DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 2 Februari 2012

HAPUSKAN TOL, KM LGE SANGGUP BERDEBAT WALAU DALAM RUMAH UMNO SEKALI PUN... JAGA-JAGA LGE NANTI DIA SURUH HANG BERSUMPAH LAKNAT... KAH KAH KAH !


Satu lagi cabaran debat antara Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan dianjurkan oleh Sketriat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung matlamat pembangkang untuk menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini.

Melalui Sketriat Pemuda Pakatan Rakyat Syed Mikael Rizal Aidid berkata "debat dicadangkan pada 29 Februari ini di Dewan Besar MPSP, Sungai Dua, Tasek Gelugor... ini bagi membuktikan kesungguhan mereka mempertahankan hujah bahawa tol di lebuh raya perlu dimansuhkan untuk faedah rakyat... dan kubu kuat Umno Tasek Gelugor untuk dijadikan gelanggang perdebatan".

"Ini adalah untuk menunjukkan pada beliau dan rakyat... bahawa pimpinan PR tidak pernah gentar untuk mendedahkan kebenaran dan membela nasib rakyat hatta di lubuk BN itu sendiri... Pihak kami juga bersyukur dan rasa memadai andai debat ini hanya disaksikan oleh ribuan rakyat Pulau Pinang dan kita percaya ianya tidak akan disiar di media televisyen arus perdana".

"tindakan Kerajaan untuk mempertahankan kutipan tol di saat rakyat menderita dengan kos hidup yang semakin membelit... adalah tindakan yang  sangat tidak wajar... Ini bukan soal politik lagi... bila rakyat diperah untuk menjayakan PLUS sehingga konsesi tamat pada tahun 2038! Ini sudah gila!".

"Ini ditambah buruk... bila rakyat mengetahui bahawa projek lebuhraya terpanjang di Malaysia iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini telah mengaut keuntungan sebanyak 308 peratus... bersamaan dengan keuntungan RM18 bilion bersih...  iaitu selepas ditolak kos asal projek sebanyak RM6 bilion! katanya.

Tambah nya "adalah tidak adil apabila rakyat yang melarat terus ditekan... hanya kerana kegagalan Umno dan BN mentadbir negara ini dengan amanah... Sebelum ini PR pernah mencadangkan supaya tol di lebuh raya dihapuskan selepas menyedari konsensi mengutip tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hanya akan berakhir sehingga tahun 2038 tetapi ia nya ditolak oleh Kerajaan dengan alasan Tak Masuk Akal".

Oiii... Pemimpin Umno hangpa tak tahu malu ke hah !!! apasal tak mahu debat ? takut tembelang hangpa pecah ka ? LGE bukan ajak debat dalam bahasa cina... dia ajak debat dalam bahasa melayu... atau hangpa dah tahu berdebat dalam bahasa melayu... atau nak ikut macam Ketua Pemuda Umno yang hanya nak berdebat kat Luar Negara... itu pun tajuk dia pilih... kah kah kah !!!.

Nanti kalau cakap belakang hangpa kata PR hanya tahu mengumpat saja... ini bila ajak berdepan... hangpa pulak buat bodoh.... kata pemimpin hangpa nak kan Demokrasi Terbaik... macam mana nak Demokrasi Terbaik... ada ka Demokrasi Terbaik asik nak umgok aje... malu la oiiiii... tak kan hanya pandai buat fitnah dan provokasi aje !!!.


hemmmmm..... mintak-mintak jangan lah pemimpin umno dan pencacai umno suruh lge bersumpah laknat... bukan apa risau gak bila teringatkan kata-kata tun mahathir bahawa melayu umno mudah lupa  kah kah kah !!!  umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....