Yang menjadi SEBUTAN dan DIKAITKAN dengan seorang BEKAS MENTERI BESAR (BMB) yang akan MENYERTAI PAS adalah Tan Sri Muhamad Muhammad Taid BMB Negeri Selangor... dan tiada nama lain yang dikaitkan sebelum itu... namun BERITA TERKINI yang disiarkan oleh Harakahdaily dengan mengambil kenyataan dari Naib Presiden PAS Salahuddin Ayud yang MENGESAHKAN bahawa seorang BEKAS MB akan MENYERTAI PAS dalam MASA TERDEKAT... cuma ianya bukan BMB Negeri Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tetapi BMB dari salah sebuah Negeri di UTARA SEMENANJUNG... jeng jeng jeng... suspen beb suspen... kah kah kah !.
Siapa lah AGAK-AGAK lu orang BMB dari Negeri di UTARA SEMENANJUNG
tersebut ya beb... dimana menurut Salahuddin Ayub "Beliau
sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan
menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat... BEKAS MENTERI BESAR itu akan MENGISYTIHARKAN perkara
tersebut kepada UMUM dalam masa terdekat... beliau berbuat demikian
kerana KESAL dengan perebutan CANTAS MENCANTAS dan PERPECAHAN TERUK yang
sedang berlaku dalam Umno sekarang"... itu kalau mengikut LAPURAN dari Harakahdaily lah beb.
Kalau dikatakan Negeri di UTARA SEMENANJUNG ianya adalah PULAU PINANG... KEDAH dan PERLIS... mungkin jugak ada yang mengatakan PERAK... tapi rasanya lebih sesuai Negeri PERAK dikatakan Negeri TENGAH SEMENANJUNG... dengan itu hanya tinggal TIGA Negeri sahaja yang boleh DIKAITKAN dengan Negeri di UTARA SEMENANJUNG iaitu Negeri PULAU PINANG... KEDAH dan PERLIS... tentu nya PULAU PINANG boleh DIKECUALIKAN atas sebab Negeri tersebut belum pernah mempunyai seorang MB dari ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM... walaupun sewaktu Umno yang KONON nya TUNGGAK KETUANAN ORANG MELAYU menjadi KERAJAAN di Negeri Pulau Pinang... kah kah kah !.
Kenapa gua BANGKIT soal Umno sebagai TUNGGAK KETUANAN ORANG MELAYU... kerana itu lah yang SIBUK DICANANG oleh ISI PERUT UMNO sekarang ini... sebaik saja selepas Pakatan Rakyat (PR) MEMENANGI Negeri Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2008 yang lalu... ini bagi MELIHATKAN betapa MUNAFIKNYA UMNO bila mengatakan PR melalui Parti DAP cuba MENGHAKIS KETUANAN MELAYU PULAU PINANG... Arrggghhhh... KETUANAN MELAYU KEPALA BAPAK UMNO apa yang TERHAKIS beb... sedangkan PERMASALAHAN MELAYU PULAU PINANG bukan nya BARU tapi sudah SAMA USIA dengan Umno yang ditubuhkan pada Tahun 1946... bukan Umno yang ditubuhkan pada Tahun 1988 oleh Tun Madey beb... kah kah kah !.
Berbalik kepada TAJUK diatas kalau BMB Pulau Pinang tidak TERMASUK dalam BMB yang dimaksudkan oleh Naib Presiden PAS tersebut... bermakna hanya BMB Negeri KEDAH dan BMB Negeri PERLIS sahaja yang boleh DIAMBIL KIRA... jadi lu orang CARI-CARI lah siapa dia BMB dikedua-dua Negeri yang masih HIDUP dan SIHAT... kerana kalau hanya HIDUP tapi TAK SIHAT pun tak boleh beb... sebab nya beliau kena MENGHUBUNGI serta BERCAKAP dengan Naib Presiden PAS... jadi lu orang AGAK-AGAK lah sendiri beb... tapi kalau IKUT gua bila dikatakan BMB dari UTARA SEMENANJUNG tiba-tiba aje gua TERBAYANGKAN pada Datuk Seri SHAHIDAN KASSIM... tapi ENTAH sama ada betul atau TIDAK TEKAAN gua itu kena lah TUNGGU beb... kah kah kah !.
Cuma yang gua nak BANTAH SIKIT kenyataan yang disebut oleh BMB Negeri di UTARA SEMENANJUNG tersebut ialah ... bila beliau mengatakan "KESAL DENGAN PEREBUTAN... CANTAS MENCANTAS dan PERPECAHAN TERUK YANG SEDANG BERLAKU DALAM UMNO SEKARANG"... itu kalau mengikut kata Naib Presiden PAS yang bila memberitahu kepada Harakahdaily... kalau itu lah yang dikatakan oleh BMB tersebut bermakna BMB tersebut perlu LEBIH BANYAK DITARBIAH oleh Pemimpin PAS beb... kerana JELAS lah yang beliau belum begitu SEDAR atau pun baru SEPARUH SEDAR berkaitan itu SIAPA UMNO... DARI MANA ASAL USUL UMNO... dan tidak ketinggalan SIAPA YANG MELAHIRKAN UMNO atau SIAPA MAK BAPAK UMNO... kah kah kah !.
hemmmmm..... kemasukan ke dalam pas tetap gua alu-alukan beb... tetapi niat mestilah ikhlas dan jujur... yang mana itu semua hanya boleh dilihat dan dipandang dari perbuatan ... percakapan... serta tingkah laku... sebab ada yang dah lama dan pernah menjadi pemimpin tertinggi pas pun tetap bangang bin bahlul dalam memahami perjuangan pas... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Jangan terperanjat nanti, sebenarnya dia Mohammad Taib dan Shahidan Kassim joint PAS...
BalasPadamaku suka nak ingatkan pemimpin PAS jangan terlalu seronok kutip sampah UMNO tu aku bukanlah jenis otak negative tapi berwaspada, UMNO sekrang nie macam cacing kepanasan sudah habis modal dilaburnya ,berbagai cara yang halal dan haram telah digunakan tapi PAS tetap kukuh dengan pendirian ,sekrang UMNO cuba lepang semua kuda tambatan mereka untuk diserap dalam PR untuk mencari kelemahan dalaman dari situ nanti mereka ini akan buat u turn lepas itu pehak PR akan berkata UMNO gunakan wang untuk beli hantu-hantu ini,sepertimana yang telah berlaku pada katak-katak selepas PRU12 yang lalu,walhal bekas katak-katak itu telah bersama susah payah berjuang dalam PR , semua mereka itu adalah bekas orang kuat UMNO,itulah hakikat orang UMNO yang haram boleh dihalalkan tambahlah haram langsung tidak dipudulikan,ingat dan waspadalah wahai pemimpin PAS jangan terlalu ghairah untuk mendabik dada pada UMNO bila ahli mereka beralih haluan.
BalasPadamkabar angin mengatakan Shahidan Kasim akan bertanding dikawasan arau menengtang tg dato'Harun Din.
BalasPadam