Menurut kajian Merdeka Centre populariti Datuk Seri Hj Najib (DSHN) telah meningkat 10 peratus kepada 69 peratus... namun bagi Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mereka menerima dengan hati terbuka peningkatan populariti DSHN... tetapi perkara itu jelas mereka bukanlah bermakna sokongan penuh kepada Umno/Bn.
Sambil menyifatkan bahawa ia hanya bersifat sementara dan berkisar daripada pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 baru-baru ini... akan tetepi populariti tersebut akan menurun bersama susut wang BR1M RM500 yang digunakan... dan akan betukar menjadi tak popular selepas wang habis digunakan.
Perkara ini timbul apabila rakyat mula sedar nilaian RM500 yang digembar gemburkan... yang mana ianya hanyalah umpan menutup segala isu berbangkit dan bagi menutup isu penyelewengan yang di bongkar tanpa mendapat penjelasan yang boleh di diterima oleh kebanyakkan rakyat.
Bagi Ahli Parlimen PR masa yang berjalan... impak positif daripada RM500 itu akan hilang... lebih-lebih lagi apabila DSHN melambat-lambatkan tarikh pilihan raya... dan mereka yang menerima RM500 akan menggunakan duit tersebut serta bagi mereka yang tidak menerimanya pula akan merungut.
Bagi Pencacai Umno/Bn mereka sudah pasti menerima akan hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center ini... berbanding kajian tentang penurunan populariti DSHN... dan juga kajian wajar nya debat antara DSHN dengan Anwar Ibrahim yang juga di buat oleh Merdeka Center.
Boleh di ibaratkan dengan melambatkan Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ianya umpama penyakit barah yang tak dirawat... yang akan merebak keseluruh anggota dan akhir nya akan menyebabkan kematian kepada penghidap barah... kah kah kah !!!.
Sepatutnya pemberian tersebut sudah lama diberi... ini memandangkan negara malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi... kalau negara singapura yang tidak punya apa-apa hasil bumi namun rakyatnya berpendatan tinggi... tetapi telah memberi bantuan kepada rakyat umpama br1m sejak tahun 1990 lagi.
Bubarlah parimen najib oooiiii kita tengok betul ke 65% tu.
BalasPadamMana Hj Najib berani... tapi lagi lama tunggu lagi Hj Najib Masalah...kah kah kah!.
BalasPadam