DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 28 Januari 2012

KENAPA TAKUT PADA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA... KALAU BETUL PROJEK TERSEBUT BERJAYA DAN TIADA PENYELEWENGAN ?

Pakatan telah meminta supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), namun menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang juga salah seorang Menteri yang dipertanggungjawapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN) menyelesaikan kemelut NFC mengatakan bahawa siasatan kerajaan terhadap NFC adalah mencukupi.

Menurut beliau "Mungkin pembangkang mahu melihat program ini gagal... supaya ia boleh mendakwa... ia betul", beliau telah diminta mengulas tuntutan pembangkang supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat syarikat kontroversi tersebut yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggota menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Apabila DSHN mengarahkan beliau dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyelesaikan kemelut tersebut, ia dibuat macam nak tak nak... dan tak tahu bila siasatan bermula... dan apabila dikatakan oleh Perdana Menteri DSHN bahawa aset NFC telah dibekukan tapi menurut sumber NFC perniagaan berjalan seperti biasa.

Jadi apa benda yang disiasat dan apa benda yang dibekukan... kesudahan nya datang pulak lawyer buruk dari Perkasam yang menjadi jurucakap kepada NFC... dan mengatakan Laporan Ketua Audit Negara Lemah... sudah lah Laporan disiapkan dengan teliti sehinggakan tak sempat disiapkan untuk Pembentangan Belanjauwan 2012... tiba-tiba datang Perkasam kata lemah... kah kah kah !!!.

Kalau dah Laporan Ketua Audit dikatakan lemah... memang elok lah ditubuhkan RCI bagi menyiasat kekeliruan yang ada... tak timbul soal Pembangkang nak menggagalkan projek tersebut kalau ianya memang berjaya seperti yang didakwa oleh Perkasam dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.... yang mana Menteri tersebut mngatakan sudah 5000 ekor lebih disembelih dalam masa tiga tahun.... manakala Perkasam pula berkata jualan harian mencecah RM150 ribu sehari dan dalam bentuk tunai RM10 ribu ke RM15 ribu... kah kah kah... kalau nak menipu agak-agak lah....


hemmmmm..... mungkin kerana takut lebih banyak akan terbongkar... ini yang menyebabkan suruhanjaya siasatan diraja ditolak oleh timbalan perdana menteri... shahrizat mungkin orang yang melobi untuk keluarga nya dan beliau bukan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan projek tersebut... kalau begitu tentu ada orang yang dilobi yang mempunyai kuasa meluluskan apa yang dilobi..kah kah kah !!!. umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....