Rasanya Tak Salah gua bertanyakan Soalan diatas, namun jangan pulak ada diantara lu orang yang katakan gua sebagai Anti Ulama' kerana jika gua sebagai Anti Ulama' bermakna gua juga adalah Anti Nabi atas sebab Ulama' adalah Pewaris Nabi. Tetapi Nabi Muhamad SAW juga ada Bersabda berkaitan Ulama' Suk atau dalam kata lain bermakana ULAMA' JAHAT.
Bersandarkan kepada Sabda Nabi SAW tersebutlah gua Tafsirkan yang Ulama' Suk ini Kebanyakan nya berada disebelah Pihak Parti Umno, itu Tafsiran gua. Dimana Ulama'-Ulama' hanya Bersuara dan Menegur apabila ada Memberi Keuntungan Politik kepada Pemimpin-Pemimpin Umno, jika tidak Ulama'-Ulama' tersebut akan SENYAP SUNYI seperti Isu Tabung Haji (TH).
Sebagai Manusia Memang tidak dapat lari dari melakukan KESILAPAN, lebih-lebih lagi gua yang entah berapa puluh Kontena bukan sahaja Kesilapan tetapi mungkin Dosa dan harap-harap Dosa-Dosa tersebut mendapat Keampunan dari Allah SWT... Amin. Oleh itu sebagai Pencerahan kepada gua dan juga kepada lu orang yang lain maka Soalan diatas gua Lontarkan.
Berkaitan Tuduhan Anak kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu Yb Nik Mohamad Abduh yang mungkin satu hari nanti akan menjadi Tuan Guru Haji Nik Abduh Insya'allah... kepada Penasihat DAP Lim KIt Siang yang dikatakan Menolak HUDUD mungkin ada Kebenaran, tiada yang Menghairankan jika LKS menolak Hudud kerana LKS adalah seorang yang Bukan Islam.
Namun dengan Mengatakan jika Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih Hidup tiada Pemimpin PAS yang Berani membawa dan Bersama Lim Kit Siang Berceramah Menolak Hukum Allah SWT, ianya adalah dikira satu Tuduhan yang Tidak Berasas sama sekali. Mungkin kata-kata tersebut hanya sesuai diucapkan oleh Individu yang berada didalam Petubuhan NGO tetapi tidak kepada seorang Ahli Politik.
Buat Yb Nik Abduh yang menjadi Ahli Parlimen atas Pengaruh Ayah beliau Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, belajar lah berpolitik secara Dewasa dan bukan nya secara Kebudak-budakan. Harus beliau diingat keberadaan beliau sebagai Ahli Parlimen PAS dengan Gaji yang sekarang ini melebih RM15,000 bukan lah disebabkan beliau seorang Ahli Politik yang Hebat. Wallahualam
hemmmmm..... gua perlukan jawapan yang bernas bagi soalan diatas... jangan ada fitnah dan tuduhan melulu tanpa bukti... jangan pas juga dilihat tiada bezanya dengan parti umno haramjadah bila tiba waktu pemilihan parti. mungkin ini adalah artikel pembukaan berkaitan pemilihan pas sedikit masa lagi... sekali lagi jangan marah beb ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....