebut seharusnya mestilah bersandarkan kepada kemampuan dan keadaan semasa... kalau diawal selepas penggal pertama selepas tahun 1990 Kerajaan PAS memerintah mungkin cakap-cakap tersebut boleh difikirkan dan diangguk ada kemungkinan... tapi selepas 22 tahun PAS memerintah rasanya cakap tersebut hanya boleh digelakkan oleh rakyat Kelantan berdasarkan penerimaan terhadap gabungan Pakatan Rakyat (PR) oleh rakyat Kelantan itu sendiri.

Kalau mengikut statistik ketujuh-tujuh DUN yang dimenangi oleh Umno/Bn:
  • N1  - Pengkalan Kubor (Majoriti 100 undi) P19 -Tumpat (PR)
  • N25- Kok Lanas (Majoriti 580 undi) P26 -Ketereh (PR)
  • N36- Bukit Bunga (Majoriti 348 undi ) P30 -Jeli (BN)
  • N38- Kuala Balah (Majoriti 1381 undi) P30 -Jeli (BN)                        
  • N43- Nenggeri (Majoriti 2090 undi) P32 -Gua Musang (BN)
  • N44- Paloh (Majoriti 2833 undi) P32 -Gua Musang (BN)
  • N45-Galas (Majoriti 1190) P32 -Gua Musang (BN)
Statistik diatas dapat dilihat akan kekuatan yang ada pada Umno/Bn Kelantan yang berpusat disekitar hujung Negeri Kelatan dan kalau diteliti paling banyak Umno Kelantan boleh mempertahankan sekitar empat Kerusi DUN sahaja... kerana didalam Parlimen Gua Musang yang di menangi oleh Umno melalui Yb Tengku Razaleigh Hamzah pun PAS telah menanginya semasa PRU12 dengan majoriti 626 undi... namun dimenangi kembali oleh Umno dalam Pilihan Raya Kecil tahun 2010.

Dan kalau mengikut kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti Umno/Bn itu “dikira cukup baik” jika dapat mempertahankan tujuh kerusi DUN yang dimenangi... 6 kerusi semasa PRU12 empat tahun lalu... dan 1 kerusi semasa PRK tahun 2010 pada pilihan raya umum ke-13 nanti... menurut beliau adalah sukar untuk Umno/Bn Kelantan untuk merampas Negeri Kelanatan Pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang amat disenangi oleh majoriti rakyat Negeri Kelantan.

Menurut beliau lagi "Saya cakap pandangan peribadi saya... kalau Umno/Bn dapat mempertahankan tujuh kerusi itu sudah dikira cukup baik bagi Umno... kerana ada kemungkinan kita boleh ambil balik... kalau tidak semua kerusi, satu atau dua kerusi boleh di ambil kalau kena gayanya... walaupun matlamat Umno/Bn Kelantan sama seperti matlamat PR untuk menawan Putrajaya namun banyak sebab mengapa parti itu tidak boleh menawan Kelantan yang diperintah PAS sejak lebih 20 tahun lalu".

"Selain tiada isu besar yang boleh mengubah aliran sokongan pengundi kepada Umno/Bn... mereka juga berdepan dengan masalah dalaman yang serius... harapan Umno/Bn untuk rampas Kelantan itu harapan dari dulu... macam kita mahukan Putrajaya... sekarang ini lagi sukar bagi Umno/Bn kerana sokongan rakyat kepada PAS masih kukuh... tiada isu besar yang boleh ubah sokongan itu dan Umno/Bn sendiri menghadapi perpecahan dalaman yang serius... kalau ada masalah dalaman, macam mana nak rampas Kelantan... kalau tiada perpaduan sesama umpama kes Umno Bahagian Tanah Merah yang kini sudah dibawa ke mahkamah".

"Pada pandangan... kita ada keyakinan untuk mempertahankan Kelantan cuma kebimbangan kita adalah usaha Umno membawa masuk pengundi luar ke Kelantan, membawa masuk pengundi hantu... ini yang kita dengar akan diguna pakai di Kelantan... ini yang kita bimbangkan kerana perkara ini pernah berlaku di Terengganu yang jumlah pengundi meningkat secara tiba-tiba seperti apa yang sedang berlaku di  Negeri Selangor... dan Umno/Bn tidak boleh menang jika bertanding secara adil dan demokratik"... kata Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini semua adalah cerita lama Pemimpin Umno/Bn bagi menyedapkan hati penyokong Umno Negeri lain... kerana mereka tahu untuk menawan Negeri Kelantan dari Pakatan Rakyat (PR) sudah tiada dalam agenda Umno/Bn... ianya hanya gembar gembur Pemimpin Umno untuk tidak melemahkan jentera Parti Umno/Bn di Negeri-Negeri lain yang sekarang bukan nya sebok mengatur jentera Penerangan... tapi sebok mengganggu setiap program yang dibuat oleh PR... dan hampir setiap program PR akan mereka ganggu... ini kerana sendiri tak tahu buat program yang tahu hanya menumpang dan mengganggu program orang lain... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... dalam pru11 umno menang banyak kerusi dun kelantan namun belum cukup bagi menawan negeri kelantan walaupun dimasa itu umno mendapat pemimpin baru yang digelar mr' clean... namun mr' clean juga telah menyebabkan umno hampir terkubur diseluruh negara pada pru12... kali ini lu orang bayangkan lah apabila orang yang memimpin umno punya banyak masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin itu... isteri... dan penyokong beliau sendiri.... kah kah kah.... umno perkasam jati.... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....