DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 22 Februari 2014

Yayasan Warisan Anak Selangor, Lu orang Jangan Ikut Perangai Bebal Pusat Zakat Dan Baitulmal


Kenapa gua katakan jangan ikut Perangai BEBAL Pusat Zakat dan Baitulmal kerana Kebanyakkan Kakitangan terutama nya BOS-BOS dia orang hanya GOYANG TELOR di Pejabat, disamping BANGGA melihat ANGKA Wang Zakat dan Wang Baitulmal terus meningkat setiap Tahun. Tanpa MENGAGIHKAN Wang Zakat serta Wang Biatulmal kepada yang BERHAK dengan SEMAKSIMUN yang boleh.

Mungkin berbeza dengan Situasi lu orang di Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebab lu orang tidak Mengutip Wang dari Orang-Orang Ramai tapi MENERIMA PERUNTUKKAN dari Kerajaan Negeri Selangor, namun PUNCA segala Wang tersebut adalah dari Harta RAKYAT Negeri Selangor. Untuk itu jangan kerana Perkara-Perkara yang REMEH TEMEH maka ada Rakyat yang TERTINGGAL.

Senang Cerita Wang Peruntukkan dari Kerajaan Negeri Selangor untuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bukan nya Harta Pusaka dari Mak Bapak lu yang punya ok. Gua ada menerima e-mail dari Rakyat Negeri Selangor yang mengatakan ada Permohonan telah DITOLAK bagi menjadi Ahli TAWAS hanya kerana tidak mengahantar DOKUMEN SOKONGAN atas TALIAN selama 876 Hari dari Tarikh Pendaftaran.

Disini yang gua katakan lu orang jangan Ikut Perangai BEBAL Pusat Zakat dan Baitulmal beb, sepatutnya lu orang Tak payah nak tunggu selama 876 Hari baru lu orang hantar Surat kepada si Pemohon, itu pun Surat yang lu orang hantar bukan nya mengatakan Surat Sokongan belum diterima tetapi Surat yang mengatakan Permohonan si Permohon telah DITOLAK atas sebab GAGAL menghantar Dokumen Sokongan Atas Talian.


Lu orang tahu tak berapa lama masa nya 876 hari tu ?... Satu Tahun ada 365 hari, kalau dua Tahun bermakna 730 hari, ada lagi 146 hari, satu bulan ada 30 hari bermakna kalau dibahagikan dengan 146 hari boleh dapat Empat Bulan 26 Hari. Kalau ikut perkiraan kasar ialah 2 Tahun 4 Bulan dan 26 Hari. Kalau Orang yang Kahwin diberi REZEKI oleh Allah SWT boleh dapat 2 orang Anak lah beb... kah kah kah !.

Kenapa begitu lama punya masa lu orang ambil bagi mengatakan Permohonan tersebut Ditolak, kenapa lu orang tak Menghubungi si Permohon dengan MENGIGATKAN yang Permohonan beliau belum lagi LENGKAP. Apa susah sangat ke untuk Menghubungi si Permohon beb. Jangan kata yang lu orang tak cukup Kakitangan, kalau Tak cukup Tambah Kakitangan.

Bukan perlu nya untuk SEGERA menghubungi si Pemohon dengan Mengigatkan bahawa Permohonan beliau Belum Lengkap. Senang kata Satu Bulan Satu Kali lah lu orang menghubungi si Pemohon bagi Mengigatkan dia orang tentang Kedudukan Permohonan dia orang yang Belum Lengkap. Susah sangat ke untuk membuat kerja tersebut beb, agak-agak lah beb kalau ya pun MALAS SANGAT... kah kah kah !.


hemmmmm..... ini lah masalah yang selalu dihadapi oleh rakyat, ada permohonan atas talian lah, itu lah ini lah macam-macam bagi menyulitkan permohonan. kalau ikut pusat zakat dia orang ada kaunter bergerak kutip zakat tetapi tak ada pulak kaunter bergerak agihkan zakat... kah kah kah... A B U.

2 ulasan:

  1. aku cadangkan duit zakat tu diagih-agihkan pada mereka dan menteri agama.

    BalasPadam
  2. Pasal PKR bingai la Kerajaan Negeri Selangor jadi pemalas macam ini

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....