DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 24 Januari 2012

"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA" HANYA REKAAN, APABILA TAN SRI PROF' KHOO MENGATAKAN HANG TUAH TAK PERNAH UJUD ?

Sejarahwan Negara Tan Sri Prof' Khoo Kay Kim baru-baru ini mengatakan bahawa Hang tuah tak pernah ujud dan tiada rekod tentang kewujudan Hang Tuah... begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Menurut nya "Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah... Hang Jebat yang mereka fikir amat penting.... jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya... padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik".

"Memang amat menyedihkan ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil... tetapi kita amat bagus berkonfrantasi... tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor... siapa yang pertama menjadi penjawat awam... mereka tidak tahu...90 orang daripada 100 orang yang ditanya mereka tidak dapat jawap".

"Bukan saya kata kita tidak boleh terima lagenda dan mitos... jika masyarakat telah menerima satu mitos selama beberapa abad maka mitos itu telah jadi tradisi... kalau sudah jadi tradisi... biasanya kita tidak akan mempersoalkannya lagi.... tapi kita ada hak dan boleh persoalkannya".

Menurut nya lagi "Sedangkan yang lebih penting lagi ialah pemimpin Mendailing yang mula-mula mengasaskan Kuala Lumpur... dan mempunyai bukti ada peta bertarikh 1872 yang menunjukkan asal usul Kuala Lumpur daripada Sungai Lumpur.

"Tapi nama pemimpin Mendaling... adalah antara kandungan sejarah yang hilang.... begitu juga dengan identiti Raja Chulan... yang didakwanya tidak ada orang Kuala Lumpur yang akan tahu walaupun tokoh itu penting dalam sejarah tempatan... dan yang paling menyedihkan jika warga asing mahu tahu tentang sejarah Malaysia... kebanyakan rakyat Malaysia akan hanya mampu ketawa dan berkata saya pun tidak tahu".

Menyentuh soal lagenda-lagenda yang dikatakan tak pernah ujud adakah patut digugurkan dari Sukatan Mata Pelajaran... "Bukan gugur yang penting... tapi apa yang tidak ada..... dan apa yang ada tiada... macam sekarang kalau saya tanya bilakah kereta motor datang ke negara ini... tidak tahu dan Dalam Buku Sejarah di sekolah tidak disebutkan... dan bilakah kuasa elektrik datang ke negara ini... juga tiada dalam buku sejarah... juga bilakah kapal api pertama datang ke negara ini... Semua nya pun tiada", katanya dengan kecewa.

Sementara itu  Pror' Aziz bari bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata "Di mana Perkasa.... Mana Ezam?... Kenapa tak buat repot polis soal ini.... hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah...  yang kemudianya diikuti oleh Zainal Kling.... Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud".

Tambah beliau lagi" Saya memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.... tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno/Bn harus terima juga komen saya ke atas DYM Sultan Selangor... Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya.... seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling".

Beliau yang pernah dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas itu Senator Mohd Ezam Noor telah membuat laporan polis terhadapnya... atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan... termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.

Harus diingat bahawa Tan Seri Prof' Khoo Kay Kim juga pernah berkata bahawa Malaysia tak pernah dijajah dan diikuti oleh Prof' Zainal Kling dan banyak lagi Prof' pencaci Umno serta sebahagian Pemimpin Umno... bagi menempelak Timbalan Presiden PAS Saudara Hj Mohd Sabu berkenaan Pejuang Kemerdekaan bernama Mat Indera yang dikatakan oleh mereka sebagai komunis.

Kalau dilihat sekarang ini segala sejarah Negara hanya di masukan dalam Sukatan Mata Pelajaran apabila ada memberi untung kepada Umno... dan walaupun ada perkara yang mustahak sepatut nya dimasukan didalam Sukatan Mata Pelajaran tapi kalau tiada keuntungan untuk Umno.... ianya tak kan dimasukan walaupun itu sejarah yang betul.


hemmmmm..... walaupun ini pahit didengar dan apa tah lagi untuk menerima nya.... kelahiran umno adalah bagi menipu orang-orang melayu yang dihasilkan oleh inggeris pejajah.... sebab itu nama umno pun adalah dari bahasa inggeris penjajah.... yang mana nama-nama kesatuan dan persatuan seperti kesatuan melayu muda , angkatan pemuda Insaf dan banyak lagi... semua dari bahasa melayu tetapi semua nya diharamkan oleh inggeris penjajah dan hanya umno yang dari bahasa inggeris penjajah dibenarkan kerana yang melahirkan umno ialah inggeris penjajah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

2 ulasan:

  1. Ape lah bloger bodoh ni nak percaya dengan cina sorang ni.Ko ni melayu ke apa bangang?

    Khalid Tak Gagap

    BalasPadam
  2. jangan percaya sejarah umno mmg penipu besor.....haramjadah umnok

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....