DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label hishamuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hishamuddin. Papar semua catatan

Ahad, 6 April 2014

MH370 : Hishamuddin Kata Boeing Tak Beri Kerjasama, Tapi Mas Kata Boeing Beri Kerjasama


Punyalah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Hussein KECEWA dengan Syarikat Pembuat Kapalterbang BOEING yang beliau katakan TIDAK MEMBERI KERJASAMA baca sini, tetapi hari ini Pihak Malaysia Airlines System (MAS) tidak secara langsung telah MENYANGGAH dengan mengatakan yang Syarikat Boeing TELAH MEMBERI KERJASAMA dalam mencari Pesawat Mas MH370 yang HILANG pada  8 Mac 2014 yang lalu. sumber

Satu lagi PERCANGGAHAN MAKLUMAT dari Pihak-Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pemberian Maklumat yang ditanyakan oleh Wartawan, jadi macam mana lah tidak dikatakan yang Maklumat tidak disampaikan dengan TELUS. Jikalau diulang kembali semua Sidang Media yang dibuat oleh Pihak berkenaan gua rasa 51 peratus BERCANGGAH, 47 Peratus Boleh Sikit-Sikit Percaya dan 2 Peratus lagi PENIPUAN... kah kah kah !.

51 Peratus Percanggahan antaranya bila Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Pemenang Anugerah PERSEPSI telah mengatakan bahawa "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah LOKASI TERPENCIL, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN". Tetapi Pihak Mas pula telah mengatakan yang PESAWAT itu telah JATUH di Selatan Lautan Hindi.

47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit ialah pada Awalnya mengatakan yang kata-kata terakhir Komunikasi antara Pusat Kawalan Udara adalah "All Right, Good Night" tetapi kemudian nya mengesahkan yang Komunikasi terakhir antara Pusat Kawalan Udara adalah "Good Night Malaysia 370". Sebab itu gua katakan ini antara 47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit setakat ini, kerana gua risau gak takut-takut nanti Komunikasi tersebut bertukar menjadi "Good Night Hishamuddin" pulak... kah kah kah !.

Manakala 2 Peratus PENIPUAN antara nya ialah berkenaan BUAH MANGGIS yang dikatakan didalam Kargo seberat 4 Tan, sedangkan diketahui USAHKAN untuk mendapatkan Buah Manggis sebanyak 4 Tan tetapi seberat 4 Kilo pun belum tentu beb. Lu orang carilah Buah Manggis kalau boleh dapat pada masa sekarang, mungkin Bunga atau Putik Buah Manggis boleh lah dapat. Tak tahu lah gua kalau Kementerian Pertanian ada hasilkan Buah Manggis TABUNG UJI beb... kah kah kah !.


hemmmmm..... rakyat bukan mempertikaikan kenapa pesawat tidak lagi dijumpai, tetapi yang dipertikaikan ialah cakap berbelit macam mahathir kutty penyokong kassim ahmad anti hadis... kah kah kah... A B U.

Rabu, 2 April 2014

MH370 : Akhbar Mana, Portal Berita Mana Dan Individu Mana Yang Bakal Disaman Oleh Kerajaan


Kalau setakat Cakap dengan AIR BASI sekadar untuk MENGGERTAK baik lah hentikan Hishamuddin, Rakyat Malaysia dan Hampir seluruh Penduduk Dunia bukan nya seperti Penyokong Umno yang hanya Menerima BULAT-BULAT seperti TELOR yang dibuat ROTI TELOR apa saja kata Pemimpin Umno. Walaupun ianya jelas BERCANGAH dan BELAWANAN dari Kenyataan AWAL dan Kenyataan AKHIR tanpa rasa BERSALAH.

Mungkin BETUL ada Akhbar serta Portal Berita LUAR NEGARA yang MEMUTARBELITKAN BERITA berkenaan Kehilangan Pesawat Mas MH370, namun jangan pula ianya dijadikan ALASAN untuk tidak MENGAKUI KESILAPAN yang telah Keluar dari Mulut-Mulut yang Bertanggungjawap dalam Menangani Isu Kehilangan Pesawat Mas MH370 tersebut. Mungkin ada Perkara yang PERLU Disembunyikan dari Pengetahuan Umum.


