DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 12 Januari 2012

DATUK USTAD ISMAIL KAMUS... NAMA SAYA TELAH DIKOTORKAN KERANA DIKATAKAN BERSETONGKOL DENGAN DATUK HASSAN ALI... MEDIA UMNO TIPU LAGI !!!

Setelah dihebohkan didalam Media Arus Perdana (MAP) bahawa selain Ustad Nasharudin Mat Isa, ada tiga lagi pemimpin Pas yang turut bersama semasa ceramah dirumah diPinggir Taman Tun Dr Ismail selepas pemecatan beliau didalam keahlian Pas.

Pemimpin-pemimpin tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din, Anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin dan juga Datuk Ustad Ismail Kamus yang dilaporkan menyertai majlis itu serta turut disertai oleh Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali itu seperti dilaporkan oleh Astro Awani dan TV3suku.

Berikutan laporan MAP itu salah seorang dari Pemimpin Pas tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut, "Ini amat mengaibkan saya... Saya dikata bersekongkol dengan Datuk Hasan Ali... ini tidak cantik nama Saya sudah dikotorkan” kata Datuk Ustad Ismail Kamus yang juga bekas Adun Gombak Setia dan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor tahun1433 H/2011 M. 

Kata nya lagi "Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi pagi 10 Januari saya baru keluar hospital", sementara itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Datuk Hasan Ali tersebut.

Menurut Datuk Tuan Ibrahim lagi Datuk Haron Din semasa itu sedang bermasyuarat dengan Majlis Syura Ulamak di Pejabat Agung PAS dan Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China atas urusan peribadi.

Inilah mainan MAP yang perlu difahami oleh Pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi kalau dah pernah menjadi Timbalan Presiden Pas pun masih tak faham dengan permainan MAP..... apa lagi yang boleh dikatakan, bukan salah bercakap dengan MAP.... akan tetapi kalau bercakap dengan MAP dan mempertikaikan keputusan Pimpinan Parti.... macam mana tak boleh dikatakan salah....


hemmmmm..... kena suruh ustad nasharudin mat isa belajar lagi dengan ustad-ustad yang lama dalam pas... tak faham suruh dia tanya.... kalau dah simpati sangat dengan datuk hassan ali.... ikut sekali senang dan jangan menyusahkan jemaah.... umno=perkasam betuk-betul meloyakan heeeee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....