DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 6 Februari 2014

PRK N.25 Kajang : Anwar Punya Pasal Tol Tak Jadi Naik Beb... Kah Kah Kah !


Ini lah MANAFAAT yang diperolehi oleh Rakyat bila berlaku nya sesuatu Pilihan Raya sama ada Umum mahu pun Kecil, ditambah lagi kalau yang Bertanding itu adalah Manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim. Di Masa dan Ketika ini lah peluang Terbaik bagi Pemimpin Umno And The Gang untuk MENGGULA-GULAKAN Rakyat. KEMUNGKINAN jika tiada nya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang Harapan untuk merasa Kenaikan Kadar Tol amat lah Cerah beb, maka itu KEMPUNAN lah Penyokong serta Macai Umno And The Gang untuk MERASAI Kenaikan Kadar Tol... kah kah kah !.

Dimana menurut Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Ulul Amri Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, PAMPASAN kena dibayar sebanyak RM400 Juta kepada Syarikat Konsesi Tol yang sepatut nya Menaikkan Kadar Tol pada Tahun ini. Tapi lu orang jangan Terlampau Suka beb, ini bukan nya Berita SAHIH yang boleh bertahan sampai Akhir tahun ini, kerana apa sebelum ini pun MANGKUK AYUN-MANGKUK AYUN tersebut turut mengatakan perkara yang sama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas.

Untuk itu TAK MUSTAHIL Mangkuk-Mangkuk Ayun tersebut akan membuat SPIN 360 Darjah pada tahun ini juga dengan ALASAN-ALASAN HAMPEH bagi tidak menepati JANJI DITEPATI tersebut, kalau mengikut kata Pengarah Stratigik PKR Rafizi Ramli pula "Pampasan yang diberi kepada Syarikat Konsesi Tol sebanyak RM400 Juta itu hanyalah seperti Keluar Poket Kiri dan Masuk Poket Kanan, langkah itu sama sekali TIDAK WAJAR kerana sebagai Pengendali Tol ia sudah membuat KEUNTUNGAN yang BANYAK dengan KOS MINIMUN"

"Saya berpendapat apa yang DISEMBUNYIKAN daripada PENGETAHUAN RAKYAT setakat ini adalah HAKIKAT nya Syarikat-Syarikat Konsesi Tol Besar sebenarnya dimiliki oleh Syarikat-Syarikat berkaitan Kerajaan. Satu lagi Kenyataan MENGELIRUKAN yang dibuat oleh Kerajaan adalah SEOLAH-OLAH Sistem Lebuh Raya DIBIAYAI sepenuh secara PERSENDIRIAN. Ia TIDAK BENAR kerana ia nya Melibatkan banyak JAMINAN KERAJAAN". (Persendiri tersebut seperti Duit Pusaka Mak Bapak Dia Orang... yang ini gua yang tafsirkan beb... kah ah kah).

Tambah Rafizi lagi "Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah adalah Dibiayai Sepenuhnya nya oleh DANA KERAJAAN seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kenaikan Kadar Tol akan menyebabkan Kenaikan Harga Barang dan Bahan Mentah, seterusnya Meningkatkan Kos Operasi Pengeluaran, yang mana Peningkatan Kos Operasi akhirnya akan Diturunkan Kepada Pengguna".

Kata Orang LAMA-LAMA jikalau TAK MENIPU bukan Umno Nama nya, betul atau tidak kata Orang Lama-Lama tersebut lu orang Nilaikan lah sendiri beb. Tapi kalau lu orang tanya pada gua boleh ke Umno And The Gang ini Dipercayai Kata-Kata dia orang, ini jawapan gua beb "Sepuluh Kali Umno Mampos Dan Hidup Kembali Seperti Tahun 1987 Jangan Sesekali Lu Percaya. Kalau Nyawa Umno Sendiri Sanggup Dikorbankan, Apa lagi Nyawa Selain Dari Umno beb. Tak Percaya ke dengan apa gua cakap ni, kalau Tak Percaya lu orang boleh tanya sendiri dengan Watak-Watak Utama sebelum dia orang Jalan"... kah kah kah !. sumber MI


hemmmmm..... kepada pengundi-pengundi dalam prk n.25 kajang, lu orang jangan tertipu dengan tipu helah umno and the gang tu beb. kerana bab tipu helah ni dia orang cukup mahir dan advance, kalau tidak tak kan pengampu telor penjajah boleh di angkat sebagai pejuang kemerdekaan beb... kah kah kah... A B U.

1 ulasan:

  1. wahai pengundi kajang, ucapkan lah berbanyakx terima kasih pada Anwar.
    oleh keran kerjaan najib beriyax nak naik kan tol, walaupun berair mata darah di rayu oleh raayat , BN tetap angkuh dengan keputusan. untuk menolong raayat yang tidak berkemampuan, maka anwar menawar diri untuk mengadakan PRK. di kajang maka berhasil lah tuntutan raayat TPM mengumumkan Tol xdinaikan.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....