Tetapi itu bukan lah Alasan untuk Bercakap seperti Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis, yang terkenal dengan PUTAR BELIT 360 Darjah dipenghujungnya akan mengatakan SAYA SUDAH LUPA. Jangan kerana sudah TERSILAP dengan Kenyataan yang sendiri Keluarkan maka orang lain hendak dijadikan KAMBING HITAM pulak, cuba RENUNGKAN dan INGATKAN kembali betul ke Berita Diputarbelit atau sendiri sudah KANTOI.

Ambil sahaja Contoh Berita yang disiarkan oleh LIDAH-LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI sama ada Media Cetak mahupun Media Elektronik, kenapa sampai boleh Mengeluarkan Berita yang Bertajuk seperti SAH Pesawat MH370 TERHEMPAS dan SAH Pesawat MH370 DIRAMPAS. Dari mana Media tersebut mendapat BAHAN sehingga boleh menggeluarkan Berita dengan Tajuk yang sebegitu, apakah Berita tersebut tidak termasuk didalam SALAH LAPOR berkenaan Pesawat yang Hilang.


Sepatutnya sebagai yang Mengaku Konon nya Orang Melayu dan Pejuang Melayu kena lah PELAJARI akan PEPAPAH MELAYU yang boleh dijadikan PELAJARAN dalam Kehidupan, seperti Cakap Siang Pandang-Pandang dan Cakap Malam Dengar-Dengar. Yang mana setiap PERCAKAPAN yang keluar dari Mulut kena DIPASTIKAN tidak Bercanggah antara satu sama lain. Jadi apakah perkataan BERAKHIR itu bermaksud MENDARAT DI ATAS AIR LAUTAN HINDI dengan SELAMAT.

Itu belum lagi Cakap-Cakap seperti BUAH MANGGIS 4 Tan, BATTERY dan KOMPENAN RADIO, sedang dikala ini untuk mendapatkan Sekilo Buah Manggis pun bukan nya Mudah ini kan pulak 4 Tan beb. Yang TERKINI setelah hampir Sebulan Pesawat tersebut HILANG baru diketahui yang Komunikasi Terakhir antara Pusat Kawalan Trafik Udara dengan Kokpit MH370 adalah "Good Night Three Seven Zero" dan bukan nya "All Right, Good Night" seperti yang Didedahkan pada Awal nya. baca sini

Jangan lah Pelajari Pepatah Melayu yang boleh Menghancurkan Orang Melayu itu sendiri seperti Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.Kerana kalau Anak sudah Mati siapa yang akan Meneruskan Adat, tak kan boleh Bapa kepada Anak Meneruskan Adat dengan terus hidup MENDONGKAK LANGIT seperti Syaitan Yang Dikenali. Dimana Syaitan hanya akan MAMPOS hanya bila SANGKAKALA DITIUP oleh MALAIKAT ISRAFIL, itu kalau tak silap gua lah. sumber


hemmmmm..... gua nak tengok gak akhbar mana, portal berita mana serta individu mana yang akan disaman oleh kerajaan malaysia pimpinan datuk seri haji najib... itu pun kalau ada telor lah beb... kah kah kah... A B U.

Selasa, 1 April 2014

MH370 Edisi Pening : Mana Satu Yang Betul, All Right Good Night Atau Good Night Malaysian 370


Apa yang lu MELALUT macam orang MABUK San Maguel Kepunyaan Anak Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis tu Hishamuddin, yang Wartawan Tanya adalah mana satu yang Betul sama ada "All Right,Good Night" atau pun "Good Night Malaysian 370". Yang lu pergi jawap "Saya Boleh Mengesahkan Yang Saya Terlibat Sama Dengan FBI" kenapa beb... kah kah kah !.

Apa lu ingat Rakyat Malaysia HERANNNN sangat ke bila lu kata yang lu TERLIBAT sama dengan FBI, lu tu hanya baru Terlibat sama lu tahu tak tetapi MANTAN Ulul Amri Umno yang bernama Tun Andullah Ahmad Badawi lagi HEBAT kerana nama beliau berada dikedudukkan TERTINGGI dalam Pengawasan Perisik Amerika walaupun kerja beliau hanya TIDUR... kah kah kah !.

