DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 7 September 2014

Presiden PAS Kata Bukan PAS Yang Pertama Berjumpa Ku Li, Kenapa PKR Dan DAP Seperti Orang Pekak


Biar betul beb, menurut kata Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mula-mula mahukan Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah adalah Parti PKR dan Parti DAP, oleh itu bukan nya Parti PAS seperti yang didakwa oleh Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli. Jadi gua rasa bukan gua sahaja yang hendakkan Kepastian tetapi rasanya lu orang pun tak kira sama ada Penyokong PAS, PKR mahupun DAP juga mahukan Kepastian akan Dakwaan Presiden PAS seperti yang dibawah ini.

Menurut Presiden PAS "Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh (Ku Li) ialah PKR, Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS. Kita pun pujuklah dia masuk PAS, Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional".

Masuk kesaat ini rasanya sudah hampir 40 jam Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, namun tiada satu Kenyataan pun yang keluar dari Mulut Pemimpin PKR dan DAP sama ada Mengiyakan ataupun Menyanggah Kenyataan Presiden PAS tersebut. Tak pasti gua apa yang sedang dia orang lakukan disaat ini sama ada sedang Mencucuk Satay Kajang atau pun sedang Membakar Satay Kajang, atau mungkin sedang Menikmati Keenakan Satay Kajang... kah kah kah !.

Lu orang Pemimpin PKR dan DAP kenapa Senyap Seribu Bahasa, apa lu terlampau Asyik Menikmati Keenakan Satay Kajang ke sampai tak ada masa untuk mengeluarkan kenyataan sama ada Mengiyakan atau pun Menyanggah kenyataan Presiden PAS tersebut. Apa lu orang sudah TERSEDAK hingga TERCEKIK Satay Kajang bila mendengar kenyataan dari Presiden PAS, terutama nya Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli yang mula-mula mengatakan bahawa PAS pergi berjumpa Ku Li.

Mungkin apa yang dikatakan Rafizi tersebut itu betul, cuma nya beliau tidak katakan ialah PKR adalah terlebih dahulu pergi Meminang Ku Li tetapi Pinangan PKR tersebut telah ditolak oleh Ku Li. Selepas itu DAP pula telah pergi Meminang namun Hasil nya tetap juga sama iaitu Ditolak, dalam kata lain ialah Ku Li tidak HEINGINNN untuk berkahwin baik dengan PKR mahupun DAP. Oleh itu PAS telah Disarankan supaya Meminang Ku Li namun tetap gagal kerana Ku Li hendak bersama Umno/Bn sampai Khiamat.

Sekali lagi gua ingatkan kepada Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak Menjadikan Muka lu orang seperti KERANG BUSUK dan Terhegeh-Terhegeh dengan pergi Meminang Pemimpin Umno/Bn bagi Menyertai Parti dalam PR. Apa kah lu orang yang dikatakan Cerdik dan Pandai dalam Politik tidak dapat membaca Bahasa Badan seseorang Ahli Politik sama ada Suka atau Tidak terhadap Parti lu orang, jangan jadikan Muka lu orang umpama ditampal dengan Kulit Babi 14 Inci seperti Muka Pemimpin Umnno... kah kah kah !.


selepas
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dan-dap-yang-minta-pas-pujuk-ku-li-kata-hadi#sthash.mLCohOAv.dpuf
hemmmmm..... andai kata lah pemimpin-pemimpin dalam pr ni seperti adik-adik gua rasanya sudah lama dia orang dapat penampar gua beb... nak dikatakan bodoh tapi nampak cerdik dalam politik namun kadang-kadang kebodohan dia orang mengalahkan kebodohan yamg ada pada ahmad maslan 3.85... kah kah kah !.
," - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dan-dap-yang-minta-pas-pujuk-ku-li-kata-hadi#sthash.mLCohOAv.dpuf

5 ulasan:

  1. Perkara ajak masuk parti memang lumrah semua parti dlm demokrasi. Tapi apa yg dinyatakan Rafizi pemimpin PAS jumpa Anwardan mahukan tengku li jadi PM jika PR menang PRU13. Agak2 kalau umno/bn menang kemudian najib kata nak lantik TGHH jadi PM kat MCA, MCA, Apa kata mereka kat najib? Lu punya otak ada betul ke?

    Dari segi ilmu Islam saya tabik kpd ulama PAS tetapi dari segi politik kurang berkesan dan matang. Kerjanya merayu undi pd org bukan melayu sokong mereka. Kita tahu org bukan melayu tolak umno/bn sebab itu mereka undi PR. Bila menang PAS pulak nak bersama umno atas semangat melayu. Spt kata Nabil : Lu fikirlah sendiri!

