DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 7 April 2013

BILA AHLI PARLIMEN YANG LEMBAB JADI MENTERI INI LAH HASILNYA... KAH KAH KAH !

Soal KENAIKAN HARGA AYAM bukan perkara baru bagi PENGGUNA atau lebih tepat lagi bagi RAKYAT MALAYSIA diwaktu PERAYAAN ataupun diwaktu CUTI PERSEKOLAHAN PANJANG... yang mana diwaktu itu banyak KENDURI PERKAHWINAN diadakan... namun sejak-sejak akhir-akhir ini harga bagi sekilo Ayam telah MELAMBUNG keparas yang tidak MUNASABAH iaitu pada harga RM8 sekilo... nak kata CUTI PERSEKOLAHAN yang panjang pun tidak... nak kata ada PERAYAAN pun tidak... jadi kenapa Harga Ayam boleh MENINGKAT dengan GILA BABI sebegitu rupa beb ?.

Disini PERSOALAN yang bermain di FIKIRAN sebahagian besar PENGGUNA yang RATA-RATA nya BERPENDATAN RENDAH didalam Malaysia... kerana rasa gua harga sekilo RM8 tersebut bagi golongan yang BERPENDAPATAN SEDERHANA dan TINGGI mungkin tiada MASALAH beb... ditambah lagi bila kebanyakan golongan ini tidak BESAR jumlah AHLI KELUARGA mereka... atau dalam bahasa sekarang KELUARAGA BUDGET... yang mungkin faktor MASA menjadi sebegitu rupa dimana kebanyakan SUAMI ISTERI mempunyai KERJAYA masing-masing... itu antara yang gua di FAHAMKAN kenapa SAIZ keluarga dia orang KECIL.

Tapi beb kalau PENIAGA-PENIAGA di Malaysia ni mengharapkan golongan BERPENDAPATAN SEDERHANA dan TINGGI untuk mereka MELARISKAN barangan JUALAN mereka jawapnya boleh jagi PERKASAM barangan tersebut beb... kerana golongan tersebut bukan nya banyak mana pun dalam Malaysia ni... ditambah lagi dengan AHLI KELUARGA yang KECIL... sudah tentulah KEPERLUAN untuk sesuatu barangan pun kecil lepas tu pulak jenis TAHU BUDGET... jadi kalau tidak kerana golongan yang BERPENDAPATAN RENDAH untuk MELARISKAN barangan tersebut sudah tentu lah ianya akan jadi PERKASAM beb... kah kah kah !.

Ini lah yang PELIK BIN AJAIB nya keadaan di Malaysia... namun masih dikatakan oleh ISI PERUT UMNO bahawa begitu PANDAI dan BIJAK di TADBIR oleh Pemimpin Umno/Bn... pandai APA nya beb kalau HARGA AYAM pun tak MAMPU untuk dipastikan dalam keadaan HARGA MUNASABAH... lain lah seperti HARGA MINYAK yang dikatakan mengikut HARGA PASARAN DUNIA... ini cuma Harga Ayam yang menjadi MAKANAN KEPERLUAN RAKYAT yang kebanyakan nya PERPENDAPATAN RENDAH... sedangkan kalau mengikut TEORI PERNIAGAAN... lagi banyak PERMINTAAN lagi KURANG KOS PENGELUARAN serta RISIKO KERUGIAN.

Dan sudah tentu bila LARIS nya BARANGAN hasil dari banyak nya PERMINTAAN yang menjadikan KOS PENGELUARAN RENDAH serta kurang RISIKO KERUGIAN... maka barangan tersebut sudah tentu boleh DITAWARKAN dengan HARGA YANG RENDAH serta MUNASABAH beb... tapi oleh kerana PANDAI dan BIJAK nya Pemimpin Umno menjadi KERAJAAN seperti yang dikatakan oleh ISI PERUT UMNO maka ianya sudah jadi TERBALIK pulak beb... iaitu oleh kerana BANYAK RERMINTAAN maka barangan tersebut TERPAKSA DINAIK KAN HARGA... tak kan lu orang TAK PELIK beb... ini jenis TEORI PERNIAGAAN apa yang dia orang ikut... gua ingat YAHUDI pun tak buat jenis BERNIAGA MACAM inilah beb... kah kah kah !.

Berbalik kepada TAJUK serta GAMBAR diatas yang mana PERMASALAHAN HARGA AYAM serta barangan PERTANIAN yang lain adalah dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas (KPIAT) Tani yang MENTERI adalah Datuk Seri Noh Omar... yang mana dilaporkan oleh SinarHarian beliau akan BERBINCANG dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi... beb lu orang pun tahu yang MASALAH HARGA AYAM bukan perkara baru seperti MUSIBAH BENCANA ALAM... yang barangkali SUKAR untuk DIJANGKA... tapi ini AYAM lah beb... yang boleh diketahui berapa yang sedang DITERNAK diseluruh Negara walaupun tak tepat... kah kah kah !.