Sebelum ini pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya Memberitahu kepada Wartawan dalam Sidang Media yang KOMUNIKASI TERAKHIR antara Pusat Pengawal TRAFIK UDARA dan KOKPIT Pesawat  Mas MH370 adalah "All Right, Good Night" dikatakan dibuat oleh Pembantu Juruterbang Pesawat iaitu Fariq Ab Hamid pada Jam 1.19 Pagi Waktu Tempatan.

Tiba-tiba hari ini Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) MENGESAHKAN pula yang Komunikasi Terakhir dalam TRANSKRIP antara Pengawal Trafik Udara dan Kokpit Pesawat adalah "Good Night Malaysian 370". Gua rasa sikit hari lagi Komunikasi Terakhir yang datang dari Kokpit ialah "Good Night Umno/Bn", "Good Night Najib" atau pun "Good Night Rosmah"... kah kah kah !.

Lu orang nampak tak apa yang gua nampak, betapa BERCELARUNYA setiap KENYATAAN yang keluar dari Mulut dia orang, macam mana lah WARIS Penumpang dari Negara China tu tak Marah dengan dia orang. Yang gua tahu Tak Marah hanya lah Penchacai Angkat Najis aje yang akan mengatakan BETUL setiap Kenyataan walaupun ianya BERCANGGAH seperti  Langit dengan Bumi.

Yang PELIK BIN AJAIB nya di orang ni SELAMBA aje dengan Kenyataan dia orang walaupun sudah TERANG-TERANG ianya Bercanggah dari Kenyataan SEBELUM dengan Kenyataan SELEPAS itu. Terutama nya bila Sepupu Sepapat Sepepet Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib tu bercakap, antaranya "Mana Ada PM kata Yang Pesawat Terhempas Dan Tiada Yang Terselamat".

Sedangkan semasa Sidang Media Yang dibuat oleh Najib pada Jam 10 Malam 24 Mac 2014, Raut Wajah serta Keadaan beliau cukup SAYU seolah-olah KEHILANGAN TELOR Sambil berkata "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah Lokasi Terpencil, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN".

"Malaysia Airlines (MAS) sudah Memberitahu Perkara tersebut kepada Anggota Keluarga Penumpang dan Anak Kapal Pesawat yang HILANG itu. Beberapa Minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu BERITA itu tentu SUKAR diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini".

Tak cukup dengan Wajah Kesayuan serta Keadaan yang seperti orang Hilang Telor maka Keesokan hari nya buat pulak membawa USUL MH370 di Parlimen sambil Ucapkan TAKZIAH kepada Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal, serta meminta Majlis Fatwa SONGKOK TINGGI untuk BERSIDANG bagi menentukan masa yang sesuai dijalankan SOLAT JENAZAH GHAIB.

Kalau sudah sendiri pun Mengeluarkan Kenyataan SESUKA HATI Mak Bapak dia orang, apa Salah ke kalau Waris Penumpang serta yang BERSIMPATI dengan Waris Penumpang dan Anak Kapal MEMPERSOALKAN setiap Kenyataan yang Bercanggah seperti Langit dengan Bumi tersebut. Cuba gak buat Kerja Menggunakan Kepala Otak dan bukan nya Kepala Lutut boleh tak Hishamuddin... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... ini ke yang dikatakan ranking beliau sudah naik berbanding dua lagi naib presiden umno serta timbalan presiden umno, kalau ini dikatakan ranking beliau sudah naik buat malu malaysia aje beb... kah kah kah... A B U.

Isnin, 31 Mac 2014

Terkini MH370 : Najib Tak Kata Yang Pesawat Tersebut Terhempas Menurut Hishamuddin


Yang kata Pesawat tersebut TERHEMPAS adalah PERSEPSI Orang bukan nya Cakap dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Najib Wassatiyah, mungkin itu lah Maksud kata-kata dari Sepupu Sepapat Sepepet Najib, yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishamuddin yang Tertidur sewaktu Pesawat Mas MH370 dikesan Berpatah Balik oleh RADAR... kah kah kah !.

