DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 6 Februari 2012

BILA DENGAR SALAHUDDIN AYOB NAK BERTANDING DI JOHOR... MENTERI UMNO NI DAH MENJERIT DULU... KAH KAH KAH !

Dengan jangkaan akan meraih sokongan yang kuat dari Pengundi Negeri Johor DT dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, dan bagi tidak mengecewakan Pengundi Negeri Johor DT... Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Johor telah meminta Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Yb Salahuddin Ayob bertanding di Negeri Kelahiran beliau Joh0r DT.

Dan menurut sumber dalaman tempat yang beliau akan bertanding ialah Dewan Undangan Negeri  (DUN) dan Parlimen... namun keutamaan adalah bagi kerusi DUN untuk dicalonkan sebagai Bakal Mneteri Besar Johor yang baru.

Ini berikutan kedua-dua lagi kepimpinna yang ada dalam PR Negeri Johor iaitu kepimpinan DAP dan PKR telah bersetuju akan menyerahkan Kerusi Menteri Besar Johor kepada PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendirikan Kerajaan selepas PRU ke13, dan ini telah disahkan oleh Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau serta Pengerusi PKR Dr Chua Ju Meng.

Untuk Kerusi Parlimen yang beliau dijangka akan bertanding ialah Parlimen Sembrong (P153) yang kini disandang Oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussain yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, ia juga mengandungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Paloh yang disandang oleh Hoo Seong Chang dari MCA dan DUN Kahang yang disandang oleh R. Vidyanathan dari MIC.

Apa yang diberitahu dari sumber dalaman Umno bahawa Datuk Seri Hishammuddin yang menyandang Kerusi Parlimen Sembrong (P153) akan berpindah bagi mencari Kerusi Yang difikirkan selamat untuk beliau, untuk itu Kerusi Parlimen Kota Tinggi (P156) yang kini disandang oleh Bekas Menteri Dalam NegeriTan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, dijangka menjadi pilihan beliau.

Kah kah kah ! PRU belum lagi tapi Datuk Seri Hishammuddin dah berkira-kira nak mencari kawasan yang selamat, ini lah standard Pemimpin Umno yang hanya mementingkan diri dan puak yang terpilih... yang mana diketahui pengundi P153 adalah 40% berketurunan Cina dijangka akan menolak Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti.


hemmmmm..... perlu di ingatkan dua keturunan hishammuddin telah meningalkan umno dan telah meninggal dunia diluar umno... mereka ialah datuk beliau... onn bin jaffar dan bapa beliau hussain bin onn... tapi untuk keturunan onn yang ni... susah nak diramalkan kerana beliau dengan sepupu nya lebih kepada yang "selamat" dan bukan kepada "perjuangan"... keh keh keh !!!. umno-perkasam-jati  betul-betul meloyakan heeeee.....

5 ulasan:

  1. Aku anak johor mengharapkan Salahudin akan menjadi Menteri Besar Johor selepas ini. Beliau antara yang terbaik dan diharap akan meningkatkan kefahaman Islam yang tinggi kepada rakyat Johor.

    Amin Ya Allah!!
    Amin Ya Allah!!
    Amin Ya Allah!!

    BalasPadam
  2. Aku sebagai pengundi bagi dun dan parlimen. mengikhtiraf salahuddin ayob sebagai MENTERI BESAR JOHOR. Jadi sememangnya beliau mesti bertanding di negeri johor(tanah tumpah)....

    BalasPadam
  3. auku, aku

    Harap sangat tengok taring Salehudin Ayob, harap sebagai anak jantan jgn cakap dolak dalik mcm Hadi, kata tak bertanding tapi baru ni nak bertanding. Zahid kata nak bubar parti tapi tak jadi.

    BalasPadam
  4. aku org Kota...

    Klu kau nak pindah ke Kota Tinggi
    aku pastikan yg kau pon x akan lama di Kota.
    Aku pastikan Johor akan dipimpin oleh org baru tp ABU.

    BalasPadam
  5. Salam Perjuangan Sdr. Mat Indera

    Tahniah rakyat Johor kerana di beri peluang untuk membuat pilihan atas calun YAB MB SALAHUDIN dari sayap PAS.

    Berilah undi anda kepada beliau kerana bagi saya beliau bukan saja calun layak untuk kerusi MB malah kerusi PM pun layak. Ini bedasarkan tatasusila yang dimiliki, lihat saja tertib beliau semasa menangani rakyat dan dalam dewan.
    Seorang yang betertib beginilah yang boleh dibuat pemimpin...

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....