DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label dca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dca. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

MH370 Edisi Pening : Mana Satu Yang Betul, All Right Good Night Atau Good Night Malaysian 370


Apa yang lu MELALUT macam orang MABUK San Maguel Kepunyaan Anak Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis tu Hishamuddin, yang Wartawan Tanya adalah mana satu yang Betul sama ada "All Right,Good Night" atau pun "Good Night Malaysian 370". Yang lu pergi jawap "Saya Boleh Mengesahkan Yang Saya Terlibat Sama Dengan FBI" kenapa beb... kah kah kah !.

Apa lu ingat Rakyat Malaysia HERANNNN sangat ke bila lu kata yang lu TERLIBAT sama dengan FBI, lu tu hanya baru Terlibat sama lu tahu tak tetapi MANTAN Ulul Amri Umno yang bernama Tun Andullah Ahmad Badawi lagi HEBAT kerana nama beliau berada dikedudukkan TERTINGGI dalam Pengawasan Perisik Amerika walaupun kerja beliau hanya TIDUR... kah kah kah !.

Sebelum ini pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya Memberitahu kepada Wartawan dalam Sidang Media yang KOMUNIKASI TERAKHIR antara Pusat Pengawal TRAFIK UDARA dan KOKPIT Pesawat  Mas MH370 adalah "All Right, Good Night" dikatakan dibuat oleh Pembantu Juruterbang Pesawat iaitu Fariq Ab Hamid pada Jam 1.19 Pagi Waktu Tempatan.

Tiba-tiba hari ini Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) MENGESAHKAN pula yang Komunikasi Terakhir dalam TRANSKRIP antara Pengawal Trafik Udara dan Kokpit Pesawat adalah "Good Night Malaysian 370". Gua rasa sikit hari lagi Komunikasi Terakhir yang datang dari Kokpit ialah "Good Night Umno/Bn", "Good Night Najib" atau pun "Good Night Rosmah"... kah kah kah !.

Lu orang nampak tak apa yang gua nampak, betapa BERCELARUNYA setiap KENYATAAN yang keluar dari Mulut dia orang, macam mana lah WARIS Penumpang dari Negara China tu tak Marah dengan dia orang. Yang gua tahu Tak Marah hanya lah Penchacai Angkat Najis aje yang akan mengatakan BETUL setiap Kenyataan walaupun ianya BERCANGGAH seperti  Langit dengan Bumi.

Yang PELIK BIN AJAIB nya di orang ni SELAMBA aje dengan Kenyataan dia orang walaupun sudah TERANG-TERANG ianya Bercanggah dari Kenyataan SEBELUM dengan Kenyataan SELEPAS itu. Terutama nya bila Sepupu Sepapat Sepepet Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib tu bercakap, antaranya "Mana Ada PM kata Yang Pesawat Terhempas Dan Tiada Yang Terselamat".

Sedangkan semasa Sidang Media Yang dibuat oleh Najib pada Jam 10 Malam 24 Mac 2014, Raut Wajah serta Keadaan beliau cukup SAYU seolah-olah KEHILANGAN TELOR Sambil berkata "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah Lokasi Terpencil, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN".

"Malaysia Airlines (MAS) sudah Memberitahu Perkara tersebut kepada Anggota Keluarga Penumpang dan Anak Kapal Pesawat yang HILANG itu. Beberapa Minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu BERITA itu tentu SUKAR diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini".

Tak cukup dengan Wajah Kesayuan serta Keadaan yang seperti orang Hilang Telor maka Keesokan hari nya buat pulak membawa USUL MH370 di Parlimen sambil Ucapkan TAKZIAH kepada Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal, serta meminta Majlis Fatwa SONGKOK TINGGI untuk BERSIDANG bagi menentukan masa yang sesuai dijalankan SOLAT JENAZAH GHAIB.

Kalau sudah sendiri pun Mengeluarkan Kenyataan SESUKA HATI Mak Bapak dia orang, apa Salah ke kalau Waris Penumpang serta yang BERSIMPATI dengan Waris Penumpang dan Anak Kapal MEMPERSOALKAN setiap Kenyataan yang Bercanggah seperti Langit dengan Bumi tersebut. Cuba gak buat Kerja Menggunakan Kepala Otak dan bukan nya Kepala Lutut boleh tak Hishamuddin... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... ini ke yang dikatakan ranking beliau sudah naik berbanding dua lagi naib presiden umno serta timbalan presiden umno, kalau ini dikatakan ranking beliau sudah naik buat malu malaysia aje beb... kah kah kah... A B U.

Khamis, 13 Mac 2014

TERKINI : Satelit China Temui Kawasan Disyaki Pesawat Mas MH370 Terhempas

                      Imej pertama dari satelit China. – Gambar Republik China, 13 Mac, 2014.



Satelit China yang mencari Pesawat Malaysia Airlines (MAS) 370 yang HILANG pada Sabtu menemui “Kawasan Disyaki Pesawat Terhempas”, lapor CNN memetik agensi Kerajaan China, berkemungkinan menjadi PETUNJUK BARU dalam MISI MENCARI DAN MENYELAMAT Hari Ke-6 Hari ini.



Imej kedua dari satelit China. – Gambar Republik China, 13 Mac, 2014.  
               Imej kedua dari satelit China. – Gambar Republik China, 13 Mac, 2014. 


Imej ketiga dari satelit China. – Gambar Republik China, 13 Mac, 2014.
              Imej ketiga dari satelit China. – Gambar Republik China, 13 Mac, 2014.



Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."Objek ditemui satelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki). Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200ER yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.Penemuan imej daripada satelit China itu merupakan petunjuk baru bagi misi pencarian pesawat MH370 yang memasuki hari keenam hilang daripada radar pada Sabtu lalu. "Ia berada di kawasan yang sepatutnya," kata Peter Goelz, bekas Pengarah Urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional kepada CNN.

Serta menambah terdapat mereka yang ragu-ragu terhadap laporan pesawat berkenaan berpatah balik ke Malaysia. "Saya merasakan kapal laut dan pesawat udara perlu digerakkan segera ke sana," katanya. Keseluruhan kawasan operasi mencari dan menyelamat kini meliputi penglibatan 42 kapal laut dan 39 pesawat udara daripada 12 negara.Kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk diperolehi pasukan mencari dan menyelamat ekoran pesawat berkenaan tidak memberikan sebarang komunikasi kecemasan sebelum hilang daripada radar. 

MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa sejumlah 239 penumpang. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin semalam berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.Beliau berkata radar tentera turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan yang dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu. 

Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baru dan Selat Melaka. Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi, manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi. – sumber


hemmmmm..... harap-harap berita diatas tidak benar berkenaan terhempas, namun kalau ianya betul sebagai manusia dan orang islam apalah daya kita untuk menolak takdir dari allah swt.