Menurut Hishamuddin "Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib dalam PENGUMUMAN pada 24 Mac lalu LANGSUNG Tidak Menyebut bahawa yang Penerbangan itu telah TERHEMPAS atau pun TIADA YANG SELAMAT. Dakwaan itu Sangat Tidak Betul, Perdana Menteri hanya MENGUMUMKAN bahawa Penerbangan tersebut BERAKHIR di Tengah Lautan Hindi, berdasarkan ANALISIS ke atas DATA yang diperolehi"

Macam mana lah Hishamuddin tu boleh MENTAFSIRKAN Perkataan yang telah keluar dari MULUT LONGKANG Sepupu beliau walaupun berbunyi "BUKTI-BUKTI yang sedia ada MENCADANGKAN KEDUDUKAN TERAKHIR Pesawat Mas MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, di Sebelah Barat Perth, Australia. Tempat ini adalah Lokasi Terpencil, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN ".

"Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu Perkara tersebut kepada ANGGOTA KELUARGA PENUMPANG dan ANAK KAPAL Pesawat yang Hilang itu. Beberapa Minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu Berita itu tentu SUKAR diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini". baca sini

Apakah Perkataan Jauh Dari Tapak Pendaratan Yang Mungkin adalah bermaksud Pesawat Telah Mendarat Diatas Air Lautan Hindi dengan Selamat ke Hishamuddin oiii... tak cukup dengan itu keluar lagi dari Mulut Longkang Sepupu Sepapat Sepepet lu yang mengatakan akan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan berkenaan SOLAT JENAZAH GHAIB.

Untuk apa Solat Jenazah Ghaib tersebut dibuat Hishamuddin oiii... untuk SUKA-SUKA ke beb, tak cukup dengan itu buat pulak USUL di Parlimen sambil ucapkan TAKZIAH. Mana Mungkin setelah Pesawat Digambarkan sebagai BERAKHIR Penerbangan nya di Pertengahan Lautan Hindi, tapi lu pulak nak kata yang Sepupu lu tu tak cakap pun bahawa Pesawat tersebut Terhempas.

Memang lah Sepupu lu tu Tak Kata pun yang Pesawat tersebut Terhempas tapi apakah beliau ada mengatakan yang Pesawat tersebut SELAMAT MENDARAT di atas Air Lautan Hindi. Kalau ya pun nak MENYOKONG Sepupu lu yang SUDAH KANTOI tu AGAK-AGAK lah beb, lu kena ingat yang RANKING lu tu baru aje nak Naik. Jadi jangan buat lagi KERJA BODOH BIN BAHLUL.

Naik nya Ranking lu diantara Naib-Naib Presiden Umno hanya kerana SIDANG MEDIA aje bukan kerana kerja lu sebelum ini, hingga melupakan KEGAGALAN sebenar lu sebagai Menteri Pertahanan yang MEMBIARKAN Pesawat yang TIDAK DIKENALI Melintasi Ruang Angkasa Negara walaupun Radar telah menunjukkan sesuatu. Ada Faham ka Hishamuddin... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... kalau setakat menjawap soalan dari wartawan penchacai angkat najis yang berbunyi datuk seri datuk seri, apakah datuk seri bersetuju atau pun tak bersetuju dengan bla bla bla bla... boleh membuat ranking beliau naik maka1 dunia boleh ketawa beb... kah kah kah... A B U.

Sabtu, 22 Mac 2014

Mas MH370 : Saya Tak Pernah Putus Asa Kata Hishamuddin, Yang Ini Gua Kena Akui Cakap Beliau Beb


Memang kalau itu yang lu katakan 101 Peratus gua AKUI lu tahu tak Hishamuddin Hussein, kerana SEJARAH telah membuktikan dari DULU KINI dan SELAMANYA lu memang punya MUKA SELAMBER tahap TAMPAL KULIT BABI 14 INCI walau apa sekalipun KRITIKAN yang di Lontarkan keatas lu dari Dalam dan Luar Negara... kah kah kah !.

