DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 8 Mac 2014

BERITA TERKINI : Pesawat Mas MH370 Yang Hilang, Vietnam Dakwa Jumpa BUKTI !





Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-vietnam-dakwa-jumpa-dua-tompokan-minyak-di-laut-31506?cpDua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor sebuah akhbar negara itu.Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.
Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam. Selain TOMPOKAN MINYAK, Pasukan Pencari Vietnam juga mengesan KEPULAN ASAP di Permukaan laut berhampiran tempat TOMPOKAN MINYAK ditemui di Koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur. Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan Pesawat MH370 yang dalam Penerbangan ke Beijing itu TERHEMPAS di Laut China Selatan dalam Kawasan Perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102 ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan Malaysia dan Vietnam. Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 ANAK KAPAL Terputus Hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Ia dilaporkan hilang selepas GAGALl dikesan pada radar pusat kawalan Trafik Udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada Pusat Kawalan Trafik di Subang.Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan MISI MENCARI dan MENYELAMAT sekiranya ada PERMINTAAN  daripada Kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana Pesawat itu Hilang dalam Kawasan Perairan Malaysia, Vietnam TIDAK BOLEH MENGHANTAR Pasukan Penyelamatnya TANPA Permintaan Rasmi daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre. sumber


hemmmmm..... gua harap-harap ayat yang dibawah tersebut adalah tidak betul, ialah punya lah nak rak buat sidang media, lepas sepupu buat sidang media lepas tu sepepet pulak buat sidang media minta keluarga yang terlibat bersabar. Tapi tidak meminta Pasukan Penyelamat Vietnam menghantar bantuan secara rasmi.

16 ulasan:

  1. Najib.ini.kalau.apa.yg.berlaku.dlm.negara.mesti ada.kenyataan.dia.di.facebook.atau twitter.dia.dia.tidak.prihatin.masalah.rakyat.

    BalasPadam
  2. asalam, bro, gua heran la ,lu pun tak perasan ke. kan Malaysia ada beli kapalselam canggih SCORPENE. Knpe tak diaktifkan usaha mencari & menyelamat. knpe sibuk mintak tolong dgn USNavy.....kan? Rugi..la inilah masa nya nak tunjuk canggihnya kapalselam mahal tu..kan......

    BalasPadam
  3. inilah ni..yg korang msukan pasal politik pa hal?kalau korang nak brp0litik teng0k tempat la beb..asyik2 nak jatuhkan orang len..korang fikirlah bila korang di tempat PM skrg..sudah jelas dia berusaha semampu mungkin korang asyik ckap sedap mulut je..nevermind la..yg pnting kita semua doakan yg terbek untuk mangsa Mas Airline MH370.. :)

    BalasPadam

  4. Kerajaan Malaysia dan MAS masih BELUM membuat tindakan ke tahap yang terbaik setakat INI. Tunjukkan KITA beranggungjawab keatas urusan kita.

    Sekian.

    BalasPadam
  5. klau x puas ati x pyah la dok campur kan dengan politik nye.berdoa kat mreka to sudah la beb

    BalasPadam
  6. diam r korg. memekak je. xyh sbuk2 komen org 2 org ni. dri sndr btolkn dlu. kje bese2 bleh r cter. ce jd pm tgk korg leh hndle ke x. bnyk plak cekadak. dok doa suda. xyh nk memekak. komen org cm korg bagus je.

    BalasPadam
  7. Jgn la bergaduh sesame sendiri.. in sha allah mangsa akan ditemui.. amin.. kita sama2 doa yee..

    BalasPadam
  8. tanpa nama 3.37 kalau najib tak mau pikul tanggungjawab sbg PM jgn jadi PM...bagi jawatan tu kat org lain...gi keja bese2 je...keje angkut taik ke....PM ni besar tanggungjawab dia.....bukan skadar merompak harta rakyat je...

    BalasPadam
  9. mohon pada rakyat malaysia xbuat pape spckulasi.cyma boleh pandangan.mohon pihak brtggungjawab check dr semua aspek.contoh dr aspek ekonomi,kenapa nk hilang kapal nk ker china.bberapa thun ni ekonomi china amat baik.mgkin ada ngara yg xsenang,ke2 dr siasatan cctv boleh mngimbas kmbali laluan masuk untk kekapal.so target untk pnumpang yg mnaiki,dr aspek kselamatan bgaimana pihak emgresen bleh trlepas pandang psport palsu.dr segi kapal plak.cctv tunjuk kapal mcm nk pusing balik.cuba tgk pulau2 yg brhampiran.dr segi minyak kaji semula jarak yg boleh kapal pergi.dgn kadar minyak yg ada d tangki kapal trsebut.luaskan ops sehingga jarak maksimun minyak d dalam tangki.insyallah bleh jumpa.jika pngganas mngambil kapal trsebut dgn kkuatan 2 hgga 5 org pngganas.kalau 2 org susah untk pgganas mngawasi semua ank kapal.mgkin juga kapal buat pendaratan cemas ttapi d pulau2 atau tmpat yg xde fasililiti.so trputus hubungan.pihak brkuasa juga kena brjaga2 prketat laluan psisir pantai.ni kerana takut pgganas mngambil ksempatan mmasuki malaysia.takut juga mh 370 d tawan untk mngaburi atau dami untk pgganas masuk ke ngara ni.hilang d tempat lain.masuk d tmpat lain.dgn keadaan sekarang brbagaai2 andaian akan trjadi.sy mndoakan semua ank2 kapal selamat.insyallah.

    BalasPadam
  10. sampai sekarang belum ada lg jawapan,marilah kita sama-sama berdoa agar penumpang dan anak kapal terselamat..kita sebagai rakyat,tidak perlu nak menuduh atau mengutuk orang lain,tanpa sebab dan alasan yang kukuh,takyah nak dengar hasutan orang lain,fikirlah secara terbuka.Dan kita sendiri tak tahu apa yang telah berlaku kepada pesawat itu.Berdoalah agar mereka terselamat,bukan mencari kesalahan orang.

    BalasPadam
  11. Blog paling BODDDOOOOO penah aku bace..
    xyah delete la comment aku kalu gentle

    BalasPadam
  12. Blog paling BODDDOOOOO penah aku bace..
    xyah delete la comment aku kalu gentle

    BalasPadam
  13. Blog paling BODDDOOOOO penah aku bace..
    xyah delete la comment aku kalu gentle

    BalasPadam
  14. Blog paling BODDDOOOOO penah aku bace..
    xyah delete la comment aku kalu gentle

    BalasPadam
  15. Gua tak akan delete komen lu beb sebab gua bukan macam ulul amri lu tu yang tak ada telor... lagi satu kalau ada TELOR kasi taruk nama lah beb, atau lu sama juga dengan ulul amri lu tu... kah kah kah...

    BalasPadam
  16. Doa kan yang terbaik sudah..wat pe kite nak bising.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....