DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label tuan ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tuan ibrahim. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2015

Ketua Jebon Diminta Kekal Dalam PAS bagi Memperkasakan PAS... Kah Kah Kah !




Biar BETIK Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni beb... tak kan seorang Ketua Jemaah Buat Onar (JEBON) dan Ketua kepada segala Munafik Hariki, Islam Liberal, Parasit, Kuda Tunggangan DAP serta yang sewaktu dengan nya mahu diharapkan untuk Memperkasakan Parti PAS, jika Terdesak sekali pun tak kan Ketua Jebon diharapkan bagi Memperkasakan Parti PAS beb... tak ada lagi ke Ulama' serta Lebai-Lebai Mercun untuk diharapkan... kah kah kah !.

Apa Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man sudah lupa ke bahawa Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) ini adalah seorang Ketua Jebon yang telah Disembelih Hidup-Hidup oleh Golongan Ulama' Pewaris Nabi dalam Pemilihan PAS baru-baru ini, agak Mustahil jugak yang Timbalan Presiden PAS yang juga telah Mengalahkan Mat Sabu dalam Pemilihan Timbalan Presiden PAS boleh terlupa begitu sekali. Apa beliau pun sudah seperti Tuang Presideng yang selalu saja Terlupa... kah kah kah !.

Tak tahu lah pulak jika Penyakit Terlupa Tuang Presideng PAS sudah Berjangkit dengan Timbalan Presideng PAS ni beb... jika Tuang Presideng PAS selalu Terlupa dengan apa yang beliau katakan seperti Fitnah Pil Kuda dan Pemimpin Pilihan DAP mungkin juga patut. Atas Faktor Kesibukan beliau sebagai Naib Ketua Ulama' Sedunia serta Kerja-Kerja Berdakwah Tuang Presideng dari Negara-Negara Asia Barat hinggalah ke Negara-Negara Asia Timur seperti Jepun... kah kah kah !.

Atau pun Timbalan Presideng PAS saja kot nak buat Lawak Bodoh seperti mana beliau membuat Lawak Bodoh sewaktu hari Penggulungan Muktamar PAS, dimana beliau mengatakan yang beliau akan Membuat Sujud Syukur serta Menyembelih Kambing andai kata beliau Tewas dalam Pemilihan PAS pada waktu itu. Mana ada dalam dunia ni lu orang boleh jumpa yang Tewas dalam sesuatu Pertandingan akan membuat Sujud Syukur serta Menyembelih Kambing beb... kah kah kah !.

Pening lah beb... sebenar nya gua dengan Timabalan Presiden PAS ni tak ada gak Masalah sangat berbandingan dengan Ulama'-Ulama' serta Lebai-Lebai Mercun yang banyak berkumpul kat Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu tu, cuma bila beliau bersedia untuk Mencabar Mencabar Mat Sabu dalam Pemilihan PAS sebagai Timbalan Presiden maka terpaksalah gua masukan beliau didalam Golongan Ulama' yang Gilakan Pangkat dan Jawatan Duniawi beb... kah kah kah !.

Harap-Harap Timbalan Presiden PAS ni cepat Sedar bahawa yang sekarang ini beliau sedang Dikelilingi oleh kalangan-kalangan Ulama'-Ulama' Su' (Ulama' Jahat) serta Lebai-Lebai Mercun yang Gilakan Pangkat dan Kedudukan didalam PAS. Mungkin juga atas sebab itu terkeluar kenyataan untuk meminta Mat Sabu supaya Kekal didalam PAS bagi Memperkasakan Parti PAS. Nak harapkan Ulama' serta Lebai Mercun mengeluarkan kata sebegitu, kirim salam lah beb... kah kah kah !.

Yang dia orang Sibuk ialah memberi Kata-Kata Hikmah yang berbunyi Jemaah seperti Sepohon Pokok yang tak perlu Digoyang untuk menggugurkan Daun-Daun Layu dan Berulat, kerana Allah SWT akan menghantar Angin yang Kencang bagi menggugurkan Daun-Daun yang Layu serta Berulat bagi digantikan dengan Tunas dan Pucuk Baharu. Sehingga Pokok menjadi semakin Rendang dan Rimbun dari sebelum nya... buat kerja Kotor lepas tu nak libatkan Allah SWT... kah kah kah !. sumber FMT


hemmmmm..... lu orang perasan tak beb... sampai kesaat ini tak ada langsung ulasan dari tuang presideng berkaitan dengan ruu yang gagal dibentangkan di parlimen... kalau sebelum pemilihan waratawan tak tanya pun beliau sendiri akan cakap berkaitan ruu... kah kah kah !.

Sabtu, 6 Jun 2015

Muktamar PAS : Laaaa.... Timbalan Presiden Yang Baru Ni Pun Pandai Gak Buat Lawak Beb !





Rasa-rasa nya ini lah buat Pertama Kali dalam Hidup gua Mendengar Orang yang Mengalami Kekalahan dalam sesuatu Pertandingan akan Membuat NAZAR untuk Memotong Kambing, lu orang pernah dengar ke atau lu orang pun pernah Bernazar seperti Timbalan Presiden PAS (TPP) yang Baru iaitu Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni lakukan beb...kah kah kah !.

