DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 19 April 2012

PIMPINAN PR... AMBIL IKHTIBAR KEJADIAN INI DAN TOLONG BERI KERJASAMA MENJAGA KESELAMATAN MAHASISWA DI DATARAN !.


Jauh sekali untuk mengajar Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) namun ada perkara yang rasa mereka perlu di ingatkan atas sifat Manusia yang mungkin mudah lupa atau pun selalu terlepas pandang... oleh sebab itu wajar aku sebagai penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menumbangkan Regim Umno/Bn mengigatkan kepimpinan PR... supaya mengambil ikhtibar pada kejadian pagi tadi diDataran Merdeka yang mencederakan Mahasiswa berkemah sehingga hari Bersih 3.0 Duduk dan Bantah... bagi menuntut Penghapusan Ceti PTPTN apabila diserang oleh Samseng-Samseng Upahan Umno/Bn  yang jumlahnya hanya 60 orang.

Adalah perlu Kepimpinan PR merangka Jawatankuasa Keselamatan Acara bagi meyelaraskan keselamatan yang melibatkan setiap program PR dan penyokong PR tak kira dimana ianya diadakan... ini memandangkan fenomena Samseng mengganggu program PR dan Penyokong PR umpama jadi acara wajib bagi Umno/Bn yang menggunakan Samseng-Samseng Upahan bagi gangguan tersebut... jangan kita menyalahkan hanya Perompak dan Penyamun apabila harta benda kita dirompak dan disamun kalau kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjaga harta benda kita dengan sewajarnya.


Ini kerana Perompak dan Penyamun memang menjadi kerja meraka merompak dan menyamun... kalau tidak mereka tak dipanggil Perompak dan Penyamun... begitu juga lah perangai Umno/Bn yang memang dari asal penubuhan untuk kepada perkara-perkara yang menjahanamkan rakyat dan negara namun ianya dihiasi dengan perhiasan konon nya kemajuan dan pembangunan... dan kita tak patut meletakkan kesalahan tersebut 100 peratus kepada mereka tanpa kita sama menanggung kesalahan tersebut... kalau diletakkan 100 peratus kesemua kesalahan kepada Umno/Bn maka tidak ubahnya kita seperti Datuk Hasan Ali Jati.

Yang menyalahkan kristianisasi namun tidak membenteras perkara yang boleh kearah itu apabila beliau mempunyai peluang... dengan alasan tidak mendapat sokongan dari sahabat lain dari PAS... namun sekarang pun tidak ada apa yang dilakukan selain menyalak walaupun tidak terikat dengan sahabat dari PAS yang dipanggil Parasit... untuk itu seharus nya Kepimpinan PR mencari penyelesaian bagaimana keselamatan setiap program yang dianjurkan oleh PR dan Penyokong PR  agarkeselamatan mereka-mereka  ada jaminan dan selain nya kita serahkan kepada Allah SWT.


hemmmmm..... mahasiswa adalah pemimpin masa depan... dan mereka boleh dikatakan masih perlu penjagaan... sebab bila pihak polis/fru pukul mahasiswa semasa demo tahun baru di upsi kita marah dan kata polis/fru berkasar dengan mahasiswa... namun selepas itu kita masih tiada menjaga keselamatan mereka yang dikatakan mahasiswa yang hampir 85 peratus penyokong pr... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... a b u.

4 ulasan:

  1. setuju 101%. soldadu yg cedera & tewas dlm satu2 pertempuran ataupun peperangan adalah tanggungjawab jeneral. dlm hal ini pihak 'penganjur' wajib menjaga keselamatan peserta2. kalau benda macam ni pun tak boleh 'tackle' apatah lagi perkara2 yg lebih besaq.
    mau madu lebah panjat pokok bersama2, jgn biaq orang lain kena gigit saja. kesalahan diatas berlakunya segala kemungkaran 100% mesti ditanggung oleh pemerintah & mereka yg mengundi umno/bn. dosa & pahala tak dapat 'dilihat', inilah yg menyebabkan depa ni terkeluar landasan.

    BalasPadam
  2. kita perang habis - habisan

    BalasPadam
  3. Ini yang perlu difikirkan oleh pemimpin PR... supaya perkara yg sebegini tidak berulang... dan bukan setakat keselamatan tapi mestilah menyeluruh kepada kesihatan dan makan minum mahasiswa... jgn dilihat seperti peminta sedekah... bukan nya lama pun hanya dua minggu bagi seluruh kepimpinan PR memikirkan yang terbaik untuk penyokong PR.

    BalasPadam
  4. Mana pegi Unit Amal dgn AMK? tolong la pantau kawasan dan keselamatan mahasiswa.. Benda-benda macam ni jgn ambil mudah.. Buka mata dan minda sikit.. Takkan semua benda nak kena suruh baru nak buat?

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....