Selepas Face Book dalam bahasa cina "Ah Jib Gor" Perdana Menteri Datuk Hj Seri Najib (DSHN) yang boleh dikatakan gagal dan lebih kepada bahan sindiran, kemungkinan besar beliau akan melancarkan Face Book beliau dalam bahasa tamil pula... mungkin dengan judul "Ayoyo Najib Nambikei".
Kemungkinan itu ada apabila beliau menggunakan bahasa tamil tersebut didalam ucapan beliau semasa sambutan Thaipusam di Batu Cave semalam, sambil menegaskan
bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap
kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.
Penggunaan bahasa tamil tersebut hanya untuk penyedap telinga bagi memudahkan penipuan terhadap Kaum India yang kini dirasakan sudah susah hendak ditipu, ianya berbeza dimasa Ketua Kaum India yang lama bermarajalela iaitu Datuk Seri Sammy Vellu (DSSV)... Kaum India semasa itu senang untuk ditipu dan diperdaya oleh Umno/Bn.
Namun zaman untuk menipu Kaum India seperti dulu sudah menjadi sejarah, dengan lahirnya generasi muda yang berpelajaran dan lebih berfikiran terbuka... rasa nya sokongan kepada Umno/Bn dari Kaum India juga sudah merosot dan akan terus merosot dan itu lah yang paling dirisaukan oleh Pemimpin Umno/Bn terutama nya DSHN.
Harus di ingat belum ada Pemimpin selain Datuk Seri Sammy Vellu menjadi tetamu terhormat seperti DSHN... sedangkan DSSV yang mendapat sambutan seperti pun kecundang semasa Pilihan Raya Ke 12... ini kan pula DSHN... kalau nak tahu kecundang ke tidak... suruh beliau bertanding diluar kawasan Parlimen Pekan... yang komposisi kaum nya seimbang.
Masa itu baru lah tahu "Ah Jib Gor" ke... "Ayoyo Najib Nambikei" ke... diterima atau tidak dan sama ada slogan 1 Malaysia hanya syok sendiri... atau pun NKRA (najib kerja rosmah arah) lagi berjaya dan berkesan... kah kah kah !
hemmmmm..... rupa-rupanya sepupu beliau yang menjerit bila dengar salahuddin ayop nak bertanding di parlimen sembrong pun ada turut serta... kah kah kah !, nampak sangat nak ambil hati kaum india kat kota tinggi yang marah bila dengar beliau akan bertanding disana... kah kah kah ! umno-perkasam-jati betul-betul meloyakan heeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....