Kalau mendengarkan kata-kata dari kenyataan yang Datuk Samy Vellu luahkan... bermakna Tun Dr Mahathir bukan setakat memberi Maha-Masalah kepada Negara... rupanya kepada sahabat Umno pun beliau tetap berikan masalah dan inilah yang diluahkan oleh Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 yang lalu.
Perkara itu beliau luahkan dalam wawacara yang disiarkan oleh akhbar The New Straits Times... Datuk Seri Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir yang memberi nasihat kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepada beliau.
Tambah beliau "Tun Mahathir menaruh dendam kepadanya kerana menghalang
kemasukan parti Indian Progressive Front (IPF) ke dalam BN walaupun
dipersetujui parti komponen lain... dan itu yang menyebabkan Tun Mahathir mengeluarkan kenyatan jangan mengundi nya... namun begitu saya
masih menghormati Mahathir dan berkhidmat selama 22 tahun bersama Bekas Presiden Umno itu merupakan pengalamannya yang "maha hebat".
Itu kalau mengikut kata Datuk Samy Vellu... yang sebenarnya pengundi-pengundi di kawasan Sungai Siput sudah menyampah dengan beliau dan parti Barisan Nasional yang dianggotai oleh Umno, Mic, Mca dan yang sewaktu denganya... kalau Tun Mahathir sekalipun menjadi calon semasa itu beliua juga akan terkubur macam Datuk Samy Vellu terkubur... jadi alasan yang beliau berikan atas kekalahan beliau langsung tidak boleh diterima.
Dan kalau diteliti kenyataan ini hanya untuk membuatkan pengundi melayu dan bukan melayu kagum dengan Tun Mahathir... kononya Tun Mahathir mempunyai kata-kata yang boleh mempengaruhi rakyat dan untuk itu kata-kata Tun Mahathir juga akan dapat mempengaruhi pola pengundian dalam PRU13 nanti... itu masej sebenar Datuk Samy Vellu yang mungkin juga mengharapkan dapat menjadi calon dalam PRU13... dengan tidak menjadikan alasan diri beliau akan kekalahan beliau dalam PRU yang lepas.
hemmmmm..... ayoyo latuk samy vellu... latuk langan ingat olang india serupa dulu dan masih luduk dalam ested... yang mana latuk bolih tipu dan ugut...kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
li khianat bangsa lu.. lu punya kasi reject sama lu. tiew na seng. mulut manyak bising
BalasPadam