DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 28 Januari 2012

PRESIDEN MCA KATA MEREKA YANG KELUAR PKR SEBAGAI PEMBELOT... ORANG UMNO TAK PERLU RISAU KALAU UMNO KALAH PAS YANG AKAN MENANG !!!

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata "sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa... PAS akan menjadi parti dominan... PAS yang akan memberi arahan... PAS yag akan memerintah jika pembangkang berkuasa... jika mereka berkuasa PAS yang akan memerintah".

"Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar... mengundi DAP bermakna akan memberikan kuasa kepada  Pas... menguatkan DAP bermakna membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat... hari kemenangan PAS akan berlaku".

Sambil ketawa bila dikatakan kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat... Katanya "PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi... disiplin parti dan yang lebih penting... kesetiaan ahli...  parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu".

"PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia banyak menghadapi masalah dalaman iaitu pembelot dari pemimpin penting mereka... PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya... satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah".

"Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, namun PKR berdepan dengan satu persatu pembelot dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008".

Untuk itu orang-orang Umno jangan lah risau kalau Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah... kerana Presiden MCA itu telah menyatakan bahawa Pas yang akan mengetuai Kerajaan PR... inilah politik perkauman yang dimainkan dalam kerabat BN yang diketuai oleh Umno kepada rakyat... apabila Umno bercakap kepada Orang Melayu... mereka akan berkata DAP akan memperkudakan PAS.

Amat jelas bagi Umno/Bn yang akan mempermain sentimen perkauman dalam meraih undi... mereka tidak memperdulikan sama ada Asas Negara Bangsa akan boleh ternoda kerana isu perkauman... Umno/bn akan terus dengan isu perkauman demi untuk mempertahan kuasa bagi menjaga segala kemungkaran dari terbongkar.


hemmmmm..... nanti kita akan lihat apa riaksi pembelot-pembelot yang dikatakan oleh presiden mca ini... mungkin selama ini panggilan pembelot hanya dari pemimpin pr dan penyokong pr sahaja... kerana panggilan tersebut belum pernah datang dari pemimpin umno/bn... sebab itu pembelot-pembelot ini dianugerahkan senator dan gelaran datuk.... umno-perkasam betu-betul  meloyakan  heeeee......

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....