Sebagai Contoh ialah sewaktu AWAL-AWAL Peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu sedikit masa dulu, apa Kenyataan lu pada mulanya "Penceroboh Bukan lah Pengganas" walaupun diketahui umum yang Pengganas Sulu Menceroboh Lahad Datu dengan BERSEJATA. Sebab itu gua cukup Setuju bila lu katakan yang lu Tak Pernah Putus Asa beb... kah kah kah !.

Untuk itu kali ini Minta Maaf lah Sahabat-Sahabat dari Pakatan Rakyat (PR) kerana gua AKUI kata-kata dari SEPUPU SEPAPAT SEPEPET Perdana Menteri Demokrasi Terbaik Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib. Disini juga gua harap yang lu orang Sahabat-Sahabat dari PR kena Akui apa yang dikatakan oleh beliau adalah BENAR SEBENARNYA Tanpa BIAS dan WAS-WAS... kah kah kah !. sumber



hemmmmm..... tak kurang juga dengan sepupu sepapat sepepet beliau yang tak malu kerana takut menjawap soalan dari wartawan dalam sidang media mas mh370, patutlah beliau takut untuk membahaskan isu mas mh370 dalam parlimen malaysia... kah kah kah... A B U.

Berita Terkini MH370 : Pihak China Dakwa Satelit Rakam Imej Terbaru

Satelit China


Enam hari selepas Pihak Berkuasa Australia MENGESAN Dua Imej Objek menerusi Satelitnya, hari ini China Mendedahkan bahawa Satelit Milik Negara itu Merakamkan Imej Objek berukuran 22 meter dan Kelebaran 13 meter di Koridor Selatan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media khas yang berlangsung di KLIA petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

Menurut Hishamuddin "Duta China memberitahu Pihaknya akan Memberi Maklumat TERPERINCI mengenai LOKASI OBJEK  tersebut dalam masa Beberapa Jam lagi, jika ia ADA KAITAN dengan Pesawat MAS MH370". Sebelum ini, Pihak Berkuasa Australia MENDEDAHKAN yang Satelit Milik Negara itu MERAKAMKAN IMEJ Dua Objek yang turut DIKESAN di KORIDOR pada 16 Mac lepas dan Usaha Mencari dijalankan Empat Hari kemudiaannya. sumber

Apa yang MENGHAIRANKAN ialah setiap IMEJ yang dikatakan ada KAITAN dengan Pesawat Mas MH370 semuanya KELABU ASAP dan TIDAK JELAS, kalau sudah SATELIT yang dikatakan CANGGIH pun seolah-olah BERMAIN dengan PERSEPSI. Oleh kerana Gambar Satelit yang Bermain dengan Persepsi pun masih jadi BAHAN RUJUKAN kepada Menteri dan Media Arus Perdana jadi TAK SALAH lah kalau Media Baru dan Media Sosial pun menjadikan Persepsi sebagai Rujukan.


hemmmmm..... apa-apa pun seperti biasa gua masih berharap yang pesawat dan anak kapal serta penumpang masih dalam keadaan selamat... amin yarabbalalamin.

Rabu, 19 Mac 2014

Mas MH370 : Ahli Keluarga Penumpang China Mengamuk Dilokasi Sidang Media


Telah belaku KEKECOHAN di Hotel Sama Sama ditempat di mana LOKASI bakal berlangsung nya SIDANG MEDIA Kehilangan Pesawat Mas MH370, ianya terjadi apabila 6 Ahli Keluarga dipercayai Warganegara China MENDESAK Penjelasan Pihak Berkuasa berkenaan Kehilangan Pesawat Penerbangan Mas tersebut.

Dikatakan Mereka tiba-tiba MELURU masuk sekitar Jam 4.30 petang ke dalam BILIK SIDANG MEDIA sambil membawa KAIN RENTANG yang TERTERA perkataan "Kami Membantah Kerajaan Malaysia Lambat Menyelamatkan Penumpang Dan Mendesak Membawa Ahli Keluarga Pulang Tanpa Sebarang Syarat."

