DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 31 Mac 2012

EH EH !... YANG BERANGAN NAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR NI BUAT RAMALAN PULAK DAH, KAH KAH KAH !

Sedangkan Isu NFC yang dibongkarkan oleh Pakatan Rakyat (PR) memang jelas ada penyelewengan pun Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar pada mula nya dikatakan fitnah oleh PR... dan sekarang beliau cuba pula meramalkan yang BN akan berjaya merampas kembali Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) akan datang... jadi macam mana rakyat nak percaya cakap beliau... benda yang terang dan pun beliau salah... ini kan pula benda yang belum terjadi, kah kah kah !!!.

Sama ada ianya hanya untuk membakar semangat jentera Pilihan Raya Umno/Bn atau pun bagi menutup kerisauan beliau... hanya beliau saja yang tahu, tapi yang pasti ramalan beliau yang mengatakan keyakinan beliau yang Umno/Bn akan memenangi 36 kerusi dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor... langsung tidak menepati situasi dan keadaan semasa Umno/Bn Negeri Selangor keseluruhan dan Kawasan Parlimen Tanjong Karang tempat beliau wakili khas nya.

Menurut sahabat-sahabat yang berada disekitar Parlimen Tanjong Karang tempat juga bersebelahannya adalah Parlimen Kuala Selangor di Selatan dan Parlimen Sungai Besar di Utara nya... difahamkan keadaan beliau dengan Parlimen Tanjong Karang pun belum tentu beliau boleh pertahankan jikalau beliau di calonkan, inikan pula untuk memenangi Kerajaan Negeri... jauh panggang dari api berdasarkan situasi Politik Semasa Negeri Selangor yang lebih memihak kepada PR dari sambutan program yang dianjurankan.

Kalau menoleh kesekitar program Sambutan Empat Tahun Pakatan Rakyat menerajui Negeri Selangor bertempat di Parlimen Kuala Selangor yang bersebelahan Parlimen Tanjong Karang tempat Datuk Seri Noh Omar wakili dan dikhabarkan Datuk Seri Noh Omar ada didalam Bangunan Umno Kuala Selangor dimasa Program PR yang lebih kurang 2 kilometer dari tapak Stadium program PR yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri nya pada masa itu.

Sekira nya betul beliau yakin seperti yang diramalkan... sudah pasti Umno Kuala Selangor ataupun Umno Tanjong Karang akan mengadakan program bagi menyaingi program PR... dan itu tidak dilakukan kerana beliau tahu kalau dilakukan ianya hanya memberi malu kepada Umno akibat dari kurang nya sambutan penduduk sekitar Kuala Selangor dan Tanjong Karang... oleh itu beliau hanya memilih untuk duduk di dalam Bangunan Umno Kuala Selangor... serta menunggu khabar berita apakah hasil provokasi yang cuba di cetuskan, kah kah kah !!!.

Kau Orang nak tahu tak !... Datuk Seri Noh ni terselamat dari Tsunami Politik tahun 2008 adalah tempias dari Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo yang bersebelahan Parlimen Tanjong Karang... tapi dengan terkuburnya Politik Datuk Seri Khir Toyo ia juga menandakan terkuburnya Politik Datuk Seri Noh Omar yang lebih kepada budaya samseng dari budaya mengambil hati pengundi-pengundi Parlimen Tanjong Karang serta kawasan sekitarnya... dan dikhabarkan juga calon PR yang bakal menewaskan beliau jauh lebih muda dan berwatakan Pemimpin masa kini yang lebih disenangi semua golongan, tak kira muda atau tua.


hemmmmm..... sebelum hari pembuangan undi pru12... datuk seri khir toyo meramalkan negeri selangor akan sifar pembangkang... namun yang terjadi umno/bn telah kalah... kah kah kah !!!... hari ini datuk seri noh omar cuba membuat ramalan yang akan menghasil keputusan terbalik sekali lagi yang kali ini dirasakan dengan beliau sekali akan terkubur dalam pru13 insya'allah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

2 ulasan:

  1. Yang satu tu kita bagi penyapu dan yang satu ni kita bagi tong sampah kat dia.......!

    BalasPadam
  2. Err... Dato' apa jadi dengan kes adik mike yg kena tangkap?

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....