DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 21 April 2012

TAWAN P. PINANG, ANTARA TIDUR, MIMPI DAN MENGIGAU, HJ NAJIB MASIH TAK SEDAR DOK KAT MANA, KAH KAH KAH !.

PENCHACAI KAU ORANG SEDARKAN LAH BELIAU !
Lawatan Presiden Umno Datuk Seri Hj Najib (DSHN) yang dijangka akan dilakukan beliau ke Negeri Pulau Pinang pada Ahad 22hb April 2012, hanyalah dilihat untuk memberi semangat kepada Jentera Piliharaya Umno/Bn bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke13 yang bakal tiba... beliau juga akan merasmikan 364 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan memberi amanat kepada Jentera dan Petugas Pilihan Raya Umno/Bn bagi Piilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) untuk merealisasikan angan-angan menawan Negeri Pulau Mutiara itu.

Namun angan-angan Umno/Bn untuk menawan Negeri Pulau Pinang hanya dilihat Pemerhati Politik Bebas sebagai tak berasas dan jauh dari jangkauan orang yang waras... melainkan apabila ditanya kepada Penyokong dan Penchacai Umno/Bn.. pasti mereka mengatakan Umno/Bn akan mampu menawan kembali tanpa mereka memikirkan yang rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang berada dizaman Pra Sejarah.

Kerana kalau dizaman Pra Sejarah yang mana diletakan calon dari Katak atau Taik Lembu pun Umno/Bn boleh menang kerana dizaman itu rakyat senang untuk ditipu... namun dizaman kini dimana maklumat dijari, itu semua adalah Nostagia Indah kepada Umno/Bn... akan tetapi Penyokong dan Penchacai enggan atau pun sukar mengakui kecanggihan yang ada dizaman kini... oleh kerana itu juga lah Filem yang kualitinya umpama Perang Dunia Ke2 pun sanggup dipercayai dan dijadikan bukti... kah kah kah !!!.

DR SIVAMURUGAN PANDIAN
Berbalik kepada lawatan DSHN ke Pulau Pinang, bagi Pemerhati Politik Bebas Dr Sivamurigan Pandian yang mengulas tentang lawatan DSHN tersebut menyifatkan sebagai "Membina Semula Keyakinan atau Menggerakkan askarnya" dan mengatakan ianya adalah tugas sukar bagi Umno/Bn untuk menawan semula Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR)... berdasarkan hakikat 11 kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno/Bn hanya 5 kerusi DUN saja melepasi majoriti 1000 undi.

Beliau berkata "Dari 29 kerusi DUN yang dimenangi PR hanya 1 kerusi DUN (N35 Batu Uban) yang majoriti nya dibawah 1000 undi... sedangkan 11 kerusi DUN yang dimenangi Umno/Bn 6 kerusi DUN adalah dibawah 1000 undi dan adalah lebih baik sekiranya Umno/Bn boleh mengekalkan 11 kerusi tersebut serta berusha memenangi DUN (N35 Batu Uban) ".

Itu seperti apa yang dikatakan oleh Pemerhati Politik Bebas... dan dibawah ini dipaparkan statistik kesemua kerusi DUN yang dikatakan beliau,

Kerusi DUN yang dimenangi oleh Umno/Bn dibawah 1000 undi :

N5 SUNGAI DUA (P42 Tasek Gelugur-BN)
Jumlah Pengundi: 14,722
Peratusan Kaum: M:84.91% C:12.91% I:1.99 % L:0.19%
1. Datuk Jasmin Mohamed (BN) (6,421)
2. Mohd. Salleh Man (Pas) (5,886)
Majoriti: 535

N10 SEBERANG JAYA (P44 PERMATANG PAUH-PKR)
Jumlah Pengundi: 22,678
Peratusan Kaum: M: 62.36% C: 23.97% I: 13.13% L: 0.54%
1. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) (9,395)
2. Ramli Bulat (PKR) (8,862)
Majoriti: 533

