DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 25 Mac 2012

PEMIKIRAN ADUN PERMATANG UMNO NI SAMA DENGAN MP TANJONG KARANG DS NOH OMAR, KERANA CUBA BERSIHKAN TAIK YANG HASSAN ALI TINGGALKAN... KEH KEH KEH !

Semasa Perbahasan Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, yang ketika itu perbahasan sedang disampaikan oleh ADUN N19 Bukit Antrabangsa Yb Azmin Ali... yang  menyentuh perihal bekas Exco Kerajaan Negeri Yb Datuk Hassan Ali yang melalukan ketidak telusan dalam pemberian Tender Pembaikkan Jalan di Negeri Selangor.

Dengan mengemukakan bukti sahih melalui surat yang dihantar oleh Setiausha Politik Datuk Hassan Ali dan ini menyebabkan ADUN N9 Permatang telah bangun dan mengatakan kenapa pendedahan ini dibuat setelah ADUN N17 Gombak Setia tidak lagi menjadi Exco... dan kalau intergreti Kerajaan Negeri  sepatutnya iannya tak mengira kawan atau lawan...selepas itu beliau meminta penjelasan dari Yb Azmin Ali mengenai perkara itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Umno yang mendapat rakan baru... Yb Azmin Ali mengatakan "memang seharusnya rakan dan sahabat wajar disokong atas dasar setia kawan... namun kalau pun nak disokong biarlah ia sesuatu yang benar lagi sahih dan berkenaan kenapa ianya dikeluarkan masa kini dan bukan dipersidangan DUN yang lepas".

Yb Azmin Ali berkata "Saya bersetuju kalau dokumen berkenaan ada pada awal-awal lagi dan tak jadi masalah pada Saya sama ada kawan atau lawan... kerana sy tak mahu mendedahkan sesuatu tanpa bukti sahih yang boleh menyebabkan ianya menjadi bahan fitnah... apa yang mahu ditekan disini ialah... orang mahu kononya memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja melakukan perkara tersebut dan cuba pula mahu mendepani Isu Islam, Melayu dan Raja".

Untuk pengetahuan semua DUN N9 Permatang adalah salah satu DUN yang ada didalam Parlimen Tanjong Karang P95 yang diwakili oleh Datuk Seri Noh Omar... yang juga Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani... dan sudah semestinya otak pemikiran ADUN Permatang ini boleh dikatakan lebih kurang dengan otak Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini juga cuba mempertahankan penyelewengan dalam Isu NFC yang melibatkan Keluarga Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat DatukSeri Sharizat Abdul Jalil.

Disini menampakkan pemikiran beliau yang cuba mengalihkan Isu perihal kelakuan Yb Hassan Ali dengan kegagalan Isu tersebut diketengahkan dari awal yang beliau kata ianya kejadian tahun 2010 dan sekarang persidangan DUN 2012... menurut beliau sudah 2 tahun kejadian tersebut... apakah metametik semua Yb Umno/Bn ni lemah... dengan mengatakan 2 tahun kejadian... sedangkan kalau perkara tersebut terjadi di hujung tahun 2010 ini bermakna kejadian tersebut baru 1 tahun... dan ianya bukan sesuatu yang lama bagi sesuatu pendedahan asalkan ianya bukti sahih.

Sedangkan kejadian video palsu tahun 2001 pun puak Umno cuba ketengahkan sebagai bukti tak kan perkara tahun 2010 dengan bukti sahih tak boleh diketengahkan sebagai bukti... dan dalam Isu rakaman suara yang kononya suara Mat Sabu dan Normah pada tahun 1993 pun puak jadikan Isu walaupun bunyinya macam radio perang dunia pertama yang terpaksa dibuat sari kata kerana tak diketahui apa yang dicakapkan.

Kepada pengundi Muda yang mempunyai Ibubapa dan Saudara yang berumur... cubalah terangkan perihal ADUN dan Ali Parlimen Umno/Bn yang metamatik mereka langsung tak mencapai yang sepatutnya ada pada ADUN dan Ahli Parlimen... terangkan juga kepada mereka segala penyelewengan Umno/Bn yang membuat Harta Negara dan Rakyat umpama Harta Pusaka Inggeris Penjajah Bapa Kepada Umno... keh keh keh !!!.


hemmmmm..... sebenarnya umno sekitar tanjong karang selamat dari kecundang dalam pru12 hanya kerana ianya berjiran dengan kawasan menteri besar selangor pada masa itu... namun peratusan undi umno/bn yang diterima boleh dikatakan cukup-cukup makan aje dan parlimen tanjung karang serta dun-dun dibawahnya dijangka akan dapat di menangi pr dalam pru13 nanti... umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....