DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 11 September 2014

(Video) : Pilihan Memecah belahkan PAS Cara Segelintir Ulama' Menyelesaikan Masalah Yang Dibangkitkan Ahli PAS





Jika beginilah cara Segelintir Ulama' didalam Parti Islam Semalaysia (PAS) menyelesaikan Masalah yang dibangkitkan oleh Ahli PAS maka jawapnya Ahli PAS tiada Pilihan lain selain dari MENURUNKAN Presiden PAS dalam Pemilihan PAS yang akan datang. Jelas dan Terang Tindakan yang Disarankan oleh Segelintir Golongan Ulama' hanya MENJURUS kepada PERPECAHAN dalam PAS dengan Menyarankan supaya Ahli PAS KELUAR dari PAS jika tidak bersetuju dengan Tindakan Presiden PAS.

Apakah dia orang ingat Parti PAS adalah Kepunyaan Harta Pusaka Mak Bapak dia dengan Sesedap Mulut sahaja Menyuruh Ahli PAS supaya Keluar dari PAS, kenapa tak cakap supaya Menentang Presiden dalam Pemilihan Parti PAS yang akan datang atau pun Mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA kepada Presiden PAS dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Bukan kah itu lebih kepada Menjaga Keutuhan PAS dengan Menyerahkan kepada Ahli membuat Keputusan.

Segelintir Pemimpin PAS kena Ingat yang PAS bukan nya kepunyaan Harta Pusaka Mak Bapak dia orang, PAS adalah Petubuhan yang BERDAFTAR dan PAS adalah Kepunyaan Ahli-Ahli PAS. Jadi jangan dibuat PAS seperti Kepunyaan Pemimpin, jika Segelintir Ulama' boleh berkata "Jika Ahli PAS yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dinasihatkan untuk keluar parti secara terhormat"... maka Ahli juga boleh berkata sebaliknya kepada Segelintir Ulama'.

Mungkin Segelintir Ulama' hendak mendengar Ahli-Ahli PAS mengatakan "Mana-mana Pemimpin yang Tidak Mengikut Keputusan apa yang telah diputuskan oleh SYURA dan Tidak mengikut Perlembagaan Parti PAS supaya keluar dari PAS dan Menubuhkan Parti yang disukai". Tidak kah ianya akan Memecahbelahkan PAS jika Ahli Menyahut apa yang dikatakan oleh Segelintir Ulama' atau pun Segelintir Ulama' Menyahut apa yang disarankan oleh Segelintir Ahli PAS.

Jika ianya terjadi Siapakah yang Untung dikala itu ?... boleh tak Segelintir Golongan Ulama' tolong Menjawap Soalan Siapakah yang Untung jika terjadi Ahli PAS Menyahut Saranan Segelintir Golongan Ulama' dan Segelintir Ulama' Menyahut Saranan Segelintir Ahli PAS. Apakah ini yang dikatakan Sayangkan kepada PAS tetapi Sanggup untuk Menyuruh Ahli PAS yang Membangkitkan Masalah yang Berbangkit serta Mengkritik Presiden supaya Keluar dari PAS.

Tolong jadi Cerdik sedikit dan jangan jadi seperti Umno dan Pemimpin Umno bila sahaja Mengkritik Kerajaan maka dikatakan Tidak Sayangkan Negara, bezakan antara Mengkritik Presiden dengan Mengkritik Parti. PAS telah melalui berbagai Pengalaman termasuk Presiden juga Pernah DITURUNKAN oleh Ahli, apakah itu boleh dikatakan yang Ahli PAS tidak Taat kepada PAS. Oleh itu jangan MEMPERBODOHKAN Ahli antara Taat kepada Presiden sama seperti Taat kepada Parti.

Apakah Segelintir Golongan Ulama' dalam PAS mahukan Ahli nya sama seperti Ahli Umno ya itu mahu Ahlinya hanya AKUR dan MENGANGGUK seperti Burung Terkukur apa sahaja yang dilakukan oleh Pemimpin. Seperti yang diketahui ramai tak salah jika Pemimpin Umno mahukan Ahli Akur dan Mengangguk Apa Saja kerana PRA-SYARAT UTAMA untuk menjadi Ahli Umno ialah ada nya DNA Bebal Melantun-lantun Macam Getah Skrub semasa memohon menjadi Ahli Umno.

