Satu lagi cabaran debat antara Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan dianjurkan oleh Sketriat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung matlamat pembangkang untuk menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini.
Melalui Sketriat Pemuda
Pakatan Rakyat Syed
Mikael Rizal Aidid berkata "debat dicadangkan pada 29
Februari ini di Dewan Besar MPSP, Sungai Dua, Tasek Gelugor... ini bagi
membuktikan kesungguhan mereka mempertahankan hujah bahawa tol di lebuh
raya perlu dimansuhkan untuk faedah rakyat... dan kubu kuat
Umno Tasek Gelugor untuk dijadikan gelanggang perdebatan".
"Ini
adalah untuk menunjukkan pada beliau dan rakyat... bahawa pimpinan
PR tidak pernah gentar untuk mendedahkan kebenaran dan
membela nasib rakyat hatta di lubuk BN itu sendiri... Pihak
kami juga bersyukur dan rasa memadai andai debat ini hanya disaksikan
oleh ribuan rakyat Pulau Pinang dan kita percaya ianya tidak akan disiar
di media televisyen arus perdana".
"tindakan Kerajaan untuk mempertahankan kutipan tol di saat rakyat menderita
dengan kos hidup yang semakin membelit... adalah tindakan yang sangat
tidak wajar... Ini bukan soal politik lagi... bila rakyat diperah untuk menjayakan PLUS sehingga konsesi tamat pada tahun 2038! Ini sudah gila!".
"Ini
ditambah buruk... bila rakyat mengetahui bahawa projek lebuhraya
terpanjang di Malaysia iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini telah
mengaut keuntungan sebanyak 308 peratus... bersamaan dengan keuntungan
RM18 bilion bersih... iaitu selepas ditolak kos asal projek sebanyak RM6
bilion! katanya.
Tambah nya "adalah tidak adil apabila
rakyat yang melarat terus ditekan... hanya kerana kegagalan Umno dan BN
mentadbir negara ini dengan amanah... Sebelum ini PR pernah
mencadangkan supaya tol di lebuh raya dihapuskan selepas menyedari
konsensi mengutip tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hanya akan
berakhir sehingga tahun 2038 tetapi ia nya ditolak oleh Kerajaan dengan alasan Tak Masuk Akal".
Oiii... Pemimpin Umno hangpa tak tahu malu ke hah !!! apasal tak mahu debat ? takut tembelang hangpa pecah ka ? LGE bukan ajak debat dalam bahasa cina... dia ajak debat dalam bahasa melayu... atau hangpa dah tahu berdebat dalam bahasa melayu... atau nak ikut macam Ketua Pemuda Umno yang hanya nak berdebat kat Luar Negara... itu pun tajuk dia pilih... kah kah kah !!!.
Nanti kalau cakap belakang hangpa kata PR hanya tahu mengumpat saja... ini bila ajak berdepan... hangpa pulak buat bodoh.... kata pemimpin hangpa nak kan Demokrasi Terbaik... macam mana nak Demokrasi Terbaik... ada ka Demokrasi Terbaik asik nak umgok aje... malu la oiiiii... tak kan hanya pandai buat fitnah dan provokasi aje !!!.
hemmmmm..... mintak-mintak jangan lah pemimpin umno dan pencacai umno suruh lge bersumpah laknat... bukan apa risau gak bila teringatkan kata-kata tun mahathir bahawa melayu umno mudah lupa kah kah kah !!! umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....