Mana lah tahu lu orang pun pernah Mendengar atau Bernazar seperti beliau, mungkin hanya gua aje yang tak pernah Dengar dan Melakukan perkara tersebut, mungkin lu orang pernah Mendengar dan Melakukan perkara bila Mengalami Kekalahan Bernazar Memotong Kambing. Atau jika Menang akan Memotong Lembu atau Unta pulak kot... kah kah kah !.

Tak gua sangka betul bahawa TPP Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah seseorang yang Boleh dan Mampu Membuat Lawak Sampai Guling-Guling dan Putus Urat Kentut beb. Oleh dari itu rasa nya Kekalahan yang dialami oleh Bekas TPP PAS Tuan Haji Mohamad Sabu bukan lah sesuatu yang Merugikan kepada PAS dan Ahli PAS serta Rakyat... kah kah kah !.

Jika Bekas TPP Mat Sabu hanya mampu untuk membuat Lawak sahaja didalam Ucapan-Ucapan serta Ceramah-Ceramah beliau, namun Tidak mempunyai Ilmu Agama dan seterus nya Tidak Berstatus Ulama' Pewaris Nabi. Tetapi tidak kepada TPP Baru yang Memiliki apa yang Tidak Dimiliki oleh Bekas TPP iaitu Ilmu Agama Berstatus Ulama PAS... kah kah kah !.

Patutlah Perwakilan PAS telah memberi Undi yang Cukup Besar sebagai TPP kepada Tuan Ibrahim Tuan Man ni beb, rupa-rupa nya ini lah Kelebihan yang gua tak Nampak tetapi diketahui oleh Para Perwakilan PAS dalam Muktamar PAS Kali Ke-61. Syabas buat Perwakilan kerana lu orang betul-betul sebagai Jauhari Mengenal Manikam beb... kah kah kah !.

Rupa nya selama hari ni gua sudah Tersilap Banyak beb...dengan Menyangka yang Perwakilan PAS yang Memilih dan seterusnya Memenangkan Calon-Calon Golongan Ulama Pewaris Nabi adalah seperti Perwakilan Umno yang Memilih Hasan Malek dan Ahmad Sabery Cheek dalam Pemilihan Agong Umno. Sorry lah Para Perwakilan PAS ya beb... kah kah kah !.

Mungkin atas sebab itu juga lah yang Calon-Calon Naib Presideng seperti Tuan Guru Haji Idris Ahmad, Tuan Guru Datuk Nik Amar dan Tuan Guru Ir. Iskandar sampai boleh Menang. Tak ketinggalan juga kepada Calon-Calon AJK PAS seperti Menantu Tuang Presideng dan Sahabat Tuang Presideng iaitu Tuan Guru Haji Razman Zakaria... kah kah kah !.

Sebetul nya Malas jugak gua nak Mengulas berkenaan Timbalan Presiden PAS yang baru Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Tuan Man ni beb, walaupun dikatakan oleh Penyokong-Penyokong Ulama Pewaris Nabi yang bernama Wala'un bahawa gua Terlalu Suka Menyerang Golongan Ulama' yang ada didalam PAS. Namun tidak terhadap beliau beb.

Tapi nampak gaya nya TPP yang baru ni terlalu mahu beliau Dikritik bila boleh membuat kenyataan yang cuba Memperbodohkan Ahli PAS, apa beliau ingat semua Ahli PAS boleh beliau Perbodohkan seperti Sebahagian Besar Par Perwakilan PAS ke beb. Kalau sudah Menang tu cakap aje Allhmadulillah dan Berterima Kasih kepada Para Perwakilan.

Ini yang boleh Merapu dan cakap Jika Kalah akan Membuat Sujud Syukur dan Menyembelih Kambing Apa hal, Jangan jadi MUNAFIK lah... hanya Orang Gila aje yang masuk Bertanding tapi akan Membuat Nazar Memotong Kambing Jika Kalah... Pelik Betul Golongan Ulama' yang ada Dalam PAS ni, bercakap lebih kurang aje dengan Pemimpin Umno... kah kah kah !.

Bertanding dalam Pilihan Raya Bukan untuk Menang... tapi bila Adun dan Ahli Parlimen Umno Mengusulkan Kenaikan Gaji semua Adun dan Parlimen PAS Berstatus Ulama' Senyap dan Tidak Membantah, walaupun Senyap dan Tidak Membantah didalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Perkara Rutin kepada dia orang... kekah kah kah !.

Ini yang terbaru ialah Isu Usul Memutuskan Hubungan dengan DAP tapi masih lagi Kekal didalam Pakatan Rakyat (PR), Memutuskan Hubungan dengan DAP tapi masih Kekal didalam PR sedangkan DAP masih salah satu Parti dalam PR. Buat Kerja biar lah yang Nampak Cerdik Sikit walaupun sebenar nya Tak Cerdik daripada Tak Cerdik dan Nampak Bodoh... kah kah kah !.


hemmmmm..... dengar cerita sekarang ni wala'un-wala'un yang ada kat pulau pinang tu tengah berdoa panjang beb...orang nak berpolitik awak pun nak berpolitik... kah kah kah !.