DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 16 Mac 2012

PINJAMAN NFC FAEDAH 2 %, PINJAMAN RUMAH RAKYAT MISKIN FAEDAH 6.5 %, BACA APA KATA MENTERI UMNO YG TAK BERTANDING NI !

Mungkin bila Pemimpin Umno dan Penyokong Terpilih Umno merangkap pencacai megatakan RM82 tidak berapa memberi kesan jika penurunan kadar faedah dibuat keatas pijaman Rumah Rakyat Termiskin... jelas ini menunjukkan sikap dan perangai mereka yang sebenar terhadap permasalahan rakyat miskin... Sedangkan projek NFC untuk menjadi kaya raya ala Maha-Firaun hanya dikenakan kadar faedah 2% manakala Perumahan Rakyat Miskin dikenakan kadar faedah 6.5% dan pemimpin Umno ni masih boleh lagi mengatakan kalau turun kadar faedah kepada 2.5% bezanya cuma RM82 sahaja dan ianya terlalu kecil.

Tidak kah pemimpin Umno tahu beza antara Perumahan Rakyat Miskain dengan Projek Untuk Jadi Kaya Raya Ala Maha-Firaun... atau pemimpin Umno hanya mengaku perihatin nasib rakyat miskin hanya sekadar hendak menipu rakyat miskin demi mendapatkan kuasa... apa beza antara perangai Along dengan sikap Pemimpin Umno... Along juga mengatakan mereka menolong orang... dan kata tolong mesti ada upah maa... wajar  mereka berkata begitu sebab mereka Along dan gunakan Wang Mereka Sendiri untuk menolong orang walaupun kesudahanya ada unsur penindasan.

Akan tetapi Pemimpin Umno adalah mewakili rakyat yang kalaupun tak semua namun sebahagian adalah rakyat yang memilih mereka... dan mereka sepatut menjalankan tanggungjawap sejajar dengan keperluan rakyat kerana apa yang mereka gunakan adalah hak rakyat dan bukan Harta Pusaka Inggeris Penjajah Bapa Kepada Umno Yang Punya.

Cubalah amati kata-kata Pemimpin Umno yang wajar ditolak oleh rakyat walau dimana pun beliau bertanding... Menurutnya "Sekiranya kadar tersebut diturunkan kepada 2.5 peratus, ia akan berkurangan RM161. perbezaan cuma RM82... ini hanyalah helah pembangkang... jika mereka hanya bayar RM124 sebulan... ia akan mengambil masa 50 tahun dan ada masa itu mereka mungkin sudah meninggal dunia sebelum dapat menikmati kelebihannya".

Kalau diamati kata-kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu di Parlimen Raja Nong Chik Raj Zainal Abidin  ini memang beliau tidak tahu atau buat-buat tak tahu tentang metametik... yang mana lagi tinggi kadar faedah lagi tinggi bayaran nya... dan kalau pun lama baru rakyat miskin dapat menyelesaikan hutang rumah... apa masalah nya kalau dah memang mereka rakyat miskin.

Kononya pemimpin Umno pandai dan berjiwa rakyat... tak kan masalah rakyat yang 20,000 penyewa rumah DBKL pun tak boleh ditolong yang hanya melibatkan perbelanjaan RM1.5 bilion... sedangkan kerugian di zaman Tun Madey selama 22 tahun dianggarkan hampir RM100 bilion lebih yang diketahui... belum lagi yang tak diketahui... dan hanya baru sekarang BR1M RM500 dirasai Rakyat Miskin setelah 50 tahun Umno/Bn memerintah itu pun setelah keadaan Umno/Bn tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sebab itu juga lah DEB yang mensasarkan 30 % pegangan ekuiti bumiputra tak pernah tercapai walaupun RM1.3 trilion dihabiskan dalam masa 20 tahun... kerana kata-kata untuk membasmi kemiskinan kaum bumiputra hanya drama dan lakonan... sedangkan kekayaan negara yang banyak mendapatnya hanyalah Pemimpin Umno/Bn dan Penyokong Terpilh Merangkap Pencaci sahaja.


hemmmmm..... cuba kau orang bahagikan berapa jawapan kalau rm500 bahagi 50 tahun... jawapan nya rm10 1 tahun (365 hari)... bahagikan pulak rm10 dengan 365 hari... jawapan nya rm0.028 sen 1 hari... 3 sen 1 hari pun tak sampai... itu pun pemimpin umno masih berbangga macam duit pusaka inggeris penjajah bapa umno yg punya... dan sudah tentu rm82 satu nilai besar kepada rakyat miskin didalam bandar kuala lumpur...  kena suruh pemimpin umno masuk kelas metametik lagi... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....