DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 29 Mac 2012

KALAU PENGERUSI SPR RASA PILIHANRAYA NEGERI PR BERASINGAN MENJADI BEBAN, ELOK LAH LETAK JAWATAN !

Mengikut kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof, yang berharap negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13... sebagai langkah menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Menurut beliau "Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya dalam temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri hari ini.

Ini berikutan kata-kata dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan bahawa pemimpin PR masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan Kerajaan Persekutuan.

Kalau lah itu dirasakan menjadi beban kepada beliau... adalah dinasihatkan supaya beliau agar meletakkan Jawatan sahaja sebagai Pengerusi SPR yang memerlukan seseorang yang bertugas mengikut garis panduan sebagai Pengerusi SPR dan bukan nya sebagai pihak yang mengkaji wajar atau tidak sesuatu Pilhanraya yang hendak di adakan.

Sudah la Penambahbaikan yang dicadangkan PSC disanggah yang mana sepatutnya diterima tanpa banyak soal... ini kerana beliau mewakili pengendali iaitu SPR dan bukan mewakili sesebuah Parti... namun nada beliau selalunya umpama mewakili sesuatu pertubuhan yang sedang menurun kedudukan nya.

Sepatutnya banyak lagi benda lain yang sepatutnya dilakukan oleh SPR umpamanya bagaimana menambah baik Sisitem Pilihan Raya Negara ini seperti yang dicadangkan PSC... atau bagaimana cara menambah bilang pengundi kerana ramai yang belum berdaftar walaupun layak... dan bukan nya bercakap soal perbelanjaan dan kesulitan jika Pilihanraya berasingan dibuat.


hemmmmm..... tapi yang pelik bila pengerusi spr bersara... nada nya mula berubah kepada semacam rakyat yang mahukan demokrasi sebenar yang berlawanan semasa mereka menjadi pengerusi spr... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

1 ulasan:

  1. Bila Pengerusi SPR bersara mereka memiliki satu kebimbangan iaitu takut dicepuk oleh rakyat. So dia cakaplah macam dia menyebelahi rakyat... ada faham?

    Samalah kot dengan sesetengah polis tu...mungkin... siapa tahu.

    Anyway saya ada cadangan untuk Pengerusi SPR, untuk membolehkan PRU13 dilakukan serentak... payah apa kau desak Najib biar Parlimen bubar sendiri....masa tu rasanya semua DUN akan terbubar sendiri juga rasanya.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....