DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 26 Januari 2012

PERMAINAN "AKU JIMAT" CUKUP MENGHAIRANKAN SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN TETAPI DITARIK DARI PASARAN ? ATAU MUNGKIN AKAN ADA AKU BOROS !

Permainan Aku Jimat yang dipercayai di ilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN) nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple, sebelum itu Permainan Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa sumber berita melaporkan mengenainya.

Permainan tersebut telah diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna... ianya telah dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga USD0.99 setiap muat turun, namun tidak diketahui punca sebenar kenapa aplikasi permainan itu dibuang... kerana kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Menurut sumber Malaysiakini yang telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple, namum sehingga kini masih belum mendapat jawapan dari syarikat tersebut... sebelum ini syarikat pemajunya berkata "permainan itu adalah untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung sejak kecil dan lebih awal untuk berjimat cermat... dan seseorang jika berjimat...  maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

Satu perniagaan yang menguntungkan telah ditarik dari pasaran.... hairan hairan.... atau pun menarik nya dari pasaran lagi menguntungkan dalam masa yang cepat... tak mungkin kalau sesuatu yang menguntungkan akan ditarik  dari pasaran tanpa sebab... dan sebab inilah yang menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia kerana wataknya dikatakan menyerupai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia DSHN.

Timbul nya watak tersebut ialah kerana mungkin dari ilham untuk meniru watak Datin Seri Rosmah Mansur yang menurut nya telah menabung sejak dari kecil bagi membeli Cincin berharga USD24 juta, ini mungkin contoh bagi mendidik masyarakat supaya minat kepada budaya menabung sejak dari awal... dan akan mendapat menafaat dengan boleh membeli apa yang di inginkan.


hemmmmm..... sekarang ni dalam dunia... dah banyak sangat benda-benda pelik terjadi... macam inilah buat perniagaan untuk dapat laba... tapi ditarik dari pasaran... bila jabatan audit negara bagi lima bintang tak kata jabatan audit salah walaupun itu yang dikatakan tiada kena mengena dengan kerajaan.... umno-perkasa betul-betul meloyakan heeeee......

Tiada ulasan:

Catat Komen

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....