Ada juga yang MELAUNGKAN meminta agar Ahli Keluarga mereka DIKEMBALIKAN sebelum mereka dibawa keluar oleh Pihak Keselamatan dari Bilik Sidang Media. Mereka kemudian nya ditempatkan dalam Bilik Sekreteriat buat sementara waktu bagi Sidang Media Kehilangan Pesawat Mas dijalankan tanpa GANGGUAN.  sumber

Nampak gaya nya TERKENCING-KENCING lah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin tu beb, sudah lah semalam ditanya oleh Wartawan CNN apakah beliau SEPUPU SEPAPAT SEPEPET kepada Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib yang DILINDUNGI... patut lah pun najib TAK HEGINNNNN untuk menjawap Soalan dari Wartawan beb... kah kah kah !.


hemmmmm..... kalau lu orang perasaan beb, setiap kementerian yang hishamuddin ni jadi menteri mesti akan ada peristiwa besar hari ini dalam sejarah, selama beliau jadi pemangku menteri pengangkutan rasa nya sudah ada dua tragedi... satu bas masuk gaung di genting highland dan kini kapal terbang pulak tak dapat dikesan. apa tangkal lah yang lu pakai ni hishamuddin oiii.

Ahad, 9 Mac 2014

Sidang Akhbar TERKINI Pesawat Mas MH370 Yang Hilang


Pelik Bin Ajaib sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan langsung beliau tidak Menyentuh pasal Kapal Selam Scorpene bagi MISI Mencari dan Menyelamat Anak-Anak Kapal dan Penumpang-Penumpang Pesawat Mas MH370 yang hilang. Apa masalah nya dengan Kapal Selam Scorpene tersebut, sedangkan Negara Singapura sanggup Menghantar Kapal Selam dia orang tapi Negara Malaysia yang juga mempunyai Kapal Selam BUAT BODOH aje beb.

Ini bukan nya gua MEMPOLITIKAN ISU tetapi ini lah masanya ASET yang dibeli dengan RM BILLION WANG RAKYAT digunakan, kalau ianya dibeli dengan WANG MAK BAPAK Pemimpin Umno gua pun tak nak tanya beb. Apa MASALAH nya dengan Kapal Selam Scorpene tersebut, apa Kapal Selam tersebut TAK BOLEH MENYELAM ke, atau kalau BOLEH MENYELAM pun nanti DITAKUTI ianya akan TAK TIMBUL ke beb.

Kalau ikut kata PENCHACAI ANGKAT NAJIS buat apa nak hantar Kapal Selam Scorpene sebab ianya bukan untuk pergi BERPERANG, nampak sangat apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir Bekas Ulul Amri Umno adalah betul berkenaan "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno". Sorok-sorok kan lah sikit kalau ya pun nak menjadi Penchacai Angkat Najis beb, apa lu orang ingat Kapal Selam Negara Singapura tu KHAS untuk Menyelamat ke.

Yang Sedih nya ada Penchacai Angkat Najis yang berkata Kapal Biasa, Kapal Terbang dan Halikopter lagi senang nampak kalau Pesawat Mas TENGGELAM didalam Laut, apa punya jawapan BODOH lah tu beb. Perkataan saja sudah menunjukkan Fungsi yang KAPAL SELAM bermakna BOLEH MENYELAM dan dapat MELIHAT apa-apa yang ada DIDASAR LAUT. Manakala KAPAL BIASA ianya berada DIATAS AIR dan SUKAR untuk MEMASTIKAN apa yang berada didasar Laut.

Kalau dengar kata Pemangku Menteri Pengangkutan pulak habiskan Persatuan Nelayan pun hendak DIGUNA PAKAI, memang Bagus IDEA tersebut tetapi ALANGKAH lebih Bagus jikalau beliau yang juga sebagai Menteri Pertahanan MENGARAHKAN Kapal Selam Scorpene terlibat sama dalam Misi Mencari dan Menyelamat Pesawat Mas MH370 yang hilang tersebut. Tak kan Kapal Selam Scorpene hanya hendak dijadikan PAMERAN atau pun membawa Blogger PAPA GOMO Lucah saja. sumber


hemmmmm..... gua ingat itu kapal selam sama ada tak boleh menyelam, menyelam tak akan timbul atau pun injen kapal sudah rosak dan tunggu spare part tak sampai-sampai... lagi lama umno memerintah entah apa lagi lah balak yang kan diterima oleh rakyat... A B U.