DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 23 Mac 2012

DEMI NAK HALAL KAN PROJEK LYNAS TAK PASAL-PASAL MENTERI SAHABAT UMNO NI BUAT LAWAK GILA, KAH KAH KAH !


Rasanya lah kan... kalau adalah ketegori Raja Lawak Gila, inilah adegan yang akan mendapat undian paling tinggi tahap gila... sesiapa pun kalau dengar mesti gelak punya... kalau tak gelak memang lah pemikiran nya sama dengan puak-puak umno serta sewaktu dengan nya... kah kah kah !.

Cuba la bayang apabila beliau yang berucap sambil memegang alat pengukur radiasi dan mengatakan ukuran tersebut menunjukkan yang Bangunan Parlimen pun tak selamat kerana ada bacaan Radiasi yang lebih kurang sama dengan bacaan pelepasan radiasi berbahaya di loji terbiar Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Perak kah kah kah !.

Kalau yang bercakap yang bercakap tu hanya pencacai tak lah dihairankan sangat tapi apabila ianya bertahap seorang Menteri itu yang membuat kita gelak macam nak terputus urat kentut... dan ini lah yang dilakukan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata bahawa yang ada bersamanya  ini ialah alat pemantau radiasi yang untuk membuat bacaan yang diperakui.


Menurut kata beliau Sambil memegang Identifinder - alat yang digunakan untuk mengukur tahap radiasi - Ongkili berkata "yang beliau mengambil bacaan di Parlimen - di luar pintu bacaannya 0.22 microsievert/jam dan di dalam dewan 0.1 microsievert/jam... dan jika dakwaan pergerakan alam sekitar Selamatkan Malaysia Stop Lynas '(SMSL) mengenai  adalah tepat, maka bangunan Parlimen pun dalam bahaya... kah kah kah !.

"Ini kerana kadar yang direkodkan oleh SMSL semasa lawatan ke tapak loji berkenaan diperoleh berdasarkan perbandingan dengan bacaan latarbelakang Malaysia dan bukannya bacaan latar belakang lokasi itu.... bacaan 0.19 microseivert/jam di tapak bekas kilang di Bukit Merah dan 0.2 di loji sisa buangan di Bukit Kledang adalah lebih tinggi kerana perbandingan dibuat berdasarkan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu 0.05 microseivert/jam".

"Sebaliknya ia perlu membuat perbandingan dengan bacaan latar belakang di lokasi itu iaitu 0.2-0.75 microseivert/jam.... dan bacaan di kawasan itu lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di Malaysia kerana ia merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah yang menghasilkan amang yang mengandungi torium dan uranium... berdasarkan fakta itu, adalah tidak wajar Yang Berhormat Batu Gajah (Fong Po Kuan (DAP) berasa bimbang dan risau berkenaan tahap keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan itu".


"Kita turut menolak dakwaan SMSL bahawa bacaan yang direkod pada kadar 1.6 microseivert/tahun adalah melebihi tahap selamat bagi orang awam dari segi undang-undang....bacaan 0.2 microseivert/jam bersamaan 1.6 miliseivert/tahun... tetapi bacaan ini apabila ditolak bacaan latar belakang yang juga 1.6 miliseivert/tahun, bacaan akhir adalah sifar".

"Kita berjaya mengurus dan mengurangkan tahap radiasi di kawasan itu. Kita sedang pantau secara luas setiap bacaan oleh mesin-mesin Sistem Pengawasan Radiasi Alam Sekitar (ERMS) dan kita ada data bagi kawasan dalam lingkungan dua hingga 10km dari situ... kerajaan banyak belajar daripada sejarah peristiwa Bukit Merah dan Bukit Kledang dan telah melaksanakan pemantauan berkala di kawasan berkenaan sejak Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dikuatkuasakan pada 1984".

Lawak betul Menteri Sahabat kepada Umno ni... sanggup menyamakan bacaan Radiasi di Bangunan Parlimen yang terhasil dari alam semulajadi dengan bacaan Radiasi dibekas tapak loji terbiar Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Perak... yang mana banyak sudah kes-kes penduduk tempat yang mengalami kesan kecacatan akibat dari Radiasi tersebut dan sanggup membawa alat yang kononya diperakui kesahihan nya umpama lambang dacing Barisan Nasional yang sudah ketinggalan zaman, kah kah kah !


hemmmmm..... umno sanggup mengadakan apa saja kononya bukti sahih walaupun jelas kesahihan nampak tak sahih... umpama mengadakan bukti yang dikatakan video tahun 2001... tapi mutu filem macam filem perang dunia pertama, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....