    ABU- Asal Bukan Umno

    BalasPadam
  2. TGHH kata krew kapal di dek bawah nak tebuk kapal sebab nak mudah minum air... sapa kata depa nak tebuk kapal? Nampak sangat kapten dah mabuk laut sebab lama sangat mendarat.

    Krew dek bawah sekarang berkira-kira nak tarik telinga kapten kapal yang mabuk laut yang lambat beri air pada krew dek bawah.

    Kalau kapten masih mabuk dan bawak kapala nak rempuh kapal-kapal kawan sebab dengar nasihat kapal-kapal musuh, krew dek bawah berkira nak bawak kapten kapal berehat di dek bawah bersama rakan-rakannya yang mabuk.

    Kalau kapten yang masih mabuk laut berdegil tak mahu berehat di dek bawah, malah mengancam keselamatan krew-krew kapal yang lain, maka krew-krew kapal berkira-kira nak minta kapten yang tengah mabuk laut tu masuk ke sampan dan bolehlah ke kapal pihak musuh.

    Kalau kapten masih mabuk dan enggan berehat di dek dan enggan naik sampan ke kapal musuh sedangkan tindakannya membahayakan kapal, maka krew kapal tiada pilihan melainkan meminta kapten kapal dan pengikut-pengikut untuk berjalan atas papan untuk hukuman terjun ke laut... nasiblah selepas tu.

    Macam kapal lanun pula nampaknya hukuman ni.... tapi apa boleh buat kapten buat perangai nak deal menangkan musuh.

    BalasPadam
  3. Pada pandangan aku, mengajak T Razaleigh mengajak masuk parti PKR tidak sama dengan melantik T Razaleigh jadi ketua kepada Pakatan Rakyat.

    PKR mengajak T Razaleigh masuk PKR adalah untuk menarik minat dan sokongan bekas ahli semangat 46 dan sebahagian dari melayu UMNO Baru agar menyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

    Tapi kalau mengajak T Razaleigh masuk PKR untuk diangkat jadi Perdana Menteri memang cadangan itu tidak masuk akal.

    Dari peringkat berkempen lagi Anwar sudah menonjolkan dirinya sebagai perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang pilihanraya. Dan cadangan itu telah disokong oleh parti DAP.

    Mana mungkin Pakatan Rakyat menang serahkan jawatan perdana menteri kepada parti lain yang mentadbir ?

    Oleh kerana itu jika Hadi Awang mengatakan PKR yang dulu mengajak T Razaleigh masuk parti PKR, aku memang setuju.

    Tapi yang membuatkan ramai orang sakit hati seperti yang dikatakan oleh Rafizi apabila Hadi Awang dengan beberapa orang kuncunya jumpa Anwar dan mencadangkan agar T Razaleigh diangkat sebagai PM jika Pakatan Rakyat menang.

    Ketika itu keputusan T Razaleigh adalah muktamad tidak mahu masuk mana-mana parti pembangkang.

    Itu adalah salah satu cadangan paling gila dari Hadi Awang sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.

    Ia juga adalah punca utama keretakan antara PAS dengan PKR walaupun bahagian luaran nya dilihat seperti amat baik dan berkerjasama.

    Langkah Kajang adalah untuk melantik Anwar jadi ADUN yang membolehkan beliau jadi menteri besar Selangor kerana PKR sudah menghidu bahawa Khalid telah ditawan oleh PAS untuk berkerjasama dengan UMNO Baru.

    Kita tidak menjawab apa yang dinyatakan oleh Hadi Awang berkaitan dengan T Razaleigh kerana isu itu sudah tidak berguna untuk dipertahankan.

    Pada pandangan aku, penyokong PR perlu fokas dan bersedia menghadapi apa saja tindakan Hadi Awang dan kuncu-kuncunya yang cuba mempengaruhi raja berperlembagaan Sultan Selangor agar menolak pencalonan Wan Azizah dari dilanti sebagai menteri besar Selangor.


    BalasPadam
  4. Aku setuju dengan cadangan kita tarik telinga kapten yang mabuk laut dan suruh dia dan juak2 dia berdiri atas dan terjun ke laut semoga kapal yang satu lagi tolong ambil mereka dan di jadikan sebagai kapten macai.Dan memnag tak masuk akal nak ajak Tengku Razaleigh bila menang nak lantik dia jadi Pm.Biul betul kepala kapten ni,dia nak kelentong orang biarlah dia sedar dia mabuk ke atau sedar diri

    BalasPadam
  5. Saya memang setuju dengan komen2 di atas. Apakah salahnya kalau kita ajak orang masuk parti kita. Ini politik demokrasi. Tapi Hadi Langau ini nak Ku Li jadi PM kalau Pakatan menang. Apa punya gila. Nampak sangat Haji Hadi ini tak berada cerdik.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....