Selepas pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa National Feedlot
Corporation (NFCorp) yang membuka pasaraya dan tiga restoran mewah di Singapura yang menggunakan dana pinjaman projek lembu... maka NFCorp melalaui Pengerusi Eksekutifnya Datuk
Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengatakan
pasaran tempatan adalah sangat kecil dan tidak mampu memenuhi
pengeluaran mereka.
Nak tergelak pun ada juga mendengarkan kata-kata Pengerusi NFCorp ni... bila beliau mengatakan Pasaran Malaysia Terlalu Kecil untuk menampung Pengeluaran Daging dari ladang NFCorp... apa yang diketahui menurut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ialah dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 hanya mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor
telah disembelih.
ANTARA ORANG YANG BERJAYA MEMBONGKAR PENYELEWENGAN NFC |
Cuba bayangkan hanya 5,742 ekor disembelih dalam masa tiga tahun (1095 hari)... kalau
dibahagikan 5,742 ekor dengan 1095 hari bersamaan 5.3 ekor satu hari
lembu disembelih... kemudian berkata pasaran Malaysia terlalu kecil... betul-betul buat lawak Pengerusi NFCorp ni... sedangkan 5742 ekor lembu tu hanya cukup untuk 4 hari korban bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi umat Islam Malaysia membuat Ibadat Korban.
Sedangkan NFCorp disasarkan untuk memenuhi 40 peratus permintaan daging lembu
tempatan... oleh kerana itu NFC ditubuhkan dan kerana itu juga Pimjaman Mudah dengan Jaminan Kerajaan sebanyak RM250 juta di luluskan kepada NFCorp... oleh itu jangan lah hendak menerokai pasaran luar kalau satu hari hanya 5.3 disembelih dalam 3 tahun petamanya.
Menurut Rafizi "kenyataan terbaru Salleh itu turut mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura... sedangkan perniagaan terbabit melibatkan tiga restoran
mewah dan sebuah pasar raya mewah dipercayai menggunakan sebahagian dana
awam RM250 juta untuk projek lembu daging".
ANTARA MENTERI YG MENDAKWA BERLAKU PENYELEWENGAN NFC |
"NFCorp sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek NFC dan dana awam RM250 juta... kenyataan Datuk Salleh bahawa NFCorp
berniat untuk menjual daging keluaran mereka ke luar negara kerana
pasaran tempatan adalah sangat kecil dan tidak mampu memenuhi adalah sesuatu yang tak masuk akal kerana Pasaran Tempatan pun belum dipenuhi".
Adakah semua perangai penganut mazhab umno sama... yang lebih mengutamakan keuntungan... sedangkan penubuhan NFC untuk memenuhi 40 peratus permintaan daging lembu untuk Rakyat Tempatan... tetapi masih mahu memasarkan daging lembu keluar negara kerana mahukan keuntungan yang lebih... sama dan seperti menjual Minyak Kelapa Sawit kepada Israel kerana mahukan keuntungan yang lebih... hinggakan minyak masak untuk rakyat pun kadang-kadang terputus.
hemmmmm..... inilah yang dikatakan pepatah orang melayu lama... kalau dah bapa nya inggeris penjajah... tak banyak sikit perangi serupa dengan bapa umno inggeris penjajah... yang dikepala penganut mazhab umno ialah wang harta dan tahta... kah kah kah... umno perkasam jati...betul-betul meloyakan heeee.....
hadoiii....
BalasPadamkejaan bagi pinjam duit utk bekalkan daging lembu kat rakyat malaysia.
ni sediakan daging lembu kat rakyat singapore ni apa hal pulak???