DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 3 April 2013

PARLIMEN DIBUBARKAN... AKHIRNYA TELOR MENETAS JUGA WALAUPUN TEMBELANG... KAH KAH KAH !

Hajat DIHATI memang TAK HENDAK DIBUBARKAN Parlimen beb... kalau boleh nak DIBIARKAN ianya TERBUBAR dengan sendirinya seperti apa yang terjadi kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tempoh hari... dan kalau boleh jugak jangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan terus... tapi oleh kerana TIDAK SANGGUP lagi bila melihat SITUASI yang lebih MERUGIKAN kepada Umno/Bn daripada MENGUNTUNGKAN... maka dengan BERAT HATI hinggakan TERSASUL-SASUL TERPAKSA juga lah Perdana Menteri merangkap ULUL AMRI UMNO Datuk Seri Haji Najib (DSHN) MEMBUBARKAN Parlimen Malaysia pada hari ini dengan PERKENAN dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah... yang mana sebelum ini dikatakan KELEWATAN Parlimen DIBUBARKAN adalah untuk beliau hendak MELIHAT HASIL TRANFORMASI beliau... kah kah kah !.

Cuma gua TAK PASTI apakah beliau sudah MELIHAT HASIL dari TRANFORMASI yang beliau buat selama menjadi Perdana Menteri... kerana itu dikatakan adalah antara SEBAB kenapa Parlimen TIDAK DIBUBARKAN sebelum ini walaupun TEMPOH LUPUT semakin hampir... ya atau tidak lu orang boleh NILAI sendiri lah  beb... tetapi kalau mahu melihat HASIL mestilah KEMENANGAN atau KEKALAHAN dalam PRU13 jadi PANDUAN... kerana kalau KEMENANGAN yang didapati maka itu TANDANYA TRANFORMASI DSHN BERHASIL... tapi kalau KEKALAHAN yang MENJELMA itu lu orang sendiri mahu ingat lah beb... namun bagaimana DSHN dapat melihat TRANFORMASI tersebut BERJAYA atau TIDAK BERJAYA kalau PRU13 tidak diadakan akibat dari tidak MEMBUBARKAN Parlimen sebelum ini... kah kah kah !.

Apakah tiada sebab lain kerana Parlimen tidak DIBUBARKAN sebelum ini ???...  bukan kah kerana TAKUT YANG TERAMAT untuk MENGHADAPI KEKALAHAN UMNO/BN dalam PRU13 antara sebab Parlimen TIDAK DIBUBARKAN ??? sebelum ini... walaupun kenyataan dari Pemimpin Umno serta ISI PERUT UMNO mengatakan BOLEH MENANG... YAKIN MENANG dan TENTU MENANG... malahan DSHN mengatakan MENANG dengan MAJORITI 2/3 Kerusi Parlimen lagi beb... tapi kalau YAKIN MENANG kenapa LAMBAT nak DIBUBARKAN Parlimen... atau itu hanya PENYEDAP HATI dan untuk MEMBERI SEMANGAT kepada Penyokong-Penyokong Umno/Bn sahaja... jawapnya itulah yang SEBETULNYA beb... kerana TAK MUNGKIN Pihak yang BOLEH MENANG... YAKIN MENANG dan TENTU MENANG... tidak mahu MENJELMAKAN KEMENANGAN yang dinyatakan... kecuali  lah orang tersebut BEBAL MELANTUN-LANTUN... kah kah kah !.


Namun begitu DSHN ini adalah PENCATIT SEJARAH buat DEMOKRASI di Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri selepas TEMPOH LIMA TAHUN PRU diadakan... yang mana ianya belum pernah terjadi sepanjang 12 PRU yang lalu... satu lagi SEJARAH yang beliau telah CATITIKAN ialah menjadi Perdana Menteri yang PALING SINGKAT TEMPOH BERKHIMAT... dan seterusnya beliau MUNGKIN juga akan MENCATITKAN SEJARAH sebagai Perdana Menteri yang PERTAMA TIDAK BERJAYA dalam MENGETUAI Parti Umno/Bn dalam PRU... yang ini lah yang beliau PALING TAKUT TERJADI kepada beliau... kerana jikalau Umno/Bn dalam TEWAS jawapnya usahkan Jawatan KETUA PEMBANGKANG beliau TAK DAPAT bahkan jawatan Presiden Umno pun akan DICABAR beb.. biasa lah pada Umno kalau tak begitu mana mungkin UMNO MAMPOS dalam tahun 1987... kah kah kah !.

Tetapi ada juga KHABAR yang mengatakan beliau MENUNGGU hingga GENAP nya EMPAT TAHUN beliau menjadi Perdana Menteri bermula dari Tarikh beliau mengambil alih tersebut dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 hb Mac 2009 hingga ke hari ini 3 Mac 2013... baru dikatakan beliau hendak BUBARKAN Parlimen... kalau betul lah apa yang dikatakan dari PERKHABARAN tersebut maka segala ANGGAPAN gua adalah SALAH selama ini... sepatutnya beliau kena cakap lah AWAL-AWAL yang beliau hendak GENAPKAN EMPAT TAHUN menjadi Perdana Menteri baru beliau nak BUBARKAN Parlimen kan senang... kah kah kah... tak ada lah RAKYAT ternanti-nanti dan menunggu seperti BUAH YANG TAK GUGUR beb... kalau beliau cakap yang beliau BELUM PUAS lagi menjadi Perdana Menteri kerana belum cukup EMPAT TAHUN tak ada lah juga gua TERSALAH ANGGAP dengan mengatakan beliau TAK ADA TELOR... kah kah kah !.

Apa-apa pun buat RAKYAT MALAYSIA  ini lah MASA TERBAIK bagi MENUKAR Kerajaan yang selama ini terbukti lebih banyak MEROMPAK HARTA RAKYAT dari MEMULANGKAN HARTA RAKYAT KEPADA RAKYAT... dan kalau ada ISI PERUT UMNO yang mengatakan kenapa JASA TIDAK DIKENANG... jawapnya menjadi KERAJAAN bukan nya DIPAKSA tapi INDIVIDU atau sesuatu Parti yang MEMINTANYA dari RAKYAT... disamping itu juga ianya BUKAN SECARA PERCUMA tapi DIBAYAR GANJARAN dari HARTA RAKYAT... dan kalau JASA MINTA DIKENANG kenapa pula segala PENYELEWENGAN TIDAK BOLEH DIUNGKIT... tak kan hanya JASA sahaja MINTA DIKENANG tapi PENYEWENGAN hendak DIBIARKAN tanpa DIHUKUM oleh RAKYAT... pada hal sebelum itu RAKYAT diminta memberi KEPERCAYAAN dan SOKONGAN oleh INDIVIDU atau sesebuah PARTI POLITIK... yang ini gua tak nak GELAK beb... sebab ini adalah PERINGATAN juga kepada PEMIMPIN Pakatan Rakyat (PR) yang gua SOKONG !.


hemmmmm..... sahaja aku mengundi pakatan rakyat pada pru13 kali ini kerana allah swt... amin...  ada sesiapa lu orang yang tahu sama ada niat gua ni betul atau salah beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

1 ulasan:

  1. dulu malukan pak lah supaya berundur dgn hormat
    skrg lu rasa la sendiri dah kena halau pun tak reti2 lagi

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....