Itu sebab gua katakan beliau ni LEMBAB beb dalam MENCARI FORMULA bagaimana hendak MENYELESAIKAN PERMASALAHAN RAKYAT berkenaan AYAM... tapi kalau masalah beliau mungkin beliau CEPAT dan PANTAS... sebab itu beliau BERJAYA dengan PROJEK LEMBU NFC... KOLAM UDANG... BENIH PADI dan LINTAH... cubalah lu orang TANYA beliau apa KEJAYAAN yang beliau hasilkan berkenaan PERTANIAN selama beliau menjadi Menteri Pertanian... usah CERITA 1MALAYSIA ataupun 1SELANGOR... cerita apa KEJAYAAN yang beliau bawa kat Parlimen Tanjung Karang pun cukup lah beb... kalau setakat bagi LESEN NELAYAN gua rasa gua yang TAK CERDIK ni pun boleh buat lah beb... kah kah kah !.

PERMASALAHAN PERTANIAN yang menjadi MAKANAN RUTIN RAKYAT pun tak boleh nak DISELESAIKAN... kalau BENDA BARU ok jugak lah beb... tapi ini bukan MASALAH BARU tapi sudah BERPULUH TAHUN yang seperti tiada JALAN PENYELESAIAN... yang mana ianya seolah TIDAK MAMPU untuk DISELESAIKAN... atau kalau MAMPU pun tapi TIDAK MAHU DISELESAIKAN... pada PENGUNDI Parlimen Tanjung Karang terutamanya Atok Nenek... MakCik  PakCik serta Abang Kakak Penyokong Umno/Bn... sudah-sudah lah DIPERBODOHKAN oleh Noh Omar tu beb... tak kan dari Umur lu orang MUDA sampai TUA pun masih hendak DITIPU oleh beliau... malu lah dengan ANAK CUCI CICIT kalau pun TAK MALU dengan DIRI SENDIRI... kah kah kah !.



hemmmmm..... cuba lu orang tanya kat beliau mana hospital baru tanjung karang yang beliau janjikan pada pru10 tahun 1999... yang gua nampak papan tanda projek adalah beb... itu pun menunggu masa nak reput seperti umno... kah kah kah... umporno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

7 ulasan:

  1. siapa yang selalu umum bonus, kenaikkan, pelarasan, insentif dlln... mana harga barang nak turun... makin naik adalah?... yang jadi mangsa rakyat kebanyakkan yang bekerja sendiri dan swasta? apa apa jer lah...

    BalasPadam
  2. satu lagi kebodohan si noh omar ni ialah takut utk berdebat dgn rakyat bwhn tapi menyalak2 dlm tv..becakap xde fakta

    BalasPadam
  3. CER TANYA JUMLAH RM YG DISUAP\SPONSER TOKEY AYAM UTK MEMTERI NIE TERGELIAT LIDAH MEWAJARKAN KENAIKAN YG NYUSAHKAN RAKYAT MAHAREN CAM AKU NIE

    BalasPadam
  4. sajak setahun yg lalu hampir tiap2 bulan ada saja imbuhan yg ditabur kerajaan bn untuk kakitangan kerajaan,badan berkanun dan glc.....harga barangan keperluan naik hampir40% dlm masa setahun....salah siapa???kami yg bekerja sendiri,pekerja kilang dan swasta menanggung sama kenaikan harga barangan walaupon ada diantara kami tidak layak terima BRIM,tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus,, 2-3 tahun lepas.....

    BalasPadam
  5. Aku pergi pasar borong selangor pagi tadi. Harga udang dah mencanak naik lebih RM25 hinggit sekilo. Kenapa datuk tak berusaha menambah bekalan udang ternak di kolam kat kebun datuk bagi menampung kenaikan harga udang di pasaran pada waktu ini datuk?

    BalasPadam
  6. Jika di pahang seorang tua bertekad untuk memotong telinganya sendiri jika Bentong jatuh kepada PR; lain ceritanya pula di selangor. Seorang pahlawan muda melayu keturunan bani umeno bertekad untuk berbogel selama 3 hari 3 malam jika PR memenangi pilihanraya di kawasannya. Amin ya Rab.

    BalasPadam
  7. senangnye nak salahkan kerajaan...ca2 i PR NI CUKAI PINTU NAIK KT SELANGOR NI TAK NAK MENYALAK MACAM ANJING...DULU KATE NK TURUN SEKARANG NAIK 2 KALI GANDA..

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....