Gua Malas jugak nak KOMEN berkaitan dengan Tuang Presideng PAS gua ni beb... Al Maklum aje le nanti dikatakan yang gua ni TAK WALA' kepada Presideng PAS yang juga seorang ULAMA', tapi bila gua Tak Komen nampak pulak yang gua ni seperti Ahli Umno yang dikatakan oleh Bekas Ulul Amri Umno iaitu Tun Madey Kutty @LANUN bawahasa nya "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno... tak ke begitu beb... kah kah kah !.
Pelik Bin Ajaib betul Tuang Presideng PAS ni... hari tu dari Mulut beliau juga yang kata "Saya Tak Berkecil Hati Andai Kata Nama Saya Tidak Dimasukan Didalam KABINET BAYANGAN tersebut", maka Pung Pang Pung Pang lah pulak Penyokong Tuang Presideng Mengiyakan apa yang dikatakan oleh Tuang Presideng PAS. Macam-Macam Ada Komen yang Menyokong Kenyataan Tuang Presideng seperti Kabinet Bayang Hanya Omong-Omong Kosong... kah kah kah !.
Namun hari ini keluar lagi Kenyataan dari Tuang Presideng PAS mengatakan bahawa PAS Bersedia Menamatkan Kerjasama Dengan DAP atas sebab, Tindak Tanduk Pemimpin DAP Yang Mahu Membentuk Kabinet Bayangan Tanpa Penglibatan PAS dan PKR. Bijak Betul Tuang Presiden ya dengan Mengaitkan Parti PKR dalam PERMASALAHAN Tuang Presiden, apa ke Tuang Presideng Masih lagi BERKHAYAL dengan PIL KUDA Ciptaan Terkini... kah kah kah !.
Bukan ke Tuang Presideng sendiri yang Mengatakan Tidak Berkecil Hati Jika Nama Tuang Presideng Tidak Dimasukan Didalam Kabinet Bayang, Tak kan Tuang Presideng sudah LUPA dengan apa yang Tuang Presideng kata kan beberapa hari lepas. Atau Tuang Presideng cuba membuat PROVOKASI terhadap Pemimpin DAP bagi menampakan yang Pemimpin DAP sebagai TAMAK KUASA. Come on lah Tuang Presideng jangan lah Berpolitik seperti DNA Umno... kah kah kah !. baca sini
Kan kata yang Parti PAS adalah Parti ISLAM, jadi Berpolitik lah Cara Islam iaitu yang Betul katakan Betul dan yang Salah katakan Salah. Jangan yang Betul DICANANG bagai nak RAK tetapi yang Salah di BAKUL SAMPAHKAN, kan ianya BERLAWANAN dengan SYARIAT ISLAM itu sendiri. Tak sepatut nya gua ni Memberi TAZKIRAH kepada Tuang Presideng yang juga seorang Ulama' dan Bakal menjadi Ketua Ulama' Sedunia jika Ditakdirkan... kah kah kah !.
Yang lebih lagi MENYEDIHKAN ialah apabila Tuang Presideng mahu Memutuskan Kerjasama dengan Parti DAP hanya kerana Isu Kabinet Bayangan, dan bukan kerana Perkara-Perkara lain yang lebih UTAMA seperti Isu Pemimpin DAP Menolak Hukum Hudud. Apakah Isu Kabinet Bayangan lagi Utama dari Isu Pemimpin DAP Menolak Hukum Hudud, cuba gak Penyokong-Penyokong Tuang Presideng ni beri Jawapan Isu yang mana lagi Utama... kah kah kah !.
Oleh kerana Tuang Presideng sudah mengeluarkan Kenyataan bahawa PAS bersedia Menamatkan Kerjasama dengan DAP hanya kerana Kabinet Bayangan, baik lah kali ini gua CABAR Tuang Presideng atau pun Penyokong-Penyokong Tuang Presideng terutama nya dari Golongan yang Konon nya Ulama' Pewaris Nabi supaya Membawa USUL KELUAR dari Pakatan Rakyat (PR) didalam Mukhtamar PAS yang akan datang... ADA BERANI... kah kah kah !.
Jangan hanya MENYALAK Pung Pang Pung Pang namun masih lagi Duduk Bersama didalam PR, buktikan yang PAS Parti BERMARUAH jika benar yang PR tidak Memberi MANAFAAT kepada Parti PAS dan Perjuangan PAS. Buat apa lagi Duduk Bersama didalam PR jika sudah Diketahui bahawa Parti DAP dan PKR adalah Parti yang Menolak Hukum Hudud. Janganlah jadi seperti Hidung Tak Mancung Dan Pipi Tersorong-Sorong... Malu lah Sikit... kah kah kah !.
Kenapa tidak dicari TITK PERSAMAAN dalam Perjuangan Membela Rakyat, kenapa Harus dicari TITIK PERBEZAAN yang boleh membawa KECELAKAAN Lebih Besar kepada Rakyat jika sampai Umno/Bn boleh terus Menang dan menjadi Kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. Jangan hanya kerana Mementingkan Kelompok dan Golongan tertentu maka Rakyat yang Menerima Akibat nya... Fikir-Fikirkan lah Tuang Presideng... kah kah kah !. sumber MI
hemmmmm..... ada yang kata jika berlaku serpihan dari parti pas ianya tidak akan kekal lama seperti yang lepas-lepas... mungkin dulu ianya betul tetapi dalam suasana politik masa kini ianya mungkin tidak beb... kah kah kah !.
