DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 2 Februari 2012

KALAU DIKATAKAN HANG TUAH TAK UJUD... MUNGKIN PELAKON HINDUSTAN AKAN UJUD DI NEGERI MELAKA... KAH KAH KAH !

Mungkin Negeri Jebat Derhaka atau Hang Tuah Taat Melulu dan yang terbaru boleh dipanggil Negeri Hang Tuah tak ujud... berdasarkan kenyataan Pakar Sejarah Negara Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim dan juga kenyataan Negarawan Unggul Tun Dr Mahathir Muhammad (TDMM) yang mengatakan semacam secara teknikal Hang Tuah tak ujud dan bukan seorang yang patut dikagumi.

Menurut TDMM "sesuatu yang diriwayatkan umpama nya Hang Tuah mengalahkan semua Panglima Dunia... tetepi tak diceritakan bagaimana Hang Tuah boleh berada disana... ini boleh dikatakan fiksyen atau hayalan". Kah kah kah !!! Itu cuma intro nya.... yang nak diceritakan disini ialah kesah Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam yang dikatakan boleh menjadi pelakon filem Hisdustan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah.

Menurut beliau "Saya anggap sikap kerajaan negeri Melaka ini tidak ubah seperti pelakon Hindustan dalam menyelesaikan isu ini kerana dalam perbincangan awal lain tetapi kemudiannya lain pula jadinya.... Sekiranya masalah ini masih gagal diselesaikan... pihaknya bercadang membawa isu terbabit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memohon supaya pihak berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)".

"Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia Ayer Keroh... kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

"Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu... Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah...
Projek di bawah PKNM itu pada awalnya menawarkan gerai sementara berhampiran Taman Lebah yang sudah ditamatkan operasinya dan bayaran pampasan RM500 sebulan kepada setiap peniaga bagi tempoh enam bulan, sepanjang kerja naik taraf taman.

Bagaimanapun, 11 peniaga terbabit menolak tawaran itu yang dianggap mereka terlalu rendah dan langsung tidak munasabah... Mereka kemudian menghantar memorandum bagi menuntut pampasan RM5,000 sebulan untuk setiap peniaga... namum jumlah itu dikurangkan menjadi RM3,000 selepas rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan Ketua Menteri sendiri dan arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang".

Bab-bab rundingan ni biasanya dia orang ni asik menipu aje... bila didepan cakap lain belakang buat lain... sebab itu mereka-mereka ni tak berani berdebat... kerana dalam debat fakta jadi sandaran... dan ianya disaksikan rakyat ramai... dan sebab itu juga bersumpah laknat jadi mainan kerana dalam bersumpah masih lagi boleh menipu.... kalau dah berani berbuat kerja yang laknat... kenapa takut untuk bersumpah laknat !.


hemmmmm..... mungkin tak sia-sia pemberian gelaran datuk kepada pelakun hindustan iaitu shah rukh khan... yang dalam sekelip mata negeri melaka bersejarah sudah menghasil seorang lagi bakal pelakun hindustan... kah kah kah !!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....