YB DATO' RAZALI IBRAHIM |
Kononya kalau dimana Umno kuat di situ rakyat ada rahmat... yang sebetul dimana kuat Umno disitu rakyat merempat... kerana rakyat akan digula-gulakan dengan kata-kata menis tapi menipu... semalam di laporkan di akhbar sinar harian yang satu keluarga terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam
kebakaran pada Jun tahun 2011 lalu.
Akhbar Sinar Harian Edisi Johor melaporkan satu Keluarga di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat yang berada di dalam DUN N.16 Sungai Balang yang diwakili oleh Yb Dr Robia binti Hj Kosai dari Umno/Bn... dan DUN ini juga berada di dalam Parlimen P.146 Muar yang diwakili oleh Yb Datuk Razali Ibrahim dari Umno/Bn merangkap Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.
Penduduk tersebut Norhawa Arip, 37, berkata "pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu
mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga
tidak mempunyai tempat untuk berteduh... pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami,
Ariffin Md Amin 39 tahun dan enam anak mereka berusia 15 hingga tiga tahun,
sejak lapan bulan lalu".
YB DR ROBIA HJ KOSAI |
"Pendapatan suami sebagai pemandu lori tidak menentu kerana bergantung
kepada perjalanan lori telah menyukarkan kami untuk membina rumah baru... ia sekadar mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga... termasuk
perlu menanggung lima daripada enam anak yang masih bersekolah... keadaan pondok itu juga sudah tidak kukuh dan selamat kerana hanya berdindingkan zink dan
kanvas serta tidak berpintu".
"Dan jika hujan lebat, tidur malam kami sekeluarga sering terganggu kerana
terkena tempias air hujan berikutan kanvas ini tidak mampu menahan
tiupan angin yang kuat... ketika inilah anak-anak terpaksa berhimpit-himpit mencari tempat
berteduh bagi mengelak diri daripada terkena tempias air hujan... hatinya begitu sayu bila melihat anak-anak membesar dalam keadaan kediaman yang kurang sempurna".
"Pondok ini tidak mempunyai bilik dan di ruang yang sempit inilah
menjadi tempat tidur, tempat berehat, tempat makan dan tempat anak-anak
membuat kerja sekolah... juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan saya terpaksa
mendapatkan bekalan elektrik dengan menyambung wayar menerusi rumah
jiran bersebelahan rumah.... setiap malam pondok ini hanya bertemankan cahaya malap menggunakan satu mentol lampu sahaja".
KALAU UMNO KUAT INI LAH JADI NYA |
"Pada siang hari pula, kami sekeluarga terpaksa menahan panas zink kerana bumbung pondok ini terlalu rendah... atas ehsan daripada rakan suami yang telah memberikan kanvas dan kami
jadikannya sebagai pengganti siling... Alhamdulillah dapat kurangkan
sedikit panas dalam pondok ini... kadang-kadang anak-anaknya merungut kerana tidak berasa selesa tinggal dalam pondok yang mereka duduki ketika ini".
"Saya hanya mampu memujuk mereka dengan mengatakan akan segera bina rumah apabila wang simpanan mencukupi... apa yang menggusarkan hati saya apabila memikirkan keselamatan anak perempuan berusia 15 tahun kerana dia sering tinggal sendirian dengan keadaan rumah yang tidak berpintu... selepas tragedi tersebut dia ada membuat permohonan rumah baru daripada Baitulmal menerusi ketua kampung tetapi masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif".
"Saya hanya mampu memujuk mereka dengan mengatakan akan segera bina rumah apabila wang simpanan mencukupi... apa yang menggusarkan hati saya apabila memikirkan keselamatan anak perempuan berusia 15 tahun kerana dia sering tinggal sendirian dengan keadaan rumah yang tidak berpintu... selepas tragedi tersebut dia ada membuat permohonan rumah baru daripada Baitulmal menerusi ketua kampung tetapi masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif".
Mengikut kata penduduk ini permohonan rumah baru telah dibuat kepada Baitulmal namun selepas lapan bulan bayang jawapan pun tak ada... nanti bila dah ada Badan Kristian datang nak bagi bantuan... baru lah kau oramg sebok salah kan Badan Kristian tersebut... tapi kau buat duit Baitulmal macam harta pusaka mak bapak Inggeris Penjajah kau punya.
KANDANG LEMBU NFC MUNGKIN LAGI ELOK |
Masa tu kau orang sebok lah isu Murtad dengan menyalahkan orang lain... tapi salah kau orang sendiri kau orang tak nampak atau saja buat-buat tak nampak... susah sangat kerja ke memberi bantuan... bukan duit pusaka mak bapak Inggeris Penjajah kau orang punya... kalau sebulan dua boleh dikatakan sedang proses... itu pun dikira lambat dalam dunia yang serba moden sekarang ini.
hemmmm..... inilah yang dikatakan kpi oleh pemimpin wassatiyah hj najib... kalau kebakaran tersebut berlaku di negeri pakatan rakyat... jawapnya tuan rumah boleh hilang kesedihan dengan cepat kerana bantuan akan datang dari kerajaan negeri dan umno penipu... itulah untung nya kalau negeri umno tak kuat, kah kah kah !!! umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....