Disini gua CADANGKAN supaya Presiden PAS DITENTANG dalam Pemilihan Parti PAS yang akan datang jika beliau dan Penyokong beliau masih menyuruh Ahli PAS supaya keluar dari PAS, kerana ianya Jelas lain tak bukan hanya untuk Memudahkan Kerja-Kerja MEMECAHBELAHKAN PAS setelah Ahli-Ahli PAS yang Mengkritik Kepimpinan PAS keluar dari PAS. Namun sebagai Manusia memang tidak lepas dari Melakukan Kesilapan tetapi Mesti Mengakui Kesilapan jika melakukanya. Wallahualam... Takbir


hemmmmm..... siapa ya yang paling suka jika terjadi perpecahan didalam pas dengan ahli pas yang mengkritik presiden keluar pas... cuba bagi tau sikit beb siapa yang paling suka... kah kah kah !.

4 ulasan:

  1. Berpuluh-puluh tahun parti Lebai Kampong (PAS) ini berceramah di serata kampong dan desa serta penempatan persendirian bertujuan memberi penerangan terhadap visi dan misi parti kepada rakyat setempat bertujuan menyedarkan dan menarik orang ramai untuk masuk sebagai ahli parti mereka. Tetapi kini apabila pengaruh parti dah mula melebarkan sayapnya ke negeri-negeri pantai barat semenanjung, maka dengan ego dan tidak menggunakan akal yang waras para pemimpin PAS sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. Apakah bezanya mereka dengan UMNO sekarang? Tiada bezanya kecuali lebai dan serban yang di atas kepala itu sahaja sebagai kelainan, yang lain sama sahaja perangainya. Adakah mereka (pemimpin PAS)fikir sekiranya mereka mencabar begitu maka boleh menutup mulut ahli bawahan mereka? Tidak sekali-kali malah protes senyap pengundi bawahan PAS adalah yang paling ditakutkan. Sekiranya peringkat bawahan (akar umbi) ini berpaling tadah atau merajuk maka untuk memujuk mereka akan mengambil masa 3 kali ganda ke hadapan dari masa yang diambil untuk memujuk mereka supaya berjinak dengan PAS suatu masa dahulu. Nampaknya PAS akan balik ke takuk lama dan lebih suka dipanggil parti Lebai Kampong.

    BalasPadam
  2. Sudah nyata golongan ulamak sebegini tidak ingin bukan jenis ulamak bersama dan meminpin Pas .mereka seolah2 memandang hina golongan profesional .sikap dan kenyataan bebrapa ulamak yang mengaku ada imu tapi jiwa macam syaitan yang lupa diri bagaiman golongan profesioanl menaikan Pas.Golongan ini lupa diri.menang ahli Parlimen atas sokongan siapa.Ego,sombong dan takbur.TUNGGU masa hampir tiba PAS akan HANCUR di sebabkan golongan ini yang menjadi kumanya.Bencinya aku kepada golongan ini biar pun akau adalah ahli Pas seumur hidup.Aku mohon Golongan profesional membuat satu keputusan yang bijak.jangan jadi seperti ulamak yang mengaku berjuang dengan islam tapi hati busuk sampai ke hujung buntut.lebih busuk dari Umno.

    BalasPadam
  3. Apa yang di buat oleh President Pas tepat dgn Islam, sebagai ketua dalam Gerakan islam, tok guru Hj Hadi betul, jadi jgn ada Ahli pas yg kianat. Sila masok umno atau Pkr kalau tak setuju.

    BalasPadam
  4. Izinkan saya beri sedikit pandangan..kalau saf sembahyang baru nak dimulakandengan artikata sembahyang jemaah baru hendak dimulakan..memanglah begitu hukumnya...kalau dari awal dah tak yakin dgn imam...batallah kalau diikuti imam begitu sepertimana kata Tuan Dr. Masalahnya sekarang bukan baru nak ikut dah lama dah ikut..tengah2 solat imam tertinggal rukun...maka datanglah makmum mengingatkannya..tapi tak nak dengar..so takkan kena mufaraqah pulak...setakat saya belajar yang jahil ni...tak boleh mufaraqah..tapi kena naik tempat imam ganti imam tersebut supaya solat jamaah itu ok dan tidak membatalkan makmum yang lain...sebab mereka ikut imam yang telah batal kerana meninggalkan rukun .... dalam politik semasa rukun bertahaluf siasi!!!...Ke macam mana?????

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....