DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 13 April 2012

KALAU ISU LEMBU "NFC" BELIAU KECUT... TAPI ISU CETI "PTPTN" BELIAU BERANI BEB, JANGAN TAK JADI SUDAH, KAH KAH KAH !.

Macam tak percaya beb yang Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu pemansuhan Ceti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)... seperti yang direspons segera kepada cabaran Rafizi melalui akaun Twitter beliau tengah hari tadi dengan berkata "Saya setuju untuk berdebat dengan Rafizi pada 3 Mei mengenai PTPTN."

Kerana apa... sebelum ini seperti yang kita ketahui beliau bukan hanya menolak namun menjawap jemputan debat Rafizi pun dengan alasan yang langsung tidak munasabah berkenaan Isu lembu NFC... yang seolah-olah beliau mengikut alunan Ketua beliau iaitu Datuk Seri Hj Najib yang dicabar berdebat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Dasar Nagara.

Untuk itu kita mengharapkan debat akan benar-benar terjadi bagi rakyat menilai diantara keperluan Ceti PTPTN yang hendak dihapuskan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan digantikan dengan Pendidikan Percuma berbentuk Biasiswa... serta hujah dari Ketua Pemuda Umno yang pasti mewakili seluruh penyokong Umno/Bn untuk mengekalkan Ceti PTPTN untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi.

Serta diharapkan ianya disiarkan secara langsung oleh semua media arus perdana yang selama ini menjadi pencacai tanpa pihak lawan dapat menjawap didalam media tersebut... dan ini mungkin akan membawa kepada satu lagi debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Hj Najib yang dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat yang cintakan demokrasi sebenar... namun mungkin ianya tidak disukai oleh puak pencacai yang kita tahu suka kepada politik fitnah dan tanpa berhujah.


hemmmmm..... tapi rasanya lah debat tak mungkin terjadi... kerana apa... ianya akan dilihat oleh umno/bn sebagai momenton pr yang menyokong bersih 3.0... kerana debat diadakan selepas perhimpunan bersih 3.0 duduk bantah di adakan... kerana pemimpin umno memang terkenal dengan takut berdebat... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

1 ulasan:

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....