DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 1 April 2012

PARLIMEN SEMBRONG TIADA DLM SENARAI YB SALAHUDDIN BERTANDING, TAPI MENTERI UMNO NI DAH NAK LARI DULU, KAH KAH KAH !

Dengan mengesahkan akan bertanding di Negeri Johor DT dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mengakui beliau sedang mempertimbangkan dengan mendalam tiga bahagian Parlimen untuk dipilih dan sama ada bertanding di peringkat pusat ataupun negeri... Beliau mengatakan tiga kawasan yang dimaksudkan itu sudah tidak asing bagi beliau... iaitu Batu Pahat, Pulai dan kampung halamannya di Tanjong Piai... dan sama ada bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun kemungkinan kedua-duanya sekali akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain di Parti Umno... apabila mendengar berita tersebut salah Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Husein dikhabarkan akan berpindah Kawasan Parlimen, namun tidak pula dinyatakan atas sebab apa beliau akan berpindah dari Parlimen Sembrong ke Parlimen Kota Tinggi.... sedangkan Parlimen yang dipertimbangkan oleh Yb Salahuddin untuk bertanding tidak langsung melibatkan Parlimen Sembrong... apakah beliau tidak lagi yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong walaupun bukan Yb Salahuddin akan bertanding disana.

Mungkin beliau tidak yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong dan kemungkinan takut akan kemungkinan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan mengubah hala di saat akhir dengan meletakkan Yb Salahuddin bertanding di Parlimen Sembrong... dan ini kemungkinan yang mendorong beliau untuk berpindah kawasan Parlimen Kota Tinggi dimana Tan Sri Hamid Albar menyandangnya sekarang... yang dikira kubu kuat Umno dengan nisbah pecahan pengundi kaum Melayu mengatasi nisbah pecahan pengundi kaum lain yang Umno sifatkan akan memberi undi kepada PR.

Kalau mengikut perkiraan lain memang beliau sudah hilang kawalan kepimpinan keatas ahli Umno dikawasan Sembrong dengan lahirnya samseng-samseng yang menganggu setiap ceramah PR... walaupun beliau adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, namun tiket Menteri tersebut tidak dapat mengawal tingkah laku ahli Umno dikawasan beliau... itu pun jikalau beliau mempunyai niat untuk mengawal tindakan samseng terhadap setiap program PR yang dikatakan sudah mula menambat hati pengundi-pengundi kawasan Sembrong.

Untuk itu bagi beliau berpindah ke Parlimen Kota Tinggi adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan hayat Politik beliau yang dikira tercalar akan tindakkan samseng-samseng dan Isu terkini dalam soal Keselamatan Negara dan Rakyat... yang mana belum ada satu kes pun serang samseng diprogram PR dibawa kemuka pengadilan walaupun sudah ada rakyat yang tercedera dan laporan polis dibuat.


hemmmmm..... kalau sebelum ini beliau menjerit bila mendengar yb salahuddin ayub akan bertanding di negeri johor.... namun dengan pengesahan yb salahuddin... beliau nampaknya tidak lagi menoleh kebelakang dan terus lari umpama budak dengar cerita hantu... kah kah kah.... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee..... a b u.

2 ulasan:

  1. kahkahkah!
    kesian budak tu..
    LU tala kawkaw buat ape! LU bedal lah teruk-teruk lagi...
    wa suka lu beb!

    BalasPadam
  2. itu budak lembut takde buat ape2 kat semberong..semua orang tahu.tu sebab kena cabut.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....