DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 19 November 2012

(VIDEO) MAK Aiii !!!... KATA PERJUANGAN HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR... BARU DENGAR DO'A AJE DAH MENGGELUPUR... KAH KAH KAH !

Sebenarnya gua TERPANGGIL untuk MENGULAS isu DO'A PAS semasa Perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad di Kota Bahru kelmarin ialah apabila membaca N3 blog-blog lain... seperti biasa lah kalau membaca diblog PENCHACAI UPAHAN UMNO mesti lah mengatakan do'a tersebut SALAH dan TAK BETUL... mungkin kerana do'a tersebut ada menyebut perkataan KO BN dan JAHANAMKAN UMNO... atau dalam bahasa yang lebih SEDAP didengar ialah MAMPOS BN dan MAMPOS UMNO... kah kah kah... dan kalau membaca pulak diblog PENCHACAI PAKATAN RAKYAT (PR) atau BARUA PR macam blog gua ni... sudah tentu gua katakan APA SALAHNYA dengan do'a tersebut beb... tak kan nak suruh PAS berdo'a mengatakan biar UMNO HIDUP dan TERUS memerintah... kah kah kah !.

Apa barang lah Umno dan ISI PERUT nya ni beb... orang lain BERDO'A dia yang MENGGELUPUR dan MENGGELABAH... kata PERJUANGAN HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR tapi baru dengar DO'A aje dah BERANTAKAN 1 UMNO... kah kah kah... apa yang lu orang menggelabah dan menggelupur macam dengar BALA nak datang aje beb... kata PERJUANGAN lu orang BETUL dan DIREDHAI ALLAH... pulak ada SLOGAN tu berbunyi ALLAH BERSAMA UMNO... jadi kalau dah RASA perjuangan lu orang betul dan ALLAH bersama Umno... sepatutnya lu orang TAK PERLU menggelabah dan menggelupur beb... atau lu orang TAKUT akan DOSA-DOSA lampau yang dilakukan oleh Umno/Bn... kah kah kah !.

Gua cakap kat lu orang apa bezanya kalau orang Umno berdo'a seperti "YA ALLAH YA TUHAN KU... ENGKAU BERKATILAH PERJUANGAN KAMI DIDALAM UMNO... YA ALLAH YA TUHAN KU... ENGKAU HIDUPKAN TERUS PARTI UMNO SEHINGGA MENCAPAI CEMERLANG... GERMILANG DAN TERBILANG"... kalau dah lu orang suruh terus hidupkan Umno habis tu PARTI-PARTI lain macam mana beb... mesti lah kalau nak Umno Hidup bermakna MEMAMPOSKAN PARTI-PARTI lain... kah kah kah... cuma BEZA nya adalah PERKATAAN sahaja... maksud yang TERSIRAT adalah sama... jadi jangan lah ingat cara lu orang BERDO'A aje yang betul beb... kah kah kah !.

Yang LAWAK nya lagi lu orang Umno ni beb ialah seolah-olah do'a yang dibaca oleh PAS tersebut 100 peratus COMFIRM akan DIMAKBULKAN oleh ALLAH SWT... kah kah kah... sebab itu lu orang MENGGELABAH dan MENGGELUPUR bagaikan GILA BABI beb... macam dah TERASA aje yang Umno/Bn tu BAKAL KO atau MAMPOS... kah kah kah...  orang lain nak berdo'a APA SAJA itu orang PUNYA HAL lah beb... yang lu SIBUK-SIBUK APA HAL... kah kah kah... apa lu orang TAK YAKIN dengan KEBENARAN perjuangan Umno ke... apa lu orang ingat ALLAH SWT tu TAK MENGETAHUI ke beb... tapi jangan pulak lu orang INGAT yang SELAMA ini do'a lu orang DIMAKBULKAN oleh ALLAH SWT sehingga dapat MEMERINTAH selama 55 tahun dan terus BERANGGAPAN yang Umno itu BETUL ya beb... kah kah kah !.

