DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 25 Januari 2012

KAJIAN MERDEKA CENTER...KUMPULAN PROFESIONAL MELAYU MAHU KAN DS HJ NAJIB DAN DS ANWAR BERDEBAT !

Menurut kajian Merdeka Center melalui Pengarah Eksekutifnya Saudara Ibrahim Suffian berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib (DSHN) dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) wajar mengadakan satu debat terbuka, berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara demikian menurut firma kajian pendapat awam Merdeka Center".

Katanya lagi "Maklumat ini kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua DSAI dan DSHN mengadakan debat membincangkan isu-isu yang besar... isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat".

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat... mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat seperti di negara-negara lain... daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain".

Tambah nya lagi "DSHN menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat.. manakala DSAI adalah bekas timbalan perdana menteri dan mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama".

"Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru... Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu dan pada pertengahan bulan ini, DSAI yang juga Ketua Umum PR telah mengulangi cabarannya kepada DSHN, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinan nya".

"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu... Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.

Sebelum ini pun DSAI Ibrahim sudah dua kali mencabar DSHN untuk berdebat dengan kata nya "Saya memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR, jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia... jadi kita nak tahu huraiannya,"

Ada beranikah DSHN untuk berdebat... dulu pernah kata kat DSAI...."kalau beliau berdebat dengan saya nanti DSAI boleh demam" kah kah kah !!!... itu cuma cakap untuk mengelak dari berdebat... rakyat mahukan pembaharuan dari semua sudut... bukan cakap saja tranformasi tapi tiada ynag betul untuk dilaksanakan... kalau betul Malaysia adalah Demokrasi Terbaik dan bukan sekadar Demokrasi... ayuh sahut cabara DSAI untuk berdebat... jangan hanya berani berkata-kata didepan penyokong yang tak mahu berfikir serta media arus perdana yang selalu menipu... 


hemmmmm..... apa lah masalah DSHN tak nak berdebat agak nya... nak kata tak pandai bercakap... nampak pandai bila di depan penyokong dan media arus perdana... yang pelik nya darikan presiden hinggakan ketua pemuda semua nya takut untuk berdebat.... keh keh keh !!! ... umno -perkasam betul-betul meloyakan heeeee......

4 ulasan:

  1. slm, blog tuan sudah ana linkkan... mohon link balas...
    http://dppwm.blogspot.com.

    syukran... teruskan berkarya

    BalasPadam
  2. Salam
    blog enta ana dah link kan mohon link balas...

    http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/

    Teruskan perjuangan menegakan kebenaran

    BalasPadam
  3. Salam. Blog tuan telah di linkkan dengan MIMPI SENJA.
    Selamat berjuang

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Haji Najib tidak akan berani berdebat. Terlalu banyak skeleton in the closet...tidak, dia tidak akan mahu atau berani. Jalan terbaik ialah buat bolayan sama seperti zaman Mahathir. Malangnya zaman itu sudah berlalu,zaman ini rakyat cerdik berilmu!

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....