DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 12 Februari 2012

BEKAS KETUA HAKIM NEGARA TUN MOHD DZAIDIN KATA INI ORANG YANG MENJADI PUNCA MAHA-MASAALAH KEHAKIMAN !

Ini cuma sambungan kesah Tun Madey yang terkenal dengan segala penindasan yang tak nampak dek mata kasar... Menurut Bekas Ketua Hakim Negara tahun 2000 hingga tahun 2003 Tun Mohd Dzaidin Abdulah yang mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Madey.

Ia nya berpunca daripada Pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa Pentadbiran nya sekitar tahun 1980-an yang telah melemahkan badan kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen.

Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana ia adalah dua badan iaitu eksekutif dan badan perundangan... berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial.

Ekoran dari itu Pada tahun 1988 Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Tun Madey ketika itu yang mempunyai kuasa Eksekutif sebagai Perdana Menteri...  berpunca dari perbezaan pendapat antara Tun Madey dan Tun Mohamed Salleh Abas  berkenaan peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Sepatut nya Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk diguna pakai oleh kerajaan bagi apa-apa jenis kepentingan politik... asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya adalah tidak sepatut nya.

Akan tetapi pada pendapat aku... Umno lah segala punca permasaalahan... ianya bermula dari ianya dirancang untuk oleh Inggeris Penjajah bagi menjaga kepentingan Inggeri Penjajah.... bila mana mereka tidak lagi menjadi Penjajah di Negara ini.


hemmmmm..... namun inggeris penjajah telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat dengan membenarkan umno dan mengharamkan kesatuan dan persatuan yang lebih awal dulu menggerakan semangat inginkan kemerdekaan... namun penggerak awal kemerdekaan telah dihilangkan dari catitan sejarah walaupun sebahagian nya berkoban nyawa... tapi umno yang yang hanya membawa air liur basi telah mendapat pengiktirafan dari bapa mereka inggeris penjajah.... umno perkasam jati betul-betul meloyakan  heeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....