N21 SUNGAI ACHEH (P47 NIBONG TEBAL-PKR)
Jumlah Pengundi: 12,347
Peratusan Kaum: M: 68.73% C: 23.74% I: 7.31% L: 0.22%
1. Datuk Mahmud Zakaria (BN) (5,011)
2. Dr. Azhar Datuk Ahmad (PKR) (4,761)
Majoriti: 250

N38 BAYAN LEPAS (P53 BALIK PULAU-PKR)
Jumlah Pengundi: 16,377
Peratusan Kaum: M: 60.49% C: 33.77% I: 5.46% L: 0.28%
1. Syed Amerruddin Syed Ahmad (BN) (6,563)
2. Asnah Hashim (Pas) (6,164)
Majoriti: 399

N39 PULAU BETONG (P53 BALIK PULAU-PKR)
Jumlah Pengundi: 12,500
Peratusan Kaum: M: 59.12% C: 36.98% I: 3.66% L: 0.24% 
1. Muhamad Farid Saad (BN) (4,990)
2. Dr. Mansor Othman (PKR) (4,696)
Majoriti: 294

N40 TELOK BAHANG (P53 BALIK PULAU-PKR)
Jumlah Pengundi: 10,888
Peratusan Kaum: M: 60.4% C: 36.01% I: 3.23% L: 0.36%
1. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (BN) (4,434)
2. Abdul Halim Hussain (PKR) (3,969)
Majoriti: 465

Kerusi DUN yang dimenangi oleh PR/PKR dibawah 1000 undi :

N35 BATU UBAN (P52 BAYAN BARU-PKR)
Jumlah Pengundi: 21,483
Peratusan Kaum: M: 39.14% C: 48.46% I: 11.75% L: 0.65%
1. S. Raveenthran (PKR) (8,046) 
2. Goh Kheng Sneah (BN) (7,435)
Majoriti: 611

Yang menarik nya disini ialah 6 Kerusi DUN yang dimenangi Umno/Bn hanya 1 Kerusi DUN yang Kerusi Parlimen disandang oleh Umno/Bn iaitu P42 Tasek Gelugur... selain itu 5 Kerusi DUN lagi Kerusi Parlimen dimenangi oleh PR/PKR... dan yang paling menariknya adalah Kerusi Parlimen P53 Balik Pulau yang dimenangi oleh PR/PKR melalui Yb Yusmadi Yusuff namun 3 Kerusi DUN tersebut dimenangi oleh Umno/Bn dibawah 466 undi.

Kalau dilihat stastistik diatas bak kata Dr Sivamurigan Pandian sesuatu yang sukar... tapi kalau ikut aku pulak mustahil... hanya Undi Hantu dan Menipu aje yang membolehkan Umno/Bn menang... selain itu hanya Kuasa Allah SWT  membolehkan nya... tapi kalau untuk menyedapkan hati Jentera Parti Umno/Bn dinegeri-negeri lain boleh lah kot... yang sekarang ni agak tertekan dan tak mampu mengatur majlis dan acara bagi Umno/Bn... dan yang hanya boleh dibuat ialah mengganas dimajlis orang lain... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... umno/bn menang 11 kerusi dun... 6 kerusi majoriti cukup-cukup makan iaitu majoriti dibawah 536 undi sedangkan dimasa itu yang jadi perdana menteri ialah pak lah (mr. clean) yang juga anak jati pulau pinang... sekarang yang jadi perdana menteri ialah hj najib (mr. masalah)... tak kan kau orang penchacai tak dapat bayangkan apa hasil nya... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

2 ulasan:

  1. mungkin kot najibur kena minta tolong kat mamak barua yang suka bawa 'kek taik',samseng geng mamak yang suka demo kat komtar & jalanraya,geng-geng kaki mabuk ,dadah penyokong totok umno-apco-bn yang diupah,apa punya turr ada hati nak tawan penang setelah lebih 53 tahun umno-bn perintah tengok apa melayu penang ada ? flat jamban uda buat kat melayu tg tokong ada la ;)

    BalasPadam
  2. Itu masih mengaku pandai memerintah...kah kah kah...

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....