DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 15 April 2012

SIAPALAH PILIH BELIAU NI, SELEPAS KIBAR BENDERA BN DEKAT KERETA API BUAT PULA OPS' KIBAR DAN SANTAI ORANG MUDA, KAH KAH KAH !


Rasanya siapa yang memilih Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menjadi Koordinator BN Selangor mempunyai otak dan pemikiran yang sama dengan beliau... ini kerana idea yang dikeluarkan langsung tiada menjurus kepada memberi manafaat kepada rakyat Negeri Selangor tapi lebih kepada menggarap idea lama orang kampong dulu-dulu yang melepak waktu malam disimpang jalan... kah kah kah !!!.

Sebelum ini beliau dikhabarkan mengarahkan bendera Barisan Nasional (BN) dikibarkan disemua komuter (KTM) namun beliau menafikan... tetapi tidak pula melarang ianya dipasang juga mengatakan pihak lain juga boleh memasang bendera kalau mahu... itu kata mulut beliau didepan wartawan... kalau percaya lu orang pasang lah... paling lama 12jam ianya berkibar lepas tu bayang bendera pun lu orang tak nampak beb.


Mungkin dalam usaha mendekati golongan muda membuat beliau mencari idea bagaimana nak menyaingi Pakatan Rakyat (PR) yang lebih kedepan dalam menagani masalah Orang Muda kususnya golongan Mahasiswa... membuatkan Pengerusi Koordinator BN Selangor ni macam cacing kepanasan dan terus melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Menurut beliau "buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini... menerusi program itu belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak... program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang" katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.

Mungkin Umno Selangor sudah tiada Pemimpin yang boleh mengeluarkan idea dan pandangan yang boleh dibangakan... dan yang kasihannya ialah Datuk Seri Hj Najib yang melantik Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ni sebagai Pengerusi Koordinator BN Selangor dengan mengenepikan Datuk Serui Noh Omar... mungkin dengan harapan ada suntikan idea baru dari Datuk Seri Mohd Zin Mohamed setelah melihat diri Beliau dan Timbalan beliau Datuk Serui Noh Omar bukan setakat gagal menambat hati orang muda... tapi turut tidak disukai golongan tak muda, kah kah kah !!!.


hemmmmm..... kalau setakat buat hiburan untuk mengambil hati orang muda... lu orang cakap dengan datuk seri mohd zain yang dia silap banyak beb... orang orang muda sekarang bukan macam zaman pra-sejarah dulu-dulu yang mana letak calon katak atau taik lembu pun umno/bn boleh menang.. kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

1 ulasan:

  1. sama saja bro ... bayaq duit rm 50 satu moto untuk konvoi tu . bagi baju T 2 helai dan satu serkop kepala. baca entry baru wa bro. mana ada org nak support dah... Kalau pm dtg org takde malu besau lerrr!

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....