Kalau dengan beranggapan bila saja DO'A dimakbulkan itu bermakna BETUL... lebih baik lah lu orang JANGAN lagi berdo'a untuk RAKYAT PALESTINE beb... sebab sudah BERPULUH TAHUN Orang Islam seluruh DUNIA mendoa'kan KESEJASTERAAN dan KEMENANGAN Rakyat Palestine keatas ISRAEL... tapi tiap-tiap kali itu juga lah Rakyat Palestine TAK SEJASTERA dan TAK MENANG... apakah itu TANDA nya Israel BENAR dan DIREDHAI ALLAH SWT... gua tak payah nak JAWAP sebab gua rasa BAB nak mengatakan Israel itu SALAH memang lu orang PANDAI beb... kah kah kah... oleh itu jangan ingat bila do'a dimakbulkan itu BERMAKNA BETUL... oleh itu lu orang TAK PAYAH lah nak kata yang do'a PAS tu SALAH dan hanya do'a lu orang Umno aje betul... kah kah kah !.



hemmmmm..... gua teringat kisah seorang yb dari pas yang mengatakan orang kristian di serawak berdoa supaya negara ini menjadi negara kristian... nampak sangat otak yb ni ada masalah beb... dah nama nya pun orang kristian... tak kan nak do'a kan untuk agama islam... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan beb... heeeee... A B U.

8 ulasan:


  1. Abang saya yang menjadi ahli PAS yang tegar telah memberitahu saya bahawa PAS telah menyimpang jauh hingga sanggup memutuskan pertalian kekeluargaan hanya kerana parti. Katanya tidakah abang rela mendoakan abangnya hancur hanya kerana politik dunia. ia cukup sugul dan sedih kerana agama diperjudikan kerana perebutan kuasa. DAP tak pernah pun doakan saudara seagamanya dalam MCA atau MIC hancur!!!


    Apakah PAS telah kehabisan usaha untuk mendapat kemenangan sehinggakan sanggup berbuat demikan. Belumpun menang, PAS rela mendoakan kehancuran pada parti UMNO/BN yang dia tahu ahli UMNO ramai yg Islam, kalau menang tentunya dia sanggup menyembelih ahli UMNO.

    Apa ajaran yg PAS bawa sekarang? adakah mereka ini syiah!!!

    Nabi Muhammas SAW pun tak pernah mendoakan kehancuran kepada Abu Jahal malah sentiasa memanjatkan mendoakan agar mereka menerima Islam?

    BalasPadam
  2. Tuan Tanpa Nama tak perlu risau.. doa PAS yang 'jauh menyimpang jauh' mungkin tidak dimakbulkan Allah.

    BalasPadam
  3. saudara tanpa nama
    sila rujuk surah ke 4 terakhir dalam AL-QURAN trima kasih...!!!!

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..doa nya memusnahkan umno..bkn doa menghancurkan individu..tlg fhm yg tu..klo ayat "Abang saya yang menjadi ahli PAS yang tegar telah memberitahu saya bahawa PAS telah menyimpang jauh" tu teman dh knl benor dh pun.. :-) xpayah la nk berdalih lg..

    BalasPadam
  5. kalo dah diaminkan oleh lebih 50 ribu orang dalam stadium tu dengan penuh khusyuk, InsyaAllah Allah akan memperlihatkan kebenarannya.....

    BalasPadam
  6. abg lu asan ali atau nasa??. kahkahkah

    BalasPadam
  7. PAS parti Ajaran Sesat sepatutnya PAS tak bawa org solat hajat ramai2 ke stadium.. Lebih baik PAS panggil artis n buat persembahan nyanyi biar anak muda melompat2 itu baru nampak islamik itu baru dinamakan bersederhana.. Bukan gitu UMNO

    BalasPadam
  8. Kepada Sdra yg menyatakan:sila rujuk surah ke 4 terakhir dalam AL-QURAN trima kasih...

    Surah Al-Nahl yg bermaksud:

    Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

    Parti mana yg mengafirkan org Islam kalau tidak PAS. PAS juga menyatakan nak masuk syurga pilih PAS. Kalau begitu seluruh umat Islam di dunia perlu diajak masuk PAS agar dpt masuk Syurga!!.

    Nabi Muhammad SAW pemimpin sebenar-benarnya amalan dan sunahnya tidak pernah menjadi tauladan semua.

    PAS hanya mempunyai ulama tetapi tidak mempunyai roh keislaman yg sejati. Memutarkan ajaran Islam bagi memenuhi kepentingan politik bukan utk menegakkan Islam sebenar.

    Masyarakat dah muak dgn gelagat pemimpin PAS (kecuali Ust Nasharuddin yg dilihat mampu menjadi pemimpin yg terbaik dimasa hadapan bukannya MAT Sabu yg tak tahu apa). Lebih menyedihkan ramai kalangan pemimpin ulama PAS terpaksa menutup mulut takut menyatakan sesuatu hanya kerana kepentingan politik bukan kerana Islam.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....